Kawal perasaan cinta elak zina

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei – Mereka yang belum berkahwin mesti mengawal perasaan cinta mereka agar tidak jatuh ke lembah penzinaan, pesan Zatil Ilyani Arip, Timbalan Ketua Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang langkah yang sepatutnya diambil dalam berhadapan dengan fitrah cinta seorang remaja agar tidak menyumbang kepada statistik gejala sosial.

“Kita kena kawal perasaan kita, sentiasa istighfar, jaga solat dan sentiasa mendoakan agar kita dijodohkan dengan orang yang paling tinggi ketaqwaannya,” ujarnya lagi.

Katanya, untuk anak-anak gadis yang masih bujang, mereka harus menundukkan pandangan dan jangan melunakkan suara.

Beliau juga turut menyimpulkan tips untuk mengawal perasaan cinta dalam empat perkara utama iaitu dengan tegas membentengi hati, bersahabat dengan kawan yang soleh atau solehah, mendekati majlis ilmu atau menyibukkan diri dengan program-program Islam dan sentiasa merasai pengawasan Allah SWT.

Beliau berkata demikian ketika menjadi dijemput sebagai ahli panel untuk forum Kafe Cinta anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sarawak, bertempat di Dewan Asajaya Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR).

Turut tampil bersama beliau ialah Muhamad Danial Salim, Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa (JKAM) PEMBINA Sarawak dan Ustaz Sarbini Dahlan, Pegawai Dakwah HIKMAH.

Program Kafe Cinta tersebut telah menarik penyertaan lebih dari 200 orang belia dari pelbagai institusi pengajian di sekitar Kuching dan Samarahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>