Bank susu ibu: Masyarakat perlu terima keputusan muzakarah

BANGI, 27 Januari - Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menolak cadangan penubuhan bank susu ibu perlu diterima oleh masyarakat kerana ia berkait rapat dengan lunas-lunas syarak yang wajib dipelihara.

Menurut Ahli Majlis Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, masyarakat perlu menerima apa yang diputuskan oleh Muzakarah sebagai badan tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata, cadangan penubuhan bank susu ibu ini timbul untuk membantu para ibu yang tidak dapat menyusukan sendiri serta bagi anak yang lahir pra-matang dan tidak boleh menggunakan susu formula biasa.

“Ada ibu yang memerlukan bantuan sebab mereka tidak dapat menyusukan sendiri. Sebagai contoh anak yang lahir pra-matang, ibu belum dapat menghasilkan susu sendiri manakal anak yang lahir itu tak boleh guna susu formula biasa disebabkan ususnya belum matang.

“Kita akur dengan keperluan sesetengah bayi yang memerlukan susu dari orang lain tetapi kita masih boleh menyelesaikan permasalahan ini mengikut lunas-lunas syarak,” katanya lagi.

Menurut Dr. Rafidah, perkongsian susu ini boleh dilakukan tapi dengan mengikut garis panduan Islam iaitu kita mengenali siapa penderma susu demi menjaga nasab seperti ditekankan Islam.

Bercakap kepada wartawan ISMA hari ini, beliau menyatakan 12 hingga 20 peratus anak-anak yang disusui oleh  ibu yang menghidapi HIV mampu dijangkiti virus tersebut, dan hal ini memerlukan susu dari ibu yang lain bagi mengelakkan virus HIV dijangkiti anak tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>