Ucapan takziah buat Setiausaha ISMA Alor Setar

Takziah diucapkan buat Setiausaha ISMA Alor Setar, Encik Faisol bin Elham sekeluarga dan keluarga di atas pemergian ayahanda beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Mei lalu di Batu Pahat, Johor.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga Encik Faisol dan seluruh keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. ISMA mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)a

One thought on “Ucapan takziah buat Setiausaha ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>