Palestin tidak akan iktiraf kerajaan Israel – Ismail Haneyah

GAZA, 20 April – Rakyat Palestin tidak akan sekali-kali mengiktiraf Israel sebagai sebuah kerajaan, tegas Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyah.

Beliau berkata demikian dalam satu perjumpaan bersama delegasi misi kemanusiaan Aman Palestin di pejabatnya di sini.

Perjumpaan yang berlangsung hampir sejam itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta-peserta rombongan dengan melontarkan beberapa persoalan berkaitan dengan Gaza dan Israel.

“Kami berterima kasih di atas sokongan penuh yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia yang berdiri bersama-sama kami berhadapan dengan penjenayah rejim Zionis Israel.

“Terima kasih kerana bersama-sama merasai kesusahan kami, berdoa untuk kami serta membantu meringankan kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat kami”, kata Ismael Haneyah.

One thought on “Palestin tidak akan iktiraf kerajaan Israel – Ismail Haneyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>