Gabungan NGO buat aduan polis terhadap Irshad Manji

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Satu laporan polis telah dibuat hari ini oleh dua Gabungan NGO Islam tanahair iaitu Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terhadap gerakan homoseksual dan Irshad Manji.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Jinjang, Sentul itu, ACCIN dan MAPIM yang dianggotai oleh pelbagai NGO Islam termasuk ISMA membantah sekeras-kerasnya gerakan homoseksual dan Irshad Manji yang datang ke Malaysia serta semua pihak yang membantu beliau dalam tindakan Religiophobia dan Islamophobia.

Tindakan Religiophobia dan Islamophobia khasnya menfitnah agama seperti mempromosikan homoseksual atas nama agama, menghina Nabi Muhammad SAW dan memperlecehkan al-Quran bukan sahaja bercanggah dengan Syariah, kesucian semua agama, asas moral dan perundangan negara, bahkan membahayakan perhubungan antara warga Malaysia dan antarabangsa.

ACCIN dan MAPIM juga meluahkan kekhuatiran bahawa Irshad Manji akan menyalahgunakan kebebasan bersuara dan berekspresi untuk membuat pengakuan terbuka sebagai lesbian muslim dan terlibat dengan pelbagai program Religiophobia dan Islamophobia di pelbagai lokasi secara terbuka atau tertutup, termasuk yang dijadualkan di Borders Book dan Monash University serta program pelancaran bukunya berjudul “Allah, Kebebasan dan Cinta” terbitan ZI Publication.

Laporan polis itu juga meminta agar semua jabatan kerajaan, agensi penguatkuasaan di seluruh negara khasnya PDRM dan Imigresen serta agensi agama seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Negeri menyiasat dan bertindak tegas ke atas Irshad Manji, Gerakan Homoseksual, organisasi dan individu yang jelas melakukan tindakan Religiophobia dan Islamophobia atas apa jua program dan aktiviti berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

One thought on “Gabungan NGO buat aduan polis terhadap Irshad Manji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>