Ketuanan Melayu bukan menindas

BANGI, 9 Mei - Ketuanan Melayu bukan bermaksud penindasan ke atas bangsa lain tetapi konsep ini berlandaskan kepada hak orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Fellow Penyelidik Utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada wartawan Media ISMA hari ini.

Menurut beliau, istilah ‘ketuanan’ yang digunakan itu seringkali dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga ada yang menganggap konsep tersebut mengancam orang lain.

Namun, Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan berkata istilah tersebut hanya menggambarkan rakyat perlu patuh kepada pemerintah yang ada di sesebuah negara tersebut.

“Banyak pertikaian yang seringkali dibuat seolah-olah bangsa Melayu menindas bangsa lain dalam konteks ketuanan Melayu.

“Pada hakikatnya ketuanan itu bagi saya dihubungkaitkan dengan raja dan pemerintah, bermaksud semua perlu hormat dan patuh kepada raja di negara mana dia berpijak,” jelas beliau.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan, berpegang kepada fakta sejarah, orang Melayu merupakan pemilik tanah yang telah memimpin rantau ini dengan Islam sejak beratus tahun.

Justeru  itu katanya, bangsa lain yang hidup di alam Melayu perlu hormat dan mengikut cara kehidupan di sini, sebagaimana orang Melayu di benua lain harus menghormati cara kehidupan di sana.

One thought on “Ketuanan Melayu bukan menindas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>