Nabi Muhammad SAW sebagai idolaku

PAYA RUMPUT, 12 Feb. – Hampir 150 orang penduduk Taman Paya Rumput Indah telah menyertai ceramah Maulidur Rasul bertajuk “Nabi Muhammad SAW sebagai idolaku” di Surau Al-Furqan yang telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua ISMA Melaka, Ustaz Zaidi bin Abdul Jalil.

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Zaidi antara lain mengajak masyarakat mengenali lebih dekat akhlak Rasulullah SAW.

Menurunya, baginda merupakan sumber qudwah (contoh) bagi umat Islam dan umat manusia di mana Saidatina Aisyah, apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, menggabungkannya dengan akhlak al-Quran (khuluqul Quran).

“Umat Islam perlu mengkaji bagaimana Rasulullah SAW mampu menjadi pemimpin terbaik, pendakwah terbilang dan panglima yang hebat.

“Daripada pergaulan dengan isterinya, kasih sayang kepada cucunya, belas kasihannya kepada orang tua, kasih sayang terhadap bapa saudaranya sehinggalah mampu mendidik para sahabat menjadikan Rasulullah SAW dikagumi dan memberikan impak yang besar terhadap akhlak manusia,” jelas Ustaz Zaidi.

AJK Surau Al Furqan merangkap Setiausaha ISMA Melaka, Encik Mohd Khoushaini Mohd Naim dalam satu sesi temubual menyatakan kesyukurannya kerana peningkatan penduduk di kawasan itu yang memberikan kerjasama dan menyokong pelbagai aktiviti anjuran jawatankuasa surau.

”Alhamdulillah, penduduk Taman Paya Rumput Indah memberi sambutan menggalakkan. Sebelum ini, kita berjaya mengadakan program Huffaz Circle NAZIM anjuran Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga ISMA pada Disember yang lalu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>