Guna tenaga seoptima mungkin – Wan Azilah

BANGI, 2 Januari – Ahli-ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) digesa menggunakan tenaga seoptima mungkin bagi merealisasikan objektif ISMA untuk tahun 2012, tegas Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah.

Ketua Wanita ISMA Kelantan itu berkata demikian ketika ditemubual wartawan Media ISMA berhubung harapan beliau untuk tahun 2012.

Katanya, kerjasama kukuh di kalangan ahli ISMA merupakan perkara pokok dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif, kerana kerja yang susah akan menjadi mudah apabila semua ahli memainkan peranan masing-masing.

Dalam pada itu, Ustazah Wan Azilah menyeru setiap ahli ISMA agar peka dengan isu semasa yang berlaku supaya sentiasa terkehadapan.

Contohnya, ahli ISMA perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekitarnya seperti pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan sebagainya, kata beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap semua ahli ISMA terutama wanita akan terus melangkah dengan lebih yakin dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran supaya fikrah ISMA akan diterima masyarakat di seluruh negara.

Disediakan oleh:
Nor Shahida Abd Gani & Norhaizan Razali,
Wartawan Media ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>