Nukilan ibu terhadap cahaya matanya

Bagi seorang ibu, walaupun anaknya sudah besar atau dewasa, anak itu masih lagi dirasai sebagai seorang bayi yang macam baru semalam dikandung dan dilahirkan.

Walaupun seramai mana anak yang dilahirkan, detik-detik kelahiran setiap anak masih tetap segar dalam ingatan seorang ibu. Masih ingat lagi kesakitan yang dilalui untuk melahirkan setiap anak.

Ketika anak masih kecil dan terluka kaki atau tangannya, hati seorang ibu turut terluka dan cemas.

Apabila anak semakin membesar dan dewasa, mereka melalui peristiwa-peristiwa yang menguris hati samada di sekolah, kampus atau tempat kerja, hati ibu lagi sangat terguris, menangis ibu di dalam hati, sukar hendak melelapkan mata di malam hari. Ibu berkongsi duka tanpa pengetahuan anak. Lebih rela kalau segala kesakitan atau kedukaan dipindahkan kepada dirinya.

Tetapi seorang ibu faham tanggung jawab yang dipikul dalam mendidik anak. Untuk mendidik seorang rijal amat memerlukan kekuatan dan ketabahan. Segala duka lara yang dilalui adalah ujian dan persediaan yg mesti dilalui oleh bakal rijal agar kuat dan mantap fizikal, hati dan jiwanya. Agar bakal rijal mampu berdiri dan mengorak langkah sendiri di dunia ini. Anak belajar mengenali dan bergantung kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Sampai masanya, ibu akan pergi.

Ibu dalam lara bertindak memberi semangat kepada anak-anak agar tabah dan redha melalui segala dugaan.Ibu juga mesti kuat menghadapinya, semoga anak juga turut kuat melaluinya.

Doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak, agar menjadi anak yang soleh atau solehah, cemerlang di dunia dan akhirat dan menjadi rijal kebanggaan Islam. Ameen.

Zaharah M. Nor
Aktivis Wanita ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>