Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke-8 bertolak ke Gaza

SEPANG, 14 April Delegasi Aman Palestin telah selamat berangkat dari tanahair semalam menuju ke Gaza untuk misi bantuan dan kemanusiaan kali ke-8 di sana.

Rombongan seramai 21 orang ini diketuai oleh Ketua Eksekutif (CEO) Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut dan turut dianggotai para kakitangan dan perunding Aman Palestin, penaja-penaja anak yatim Palestin serta wakil-wakil media.

Antara yang terlibat ialah dua perunding Aman Palestin, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin dan Mejar Nadzri Musman serta Pengerusi Aman Palestin Johor, Hj. Bariman Yasimin.

Ikon Aman Palestin, Farrah Adeeba juga menyertai delegasi kali ini bersama anak beliau, Mohamad Razique, 2 tahun.

Sepanjang lawatan selama 10 hari di sana, delegasi berkenaan akan melawat hospital dan kedai-kedai sumbangan Aman Palestin yang kini diuruskan oleh penduduk tempatan.

Beberapa orang ahli perniagaan turut menyertai misi ini bagi mengenalpasti peluang-peluang untuk membantu rakyat Palestin.

Orang ramai yang ingin membantu rakyat Palestin boleh menyalurkan sumbangan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad atau terus masukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).

2 thoughts on “Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke-8 bertolak ke Gaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>