Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan

Umat Islam khususnya mereka yang berada Negeri Sembilan dan kawasan berhampiran dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah Peringkat Negeri Sembilan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan membanteras gejala murtad di dalam masyarakat. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 7hb Januari 2012 (Sabtu), di Stadium Tertutup Paroi (Centre Court), Seremban bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

HIMPUN kali ini akan menampilkan empat orang pemidato jemputan iaitu Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA), Tuan Haji Azmi Abdul Hamid (Pengerusi Bersama Sekretariat HIMPUN), Datuk Dr. Hasan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) dan Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad (Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan). Turut menyerikan acara ialah persembahan nasyid, deklamasi sajak, alunan munajat dan bacaan deklarasi HIMPUN. Hadirlah beramai-ramai ke perhimpunan ini bagi menzahirkan sokongan anda!

14 thoughts on “Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>