Apa yang tiada?

Kalau diteliti pencapaian Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), ianya dilihat agak memberangsangkan. Cuba lihat ini :-

  • Index jenayah – turun 11.1%
  • Jenayah jalanan – turun 39.7%
  • 109,500 rumah dapat air bersih
  • 54,270 dapat bekalan letrik
  • 64 syarikat korporat menandatangani untuk banteras rasuah
  • 470 bas awam ditambah d Lembah Kelang
  • 3,089 pra-sekolah dibuka
  • 63,147 rakyat terkeluar dari tahap kemiskinan
  • 12,578 rakyat dapat pinjaman mikro
  • Bantuan kewangan – BR1M, BB1M, KR1M, MR1M

Sesiapa yang melihat ini sudah pasti berasa kagum dan berbangga dengan apa yang dicapai. Tidak dinafikan memang pencapaian ini layak diberikan sedikit pujian.

Apa yang tiada?

Tetapi yang tidak ada dalam pakej Transformasi ini yang sangat jelas ialah tentang kedudukan agama Islam. Ianya seolah-olah dilupakan. Sebaliknya rakyat ditaburkan dengan segala macam bentuk material sedangkan tahap sosial rakyat semakin teruk. Semuanya berpunca dari kelemahan pendidikan agama.

  • Adakah kerajaan terlepas pandang?
  • Apa erti kemewahan dan kesenangan ini jika jatidiri umat Islam makin menurun?
  • Apakah negara berasa terjamin dengan segala pembangunan ini walaupun akhlak umatnya semakin terhakis?
  • Kenapa institusi agama semakin dipersoalkan, malah ada yang sanggup mencabarnya?

Sebagai umat Islam, tidak ada yang lebih berharga melainkan agama Islam dijamin terpelihara dari sebarang unsur-unsur liberalisme, pluralisme, sosialisme dan pelbagai ism lagi. Isu ini kini semakin hangat diperkatakan sehingga :-

  • Raja Muda Perak, Raja Muda Perlis dan Sultan Selangor terpaksa memberi peringatan.
  • Konvensyen ancaman kristianisasi yang dicadangkan akan dianjurkan di Johor terpaksa diubah temanya.
  • Isu murtad dimain-mainkan seolah-olah ia hanya perkara enteng.
  • Mahkamah syariah masih jauh untuk mencapai taraf yang sepatutnya.

Apakah erti semunya ini? Kenapa ia tidak dimasukkan dalam agenda Transformasi negara?

Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap keadaan umat, perkara ini semestinya sesuatu yang sangat membimbangkan. Kerajaan seharusnya melihat perkara ini dan ditangani dengan sebaik mungkin bagi memastikan negara ini kekal sebagai sebuah negara yang berteraskan Islam.

Saya teringat kata-kata seorang pendakwah Indonesia yang menyatakan bahawa :-

“Saudara seharusnya bersyukur kerana negara ini meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan termaktub dalam perlembagaan. Di Indonesia, tidak ada mana-mana fasal dalam perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran negara. Oleh itu yang baik ini saudara harus pertahankannya.”

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

5 thoughts on “Apa yang tiada?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *