Istiqbal Ramadhan siswi membina kebersamaan

MADINAH NASR - Bertemakan ‘Rinduku Ramadhan’, Wanita ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah mengadakan Ijtima’ Shahri bertempat di Hadeqah Tifl.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara, antaranya pengenalan pimpinan MT cawangan Madinat Nasr, deklamasi sajak oleh saudari Adibah Zamani dan Nor Habibah Anuar, permainan Carian Ukhuwah dan lakonan sketsa ‘ Ramadhan Tiba’ untuk mengetuk hati para peserta akan sejauh mana persediaan menyambut Ramadhan Al- Mubarak.

Pengarah program,  saudari Natasya Rina Tumiran melahirkan harapan agar program ini dapat menyemai kebersamaan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan akhawat, di samping tidak melupakan bulan yang mulia yang bakal tiba dengan memperbanyakkan persediaan sebelum kedatangannya.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>