Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)

Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal

Asas hubungan antara Islam dengan kufur

Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” ( Al-Mumtahanah: 8 )

Ini memberi makna bahawa tiada apa-apa hubungan antara orang Islam dan orang kafir yang sama dengan hubungan antara orang Islam dengan orang Islam. Tahaluf siyasi yang kita bincangkan sekarang adalah dalam kategori pengecualian. Paling tinggi hukum tahaluf ialah harus tidak lebih dari itu. Al-Aslu orang Islam mesti perkukuhkan hubungan sesama Islam sehingga kalimah Allah menjadi yang tertinggi.

“Orang kafir setengah mereka menjadi wali kepada setengah yanglain, jika kamu tidak melakukan seperti mereka akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Tahaluf  siyasisyar’i dari sudut pengertian dan hukum

Tahaluf siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik. Untuk mengetahui hukum tahaluf siasi di sisi Islam, ulama memecahkan maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu; pertama: meminta bantuan dari orang kafir dan kedua orang Islam membantu orang kafir. Tahaluf adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak, orang Islam minta bantuan dengan orang kafir dan orang Islam memberi bantuan kepada orang kafir, berlaku di sana realiti tolong menolong. Satu segi kita minta tolong dan satu segi lagi kita menolong.

Menurut Ahmad Rasyid (313), al-hilfu adalah tindakan imbal balas antara dua pihak. Satu pihak kita meminta tolong dari orang lain dan pada satu pihak yang lain kita menolong orang lain berdasarkan keperluan kita dan keperluan sekutu kita. Oleh itu saya berpendapat bahawa sighah al-tafa’ul lebih layak untuk mengungkap maksudnya. Dengan kita sebut al-tahaluf, sighah akan menunjukkan wujud tindak balas dua hala.

Hukum minta tolong daripada orang kafir

Berikut adalah nas-nas yangberkaitan dengan tahaluf siyasi:

Kumpulan hadis yang melarang

Hadis pertama:

قال البيهقي أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَاأَبُوالْعَبَّاسِ : مُحَمَّدُبْنُيَعْقُوبَحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِبْنِعَبْدِالْحَكَمِأَخْبَرَنَاابْنُوَهْبٍأَخْبَرَنِىمَالِكُبْنُأَنَسٍعَنِالْفُضَيْلِبْنِأَبِىعَبْدِاللَّهِعَنْعَبْدِاللَّهِبْنِنِيَارٍعَنْعُرْوَةَبْنِالزُّبَيْرِعَنْعَائِشَةَرَضِىَاللَّهُعَنْهَاقَالَتْ : لَمَّاخَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- قِبَلَبَدْرٍفَلَمَّاكَانَبِحَرَّةِالْوَبَرَةِأَدْرَكَهُرَجُلٌقَدْكَانَيُذْكَرُمِنْهُجُرْأَةٌوَنَجْدَةٌفَفَرِحَأَصْحَابُرَسُولِاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- حِينَرَأَوْهُفَلَمَّاأَدْرَكَهُقَالَ : يَارَسُولَاللَّهِجِئْتُلأَتَّبِعَكَوَأُصِيبَمَعَكَ. فَقَالَلَهُرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- :«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : لاَ. قَالَ :«فَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍ»قَالَ : ثُمَّمَضَىحَتَّىإِذَاكَانَتِالشَّجَرَةُأَدْرَكَهُالرَّجُلُفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍفَقَالَلَهُالنَّبِىُّ–صلىاللهعليهوسلم- كَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍقَالَلاَقَالَفَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍقَالَتْفَرَجَعَثُمَّأَدْرَكَهُبِالْبَيْدَاءِفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍ :«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : نَعَمْ. فَقَالَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- :«فَانْطَلِقْ»

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

Hadis kedua:

قال البيهقي وَأَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَامُكْرَمُبْنُأَحْمَدَالْقَاضِىحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُرَوْحٍالْمَدَائِنِىُّحَدَّثَنَايَزِيدُبْنُهَارُونَأَخْبَرَنَاالْمُسْتَلِمُبْنُسَعِيدٍالثَّقَفِىُّعَنْخُبَيْبِبْنِعَبْدِالرَّحْمَنِعَنْأَبِيهِعَنْجَدِّهِقَالَ : خَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- فِىبَعْضِغَزَوَاتِهِفَأَتَيْتُهُأَنَاوَرَجُلٌقَبْلَأَنْنُسْلِمَفَقُلْنَا : إِنَّانَسْتَحِىأَنْيَشْهَدَقَوْمُنَامَشْهَدًافَلاَنَشْهَدُهُقَالَ :«أَسْلَمْتُمَا؟»قُلْنَا : لاَ. قَالَ :«فَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَعَلَىالْمُشْرِكِينَ». فَأَسْلَمْنَاوَشَهِدْنَا.

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

Hadis ketiga:

قال البيهقي وَقَدْأَخْبَرَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنِىأَحْمَدُبْنُمُحَمَّدٍالْعَنَزِىُّحَدَّثَنَاعُثْمَانُبْنُسَعِيدٍالدَّارِمِىُّحَدَّثَنَايُوسُفُبْنُعَمْرٍوالْمَرْوَزِىُّحَدَّثَنَاالْفَضْلُبْنُمُوسَىالسِّينَانِىُّعَنْمُحَمَّدِبْنِعَمْرٍوعَنْسَعِيدِبْنِالْمُنْذِرِعَنْأَبِىحُمَيْدٍالسَّاعِدِىِّرَضِىَاللَّهُعَنْهُقَالَ : خَرَجَرَسُولُاللَّهِ -صلىاللهعليهوسلم- حَتَّىإِذَاخَلَّفَثَنِيَّةَالْوَدَاعِإِذَاكَتِيبَةٌقَالَ :«مَنْهَؤُلاَءِ؟»قَالُوا : بَنِىقَيْنُقَاعَوَهُوَرَهْطُعَبْدِاللَّهِبْنِسَلاَمٍ.

قَالَ :«وَأَسْلَمُوا؟»قَالُوا : لاَبَلْهُمْعَلَىدِينِهِمْ. قَالَ :«قُلْلَهُمْفَلْيَرْجِعُوافَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَ»هَذَاالإِسْنَادُأَصَحُّ.

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

 Kumpulan hadis yang mengharuskan:

1. Meminta tolong di dalam perang Hunain

أخبرناالحسنبنيعقوببنيوسفالعدل،ثنايحيىبنأبيطالب،ثنايزيدبنهارون،أنبأشريك،عنعبدالعزيزبنرفيع،عنأميةبنصفوانبنأمية،عنأبيه،أنالنبيصلىاللهعليهوسلماستعارمنهأدرعايومحنينفقال : أغصبيامحمد؟قال : «لا،بلعاريةمضمونة»«ولهشاهدعنابنعباسرضياللهعنهما» رواه الحاكم في المستدرك.

أَنّالْإِمَامَلَهُأَنْيَسْتَعِيرَسِلَاحَالْمُشْرِكِينَوَعُدّتَهُمْلِقِتَالِعَدُوّهِكَمَااسْتَعَارَرَسُولُاللّهِصَلّىاللّهُعَلَيْهِوَسَلّمَأَدْرَاعَصَفْوَانَوَهُوَيَوْمَئِذٍمُشْرِكٌ (قول ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/190)

2. Nabi meminta tolong pengintip yang kafir

أَنّالِاسْتِعَانَةَبِالْمُشْرِكِالْمَأْمُونِفِيالْجِهَادِجَائِزَةٌعِنْدَالْحَاجَةِلِأَنّعَيْنَهُالْخُزَاعِيّكَانَكَافِرًاإذْذَاكَوَفِيهِمِنْالْمَصْلَحَةِأَنّهُأَقْرَبُإلَىاخْتِلَاطِهِبِالْعَدُوّوَأَخْذِهِأَخْبَارَهُمْ(قول ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/127)

 3. Nabi meminta tolong orang Yahudi (ada 3 hadis)

1. عنأبييوسفقال : أخبرناالحسنبنعمارة،عنالحكم،عنمقسم،عنابنعباس،أنهقال : استعانرسولاللهصلىاللهعليهوسلمبيهودقينقاع (كتاب الرد على سير الأوزعي)

2. عن قتيبةبنسعيدقال أخبرناعبدالوارثبنسعيدعنعروةبنثابتعنالزهريأنالنبيصلىاللهعليهوسلمأسهملقوممناليهودقاتلوامعه (رواه الترمذي)

3. أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنَاأَبُوالْوَلِيدِالْفَقِيهُحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُأَحْمَدَبْنِزُهَيْرٍحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُهَاشِمٍعَنْوَكِيعٍعَنِالْحَسَنِبْنِصَالِحٍعَنِالشَّيْبَانِىِّ : أَنَّسَعْدَبْنَمَالِكٍرَضِىَاللَّهُعَنْهُغَزَابِقَوْمٍمِنَالْيَهُودِفَرَضَخَلَهُمْ (البيهقي 9/27)

Terdapat percanggahan antara zahir hadis-hadis di atas, sebahagian hadis memberi makna haram dan sebahagian hadis memberi makna harus. Ini menyebabkan ulama telah berselisih pendapat kepada dua golongan:

  1. Pendapat yang mengharamkan tahaluf secara mutlak
  2. Pihak yang mengharuskan secara bersyarat dan menganggap ia adalah termasuk dalam tindak-tanduk imam berdasarkan maslahah.

Pendapat yang pertama

Pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan hadis-hadis sahih yang menyebut: Aku tidak minta tolong daripada orang kafir.

Pendapat yang kedua

Pendapat dari Mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah. Namun telah mengetatkan syarat tahaluf antaranya:

  1. Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini)
  2. Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)
  3. Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)
  4. Mereka adalah golongan yang minoriti  (al-Hazimi)
  5. Orang kafir ada manfaat khusus

Al-Rashid menfatwakan bahawa tidak harus tahauf dengan orang kafir dalam bab qital (peperangan) tetapi harus tahalusf siasi dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Membantu orang kafir

Dalam hal ini Sheikh al-Rasyid menyebut dua kaedah:

1- Haram bagi muslim berperang dalam saf menyebelahi pihak kafir menentang golongan muslimin yang lain dan haram juga meramaikan bilangan mereka jika dia menyebelahi pihak kafir walaupun ia tidak berperang atau memanah. Beliau memetik firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’ ayat 97 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan: Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah s.a.w. yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran yang membicarakan soal itu. “Sesungguhnya orang yang dimatikan oleh malaikat menzalimi diri mereka”. Dalam ayat itu Allah mencela mereka yang meramaikan bilangan orang musyrikin walaupun hati mereka tidak bersetuju dengan mereka.

2- Fatwa tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf non muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi non muslim.

Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi

Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar hubungan luar yang wujud dalam Islam. Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni perdamaian. Setiap satu kaedah mengikut situasi tertentu, pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama.

Masalah ini bersamaan dengan hukum tawanan perang. Pemerintah boleh memilih antara perang, damai (gencatan senjata), musolahah dan tahaluf.

Berkata Ibnu Qayyim (Zadul Ma’ad 266); “Adalah Rasulullah s.a.w membebaskan setengah mereka (tawanan perang) dan membunuh setengah yang lain, mengambil tebusan dari setengah yang lain dengan harta dan setengahnya dengan tawanan Islam. Baginda lakukan semua itu berdasarkan maslahah”.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

* Kertas kerja ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’ ini telah dibentangkan di Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada 12 November 2011.

7 thoughts on “Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>