Pluralisme merosak pemikiran masyarakat: Ustazah Norsaleha

MADINAH NASR, 10 Mac:  Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Norsaleha binti Mohd Salleh telah tampil menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ancaman Pluralisme di Malaysia’ yang bertujuan untuk memperjelas situasi sebenar yang sedang berlaku di tanahair berkenaan risiko dan ancaman fahaman menyeleweng yang telah merebak dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Lebih 100 orang hadirin telah memeriahkan program yang berlangsung di Musolla Rumah Negeri Sembilan, Hayyu 7, Madinah Nasr ini.

Menurut beliau dalam ucapannya pada majlis tersebut, fahaman menyeleweng pluralisme ini telah wujud bermula apabila idea asal bagi mengharmonikan keadaan masyarakat yang masing-masing beranggapan bahawa setiap satu agama yang ada adalah terbaik mengatasi agama yang lain.

Kesan ketara semakin timbul apabila fahaman ini semakin kuat dan dapat diterima logik akal manusia lebih-lebih lagi bagi sesetengah golongan umat Islam khususnya agak goyah daripada segi pendirian mereka terhadap akidah agama Islam.

“Secara amnya, ancaman pluralisme sangat memberi kesan langsung terhadap masyarakat itu sendiri secara individu, namun lebih parah lagi apabila fahaman ini mula dikaitkan dalam hal politik yang melibatkan pemikiran dan fahaman pihak yang memerintah pentadbiran sesebuah negara kerana kesannya akan mengubah lanskap pemikiran seterusnya tindakan masyarakat di Malaysia”, ujar beliau lagi ketika majlis tersebut.

Majlis yang telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Affiq Kamaruzzaman, mahasiswa jurusan perubatan Universiti Ain Shams turut diserikan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengerusi MTP Rumah Negeri Sembilan, Ustaz Omar bin Mat Yunos.

Selain itu, Ustazah Norsaleha juga menganjurkan agar setiap individu lebih rajin untuk membuat kajian dan teliti setiap satu perkara untuk memahami sesuatu isu yang timbul selain untuk menambahkan kefahaman yang betul tentang perkara tersebut.

Dalam kunjungan beliau ke Mesir, Ustazah Norsaleha baru sahaja selesai memenuhi undangan dan menjayakan program Hari Wanita Islam (HARWANIS) 2012 anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir yang telah berlangsung pada 9 Mac yang lalu di Conference Hall, Kasr el-Ainy Medical School, Universiti Kaherah. D

alam ucapannya pada malam tersebut, beliau turut melahirkan rasa syukur bahawa negara Malaysia telah mengiktiraf dan meletakkan Islam sebagai agama negara. Taraf dan kedudukan ini terlalu istimewa bagi Malaysia secara khasnya yang tiada pada mana-mana negara lain. Maka, peluang yang istimewa ini perlu dimanfaatkan sehabis baik dalam mendaulatkan agama Islam di tanah air.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>