Keliru punca belia terjebak fahaman Islam Liberal

BESUT – Keliru dengan istilah Islam Liberal antara punca mengapa golongan pemuda Islam mudah terjebak dengan fahaman tersebut.

Ini dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Saudara Uzair Izzat Amir sewaktu menjadi panelis Forum Bahaya Islam Liberal di sini baru-baru ini.

Sebagai jalan keluar daripada belenggu Islam Liberal yang menyesatkan, panelis kedua Dr. Abdullah Muhammad, yang merupakan Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Sultan Mizan menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Forum ini telah dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Kira-kira 400 orang pelajar Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu telah menghadiri forum tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>