Pengerusi Biro Dakwah ISMA ditimpa kemalangan

BANGI, 1 Februari - Presiden dan seluruh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan takziah kepada Pengerusi Biro Dakwah ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah dan ahli keluarga beliau atas kemalangan yang menimpanya semalam.

Beliau mendapat kemalangan tersebut akibat dilanggar oleh sebuah kereta semasa menunggang motosikal di Ampangan, Seremban.

Ustaz Abdul Halim kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana mengalami pneumothorax (angin dalam selaput paru-paru) dan subcapsular hematoma pada hati (pendarahan selaput hati).

Beliau terpaksa bernafas menggunakan bantuan alat pernafasan kerana kekurangan oksigen disebabkan kecederaan yang dialami pada bahagian paru-paru tersebut.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau dan seluruh ahli ISMA berkongsi kesedihan atas kemalangan yang telah menimpa Ustaz Abdul Halim yang di luar jangkaan semua.

“Kita berdoa agar beliau kembali sembuh serta menyerahkan kepada Allah agar memberi inayah dan penjagaan sepenuhnya kepada beliau dan keluarga beliau,” ujarnya lagi.

10 thoughts on “Pengerusi Biro Dakwah ISMA ditimpa kemalangan

  1. Pingback: Semoga Allah Menyembuh dan Memelihara Ustaz Abdul Halim -Ustaz Suhaib Ar-Rumy « Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>