Liberalisma jelmaan sekular

Peperangan antara Iblis dan keturunan Adam tidak akan berakhir sehingga hari kiamat kerana Allah telah memperkenankan doa Iblis untuk memanjangkan usianya sehingga kiamat. Pengalaman Iblis menyesatkan manusia di sepanjang sejarah manusia menjadikan dia cukup mahir dengan kaedah bagi menjauhkan manusia daripada mentauhidkan Allah.

Golongan kafir adalah golongan yang terdedah dengan bisikan Iblis dan mereka secara automatik akan mudah diperalatkan oleh Iblis untuk memusuhi Islam dan menghalang umat manusia daripada mendekati Islam. Golongan Yahudi Zionis adalah golongan yang amat memusuhi Islam abad ini yang mempertuhankan Iblis.

Pertembungan Islam dan Yahudi bermula sejak selepas zaman nabi Musa , di zaman nabi Zakaria, Yahya dan Isa a.s. hingga kini. Malah golongan Yahudi yang mengetahui akan kelahiran nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir sentiasa menunggu kelahiran baginda untuk dibunuh.

Usaha untuk membunuh nabi s.a.w. dilakukan sejak nabi mula berhijrah ke Madinah. Yahudi berpakat dengan golongan munafik dan musyrikin Mekah untuk memerangi Madinah dan akhirnya mereka diusir oleh nabi s.a.w. daripada Madinah. Peperangan Islam dan Yahudi tidak pernah berakhir sehingga hari ini. Kini Yahudi berjaya menguasai dunia, Eropah dan USA menjadi kuasa besar yang mempertahankan agenda mereka bagi meramaikan manusia bersama Iblis memasuki neraka.

Selepas kekalahan dengan Islam dalam peperangan Salib, golongan Yahudi memfokuskan serangan kepada umat Islam melalui serangan pemikiran, budaya hidup dan menguasai pusat-pusat pendidikan, sistem perundangan dan pemerintahan dan sistem perbankan.

Mereka  mempopularkan budaya hedonism meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam melalui perjuangan perebutan kuasa dan menggunakan budaya taksub sama ada taksub kepada bangsa dan bahasa, taksub kepada pendapat dan puak sehingga taksub kepada diri sendiri bagi menjayakan agenda mereka dan memburuk-burukkan imej Islam. Pemikiran sekular, athies, kapitalisma, komunisma dan sosialisma antara idea-idea yang dicipta untuk menjauhkan manusia daripada Islam. Liberalisma adalah nilai pragmatis yang menolak agama sama sekali.

Dunia barat dimusnahkan dengan pemikiran liberalisma dan kebencian kepada Islam melalui kempen mempertahankan hak asasi manusia yang tidak terbatas dan menentang terrorism. Islam digambarkan sebagai terrorism yang merbahaya kepada manusia. Dalam masa yang sama barat memancing strategi bagi melahirgan golongan moderate Islam yang menerima dasar hak-hak asasi manusia tajaan barat yang berteraskan liberalisma dan menerima konsep ‘civil society’ tajaan barat yang berteraskan humanisma yang bercanggah dengan hak-hak Rububiyyah, Uluhiyyah dan Mulkiyyah Allah S.W.T.

Golongan pendakwah dikelirukan agar terlibat menyokong atau bersama-sama dengan golongan liberal akibat terkeliru dalam memahami nas-nas syarak berhubung dengan perintah menjaga hubungan baik sesama manusia. Hakikatnya masyarakat madani yang berteraskan Tauhidkan Allah tidak sama dengan civil society yang berteraskan humanisma. Begitu juga Islam yang bercirikan wasatiyyah tidak sama dengan moderate tajaan barat yang mengiktiraf perjuangan humanisma.

Islam memerintahkan berbuat baik kepada manusia hakiki dengan memelihara izzah Islam tetapi memerintahkan agar memerangi segala aqidah dan perjuangan individu maknawi seperti dar al-kufr dan organisasi kufur dan tidak bersekongkol dengan agenda mereka yang nyata atau tersembunyi dalam agenda serampang dua mata. Berdakwah, beramal Islami, berharakah, berjamaah adalah amal soleh dan jihad… syarat sahnya adalah menepati dalil-dalil syarak.. walaupun hati penuh keikhlasan tetapi amalan tidak menepati syarak tetap tidak akan diterima oleh Allah..

Kerja-kerja Islam adalah untuk memartabatkan addin al-Islam.. sunntullah, sunnatur rasul, seerah nabawi dan taujihat rabbani adalah sumber asasi sebenar. Maqasid Syarak atau maslahah muktabarah adalah maslahah yang dinaskan syarak menjadi rujukan qat`ie adapun maslahah mursalah tidak boleh menjadi dalil dalam amal-amal siasi kecuali ia adalah maslahah yang qat`ie, kulliah dan `ammah.

Terlibat dalam demonstrasi Bersih anjuran Ambiga mengelirukan umat Islam kerana terdapat beberapa unsur syubhah yang sepatutnya dijauhi oleh orang-orang Islam.

1. Sistem demokrasi Malaysia bukan 100% syar`ie dan bertentangan dengan syura.. maka memperjuangkan 100% demokrasi bertentangan dengan maslahat Islam. Kerana dalam Islam hanya orang beriman, bertakwa dan soleh saja yang layak ahli syura dan pemerintah. Sistem demokrasi yang membenarkan orang-orang kafir dan fasik menjadi ahli syura dan pemerintah bukan sistem Islam. Penglibatan umat Islam dalam politik sepatutnya untuk memperkasakan kekuatan Islam bukan melemahkan ukhuwwah umat Islam.

2. Proses pilihanraya bersih adalah tuntutan Islam dan akan menguntungkan Islam sekiranya pengundi-pengundi majoritinya umat Islam. Orang yang tidak beriman dengan hari akhirat bukanlah orang yang adil dan bertakwa. Dalam keadaan umat Islam berpecah dan tidak mendapat jumlah majoriti maka tidak ada maslahat untuk fokus kepada perubahan kerajaan melalui pilihanraya kerana kuasa tetap akan dikongsikan dengan bukan Islam sedangkan Allah hanya membenarkan umat Islam menjadi khalifah atau pemerintah di bumi ciptaannya ini.

3. Ambiga bukan orang yang bertakwa, beliau adalah pejuang liberalisma yang merupakan aqidah kufur yang menentang Uluhiyyah Allah. Menyokongnya bermakna terlibat dalam syubhah menyokong agendanya.

4. Umat Islam perlu bersabar sehingga majoriti pengundi adalah di kalangan umat Islam dengan berusaha memperkasakan jatidiri umat Islam dan kemantapan keluarga dengan fokus meramaikan zuriat soleh.

5. Fokus utama umat Islam fasa ini, adalah berusaha untuk meramaikan orang-orang soleh, memperkasakan keluarga-keluarga Islam dan meningkatkan ukhuwwah sesama umat Islam khususnya bangsa-bangsa Islam. Selagi umat Islam tidak bersepakat dan berukhuwwah selagi itu kemenangan politik tidak akan membawa apa-apa kesan positif.

6. Golongan bukan Islam akan berbuat apa sahaja untuk memenangi PRU13 kerana peluang untuk menguasai majoriti dalam PRU akan datang semakin tipis jika umat Islam bersatu dan jumlah pengundi Islam semakin ramai memandangkan kebanyakan orang bukan Islam hanya memiliki anak-anak orang dan lambat berkahwin.

7. Awas “pecah dan perintah” adalah agenda musuh sepanjang sejarah. Dalam keadaan umat Islam tidak sepakat menjadikan mereka hilang kekuatan politik maka kempen Bersih 3 yang bertujuan memberi kemenangan kepada DAP dan PKR dalam pilihanraya tidak menguntungkan rakyat Malaysia.

8. Isu rasuah adalah fenomena penyakit masyarakat yang tamak tidak akan mampu dibanteras dengan peralihan kuasa kerana tokeh-tokeh Cina mahupun Melayu yang memberi rasuahlah yang lebih berat dosanya dalam nas-nas syarak. Penerima rasuah di kalangan orang-orang miskin yang berkuasa juga disebabkan kelemahan iman. Fenomena rasuah berlaku di mana-mana, dalam kerajaan, syarikat swasta, bank-bank dan syarikat korporat. Penyakit ini hanya akan dapat dirawat dengan tarbiah Islamiyyah dan undang-undang Islam.

9. Perjuangan yang tidak bermatlamatkan melaksanakan syariat Islam adalah perjuangan yang lari daripada landasan syarak.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Ahli Jawatankuasa Pusat
,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Renungan2u

274 thoughts on “Liberalisma jelmaan sekular

  1. Pingback: Liberal vs Sekular: Satu Tinjauan Awal « Secangkir Kopi | Ranah Perjuangan

  2. Pingback: Liberal vs Sekular: Satu Tinjauan Awal | Secangkir Kopi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *