Mereka bukan umat yang membaca….

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tidak mendidik jiwa sehingga minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ini telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini.

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun

Malaysia – 2 muka surat setahun’

Nah, sebab itulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,”Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca.”

Membaca adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra’ umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca, belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.

Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur’an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.

Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca?

  1. Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain.
  2. Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanya
  3. Mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
  4. Sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala.
  5. Memberi penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk  berlumba-lumba membaca
  6. Mencatatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan
  7. Buat perpustakaan mini di rumah untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa.
  8. Sampaikan apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang
  9. Bantu sahabat dan kenalan anda dengan ‘membudayakan hidup membaca’ dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.
  10. Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.
Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud, “Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat.”
(Surah al Mujadalah ayat 11)    

Jom ! Tingkatkan pembacaan dan selamat beramal….

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib Presiden I I-Medik

Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & AJK ISMA Seremban.

3 thoughts on “Mereka bukan umat yang membaca….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>