Perkasakan institusi keluarga

BANGI, 29 Disember - Institusi keluarga perlu diperkasakan bagi mengekang arus liberalisasi yang menghakis jati diri dan akhlak pemuda Melayu sehingga semakin ramai mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual, tegas Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh.

“Lebih membimbangkan mereka semakin berani menonjolkan diri dengan menubuhkan kelab-kelab gay, malah penularan budaya ini telah merebak ke seluruh negara,” tambah Ketua Wanita ISMA ini lagi.

Menurut satu laporan yang pernah didedahkan oleh Harian Metro, bilangan pengamal homoseksual di negara ini hampir mencecah 30,000 orang.

Apabila ditanya sebab perkara ini berlaku, beliau menjelaskan hilangnya keprihatinan, sensitiviti dan budaya tegur menegur apabila melihat kemungkaran dalam masyarakat.

“Selain itu, perjuangan hak asasi manusia yang berkiblatkan barat dan pegangan agama yang rapuh turut menyumbang kepada fenomena ini,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>