Seminar Anakku Hebat terima sambutan memberangsangkan

Kota Bharu, 22 April – Seminar Anakku Hebat Anakku Cemerlang anjuran Biro Wanita dan Keluarga ISMA Cawangan Kota Bharu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat di negeri ini.

Menurut Ketua Wanita ISMA Cawangan Kota Bharu, Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah, fokus seminar ini adalah untuk melahirkan para ibubapa atau individu yang terlibat dalam proses pendidikan supaya mempunyai kemahiran yang dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan cemerlang.

“Kita juga telah susun aturkan beberapa program untuk tahun ini yang berbentuk kemahiran keibubapaan,” ujarnya lagi ketika ditemubual pada seminar tersebut.

Seminar yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua ISMA Kota Bharu, Ustaz Sharipudin b. Abd Kadir.

Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Zamani bin Ibrahim, Yang di-Pertua ISMA Seremban, Ustazah Nik Norsaha binti Hj. Nik Mohamad, AJK Biro Dakwah ISMA Seremban dan Dr. Nor Azni bin Yahya, pakar kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab (II).

Disediakan oleh:
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>