ISMA penuhi undangan ke Majlis Iftar Saudara Muslim

BANGI, 28 Julai – Delegasi ISMA diketuai Pengerusi Biro Dakwah, Ustaz Abdul Halim Abdullah telah memenuhi undangan ke Majlis Iftar Saudara Muslim anjuran JAKIM di Restoran Mohd Chan Abdullah di sini hari ini.

Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustafa dan Penolong Ketua Pengarah JAKIM Bahagian Dakwah, Tuan Hj. Mohammad bin Mohd Zin.

Selain Ustaz Halim, ISMA juga diwakili oleh Ustaz Nazri Md Noor (Ketua Setiausaha Biro Dakwah), Ustaz Mukram Taib (Timbalan Ketua Setiausaha Biro Dakwah) dan Samad Shaari (Setiausaha Biro Dakwah).

Kira-kira 250 orang menyertai majlis iftar ini khususnya dari kalangan  saudara baru dan badan Islam seperti MACMA.

One thought on “ISMA penuhi undangan ke Majlis Iftar Saudara Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>