Terus berperanan sebagai jurucakap ummah

BANGI, 2 Januari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bertekad untuk terus memainkan peranan sebagai jurucakap kepada ummah sehingga menjadi jemaah qudwah dan pengimbang kuasa yang disegani dan diiktiraf oleh masyarakat, tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Presiden ISMA itu berkata demikian ketika ditemuramah oleh wartawan Media ISMA tentang harapan beliau terhadap perancangan-perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012.

“Harapan ini adalah sesuai dengan apa yang telah dirancang untuk memfokuskan kepada usaha menyedarkan dan menyelamatkan masyarakat berhubung isu-isu liberalisme, pluralisme, gejala sosial, gerakan syiah dan sebagainya.

“Semua perancangan ini diharap dapat menjadi satu mukaddimah untuk memperkenalkan agenda ISMA pada masyarakat dengan lebih menyeluruh,” kata beliau lagi.

Dalam pertemuan yang sama, Ustazah Norsaleha bt Salleh, Ketua Wanita dan Keluarga ISMA juga melahirkan harapan agar semua ahli dapat bekerjasama dalam menjayakan program-program yang telah disusun khususnya yang dianjurkan Biro Wanita dan Keluarga.

“Cawangan-cawangan diberi tanggungjawab menganjurkan lebih banyak program pada tahun 2012 dalam usaha membangunkan jatidiri ummah dan menyelamatkan masyarakat dari agenda musuh-musuh Islam”, ujar beliau.

One thought on “Terus berperanan sebagai jurucakap ummah

  1. Pingback: Terus Berperanan Sebagai Jurucakap Ummah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>