Pentingnya peranan ibubapa membentuk peribadi anak

KUALA LUMPUR, 20 April – Peranan kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting dalam membentuk peribadi anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih samada dicorakkan menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani, jelas Ustazah Norsaadah Hassan, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.

Beliau berucap demikian ketika majlis pembukaan Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) yang bertemakan “Kenalilah Anak-Anakmu” anjuran bersama ISMA Gombak dan Kuala Lumpur di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara semalam.

Dalam slot “Kembara Sang Juara”, Dr Fadhilah selaku penceramah jemputan berkata, pendidikan anak-anak harus bermula seawal kandungan di mana ibu-ibu boleh berinteraksi dengan bayi dengan menggunakan kaedah 3T (Talk, Touch & Teach).

“Ibu-ibu juga harus memastikan kandungan sentiasa berada pada tahap optima supaya persekitaran bayi kondusif untuk pertumbuhan otak dan fizikalnya,” tambah beliau.

Dr. Fadhilah juga menyarankan agar ibubapa meluangkan masa dengan anak-anak terutamanya ketika mereka sedang membesar dan meningkat remaja supaya mereka sentiasa merasa senang untuk berkongsi dan menceritakan masalah mereka.

Penggunaan kaedah menunjukkan flash card huruf hijai`yah kepada anak  seawal usia 6 bulan membuahkan hasil apabila anak yang berusia 3 tahun telah berjaya menghafaz surah lazim, cerita Puan Mazlina Karim ketika berkongsi tips dan pengalamannya mendidik anak di dalam slot “Ummi Ajarilah Daku Al-Quran”.

Dalam slot ini Pn Mazlina yang merupakan pengasas Islamic Parenting Network berkata, beliau telah menetapkan tempoh belajar dan menghafaz Al-Quran sejam sehari sambil membiarkan anaknya bergerak bebas dan bermain dalam tempoh pembelajaran itu.

Manakala, dalam slot forum yang menampilkan Wan Nor Mazuani, Naib Juara Solehah  sebagai moderator  dan tiga panelis iaitu Prof Madya Dr. Rafidah Hanim, Puan Noorzaimeen dan Mejar Muntah telah  mengupas tentang pengaruh sosial media dalam pembinaan sahsiah anak-anak.

ASAC yang membawa objektif untuk memberi kefahaman kepada para ibubapa, penjaga dan pendidik mengenal anak-anak daripada aspek fizikal, psikologi dan sosial, memberi panduan kepada ibubapa kaedah yang terbaik untuk mendidik dan membentuk peribadi anak-anak seperti digariskan Islam telah dihadiri oleh 212 orang peserta.

Disediakan oleh,
Triningsih Ngadimun,
Wartawan ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>