Jemputan Ke One Step Closer (OSC) 2012

Dijemput adik-adik lepasan SPM untuk menyertai program ‘One Step Closer’ (OSC) 2012 yang akan diadakan pada 5-6 Mei 2012.

Moga dapat menjadi salah satu usaha menyiapkan diri dalam melangkah ke menara gading pilihan.

Pastinya menjadi harapan semua pelajar untuk melangkah masuk ke universiti bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai perkara perlu diambil perhatian oleh calon-calon ini termasuk pilihan universiti, kursus dan perkara-perkara yang melibatkan pembelajaran.

Melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi sememangnya menuntut pelbagai persiapan sama ada dari segi mental dan fizikal. Kejutan budaya boleh berlaku kepada para pelajar yang baru melangkah ke IPT jika tidak mempersiapkan diri dengan baik. Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri  untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Di IPT kita akan mengenal ragam setiap orang di sekeliling kita, didedahkan dengan kehidupan sebagai manusia, serta mengenal dan mencari kekuatan diri yang sebenar. Namun jika tersalah langkah akibat kurang persediaan menjejakkan kaki ke IPT dari segi pengurusan, kawan, dan pelajaran; amat buruk padahnya dan mampu menjejaskan masa hadapan.

Justeru itu, pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM yang  bakal melangkah ke alam pengajian tinggi dengan menganjurkan program One Step Closer(OSC): Selangkah ke Alam IPT untuk sama-sama mempersiapkan fizikal dan mental bakal-bakal mahasiswa dalam melangkah ke alam pengajian tinggi, agar mereka lebih bersedia dengan suasana sebenar di alam IPT.

Antara objektif OSC kali ini ialah;

1. Melahirkan pelajar yang jelas dengan kehidupan dan budaya di institut pengajian tinggi, matrikulasi atau kolej-kolej persediaan ke luar negara.
2. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengkaji dan melihat dengan lebih dekat serta berkenal lebih rapat dengan senior/ mahasiswa di IPT yang dipohon.
3. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan institut pengajian tinggi, matrikulasi dan kolej persediaan ke luar negara untuk membantu mempersiapkan fizikal dan mental ke sana.
4. Memantapkan jatidiri remaja supaya berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin dan mampu mewujudkan kerjasama di kalangan peserta.

Website program : http://www.geng-salam.com/promosi-/dhl/176-one-step-closer-2012.html

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, bolehlah menghubungi Saudara Zubair- 013-3084166 atau Saudari Siti Hajar- 013-2006740

Untuk mengisi borang pendaftaran online, boleh teruskan di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>