150 peserta hadiri Seminar Fiqh Perubatan 2012

MELAKA, 14 Julai – Kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada doktor, jururawat serta pelajar perubatan telah menghadiri Seminar Fiqh Perubatan 2012 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama I-Medik.

Seminar ini telah menampilkan Naib Presiden I I-Medik, Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin dan Yang Dipertua ISMA Melaka, Ustaz Ahmad Zainal Abidin selaku penceramah.

Menurut pengarah program, Qamarus Salikin bin Saleh Salim yang merupakan pelajar perubatan tahun akhir di Melaka Manipal Medical College, program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pengurusan dan panduan ibadah pesakit secara praktikal dan klinikal.

“Seminar Fiqh Perubatan ini cuba memberi penekanan tentang bantuan-bantuan yang perlu diberikan kepada pesakit dalam melaksanakan ibadah puasa,” jelasnya.

Selain itu juga katanya, fahaman asas mengenai perkara yang membatalkan puasa seperti penggunaan suntikan insulin, pengambilan darah ketika berpuasa turut menjadi fokus utama dalam program ini.

2 thoughts on “150 peserta hadiri Seminar Fiqh Perubatan 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>