AG12 lahirkan ‘Man with a Mission’

ADELAIDE – Hampir 90 orang pelajar dari pelbagai bidang yang rata-ratanya terdiri daripada mereka yang baru menjejakkan kaki di bumi kangaroo telah menjayakan program Jalinan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai Autumn Gathering untuk tahun 2012.

Program Autumn Gathering 2012 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Longwood Camp, Mylor ini membawakan tema yang berbeza berbanding program Jalinan Musim Luruh tahun-tahun yang lepas iaitu Man with a Mission.

Antara objektif program kali ini ialah memastikan setiap individu yang hadir mempunyai misi peribadi yang selari dengan misi umat Islam.  Program Autumn Gathering 2012 kali ini amat beruntung kerana dihadiri oleh 2 orang pembentang yang berkaliber iaitu Dr Rozanizam Zakaria selaku Ketua ISMA South Australia dan Dr Zaki Ibrahim selaku mantan pimpinan ISMA Australia.

Dr Rozanizam Zakaria memulakan slot pertama beliau yang bertajuk My Mission. Pelbagai cerita dan pengalaman peribadi beliau kongsikan bersama-sama dengan para peserta yang hadir. Seterusnya, slot kedua bertajuk Our Mission, My Mission dan slot ketiga bertajuk Our Mission, Their Missions dikendalikan oleh Dr Zaki Ibrahim. Pembentangan yang bertemakan Man with a Mission ini telah ditutup oleh Dr Rozanizam Zakaria.

Sepanjang 3 hari 2 malam di Longwood Camp, para peserta juga tidak ketinggalan untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik yang bersifat indoor dan outdoor. Antara yang menarik perhatian dan kecekapan peserta ialah War Games dan Ekspresi Dirimu.

Semoga program Autumn Gathering 2012 yang telah dijalankan ini memberi seribu makna dan kenangan kepada para peserta dan semoga kita bertemu lagi dalam program-program yang akan datang seperti Winter Trip yang bakal menjanjikan kenangan lebih manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>