Umat dituntut berkorban ajak masyarakat fahami Islam sebenar

SEREMBAN – Kehidupan ini perlu diisi dengan pengorbanan untuk meninggikan agama, di mana pengorbanan paling penting dalam menghadapi cabaran-cabaran yang melanda umat Islam hari ini seperti ancaman liberalisme, pluralisme dan sebagainya ialah dengan mengajak masyarakat supaya memahami Islam yang sebenarnya.

Ustaz Mohd Azizee Hasan, Naib Yang Dipertua ISMA Seremban berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Iktibar dari Ibadah Haji dan Korban’ di Surau As-Salam, Taman Panchor Jaya di sini.

Menurut beliau lagi, kesungguhan kedua-dua Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah korban oleh Allah menunjukkan kepada kita supaya apabila membuat sesuatu perintah Allah, mestilah dilaksanakan bersunggguh-sungguh, bukannya ragu-ragu dan bertangguh.

Ustaz Azizee turut menyentuh pengajaran dari sudut pembinaan keluarga yang soleh, yang bermula daripada pemilihan isteri atau suami yang soleh. Suami isteri yang soleh akan dapat melahirkan anak yang soleh seperti Nabi Ismail, yang tidak takut apabila ayahnya Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelihnya, sebaliknya taat dan akur dengan perintah Allah itu.

Para hadirin turut diingatkan bahawa anak-anak adalah amanah ibu bapa, namun malangnya berapa ramai yang cukup prihatin untuk melahirkan anak seperti Nabi Ismail, berbanding hanya mengejar matlamat cita-cita dunia.

One thought on “Umat dituntut berkorban ajak masyarakat fahami Islam sebenar

  1. Pingback: Umat Dituntut Berkorban Ajak Masyarakat Fahami Islam Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>