Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Pulau Pinang

Umat Islam khususnya mereka yang berada di Pulau Pinang dan kawasan berhampiran dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah Peringkat Negeri Pulau Pinang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan membanteras gejala murtad di dalam masyarakat. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 28hb Januari 2012 (Sabtu), di Dewan Pusat  Budi Penyayang, Kepala Batas, Seberang Prai bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

HIMPUN kali ini akan menampilkan empat orang pemidato jemputan iaitu Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid, Datuk Dr. Hasan Ali, Saudara Kamaruddin Abdullah dan Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin. Turut menyerikan acara ialah persembahan nasyid, alunan munajat dan bacaan deklarasi HIMPUN. Hadirlah beramai-ramai ke perhimpunan ini bagi menzahirkan sokongan anda!

One thought on “Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>