Pencalonan Ir. Khayrat Syatir timbulkan pelbagai tanda tanya

KAHERAH, 2 April: Walaupun  khabar angin telah tersebar beberapa hari yang lalu mengenai Jemaah Islam Ikhwanul Muslimin akan  mencalonkan Ir. Khairat Syatir, Timbalan Presiden Satu Ikhwanul Muslimin, untuk bertanding bagi jawatan Presiden Mesir. Namun berita ini seolah-olah mengejutkan ramai pihak serta ada yang mempersoalkan tentang sebab pencalonan serta peluang kejayaan bagi Ir. Khairat Syatir untuk memenangi jawatan tersebut.

Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan telah mengumunkan pada petang Sabtu lalu untuk mencalonkan Ir. Khairat Syatir bagi bertanding jawatan Presiden pertama Republik di Mesir selepas revolusi 25 Januari, 2011 yang telah menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak.

Keputusan Ikhwanul Muslimin untuk berundur dari melibatkan diri dalam pencalonan jawatan presiden diambil hampir setahun lalu dan menjadi punca pengasingan tokoh-tokoh utama , Abdel Moneim Aboul Fotouh, kerana keputusan beliau untuk bertanding tetapi bertentangan dengan keputusan jemaah lalu tampil dan mencalonkan diri sendiri untuk bertanding jawatan tersebut.

Mohamed Morsi, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menyatakan bahawa, antara sebab pencalonan seorang calon daripada Ikhwan Muslimin adalah berdasarkan masalah Mesir sendiri, serta penglibatan saki-baki pemimpin daripada kerajaan yang sebelumnya ke dalam pilihanraya presiden. Terdapat juga khabar angin dalam beberapa hari lepas bahawa kemungkinan kemasukan Omar Sulaiman, Menteri Pendidikan ketika zaman Mubarak, yang pernah berkhidmat sbagai pembantunya, akan turut bertanding dalam pilihanraya presiden.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>