ISMA lakukan kunjungan hormat ke Education Malaysia Jordan

AMMAN, 9 November – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan, diketuai oleh Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Jordan (EMJ) bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara kedua-dua pihak.

Pihak EMJ menyambut baik kedatangan delegasi ISMA dan mengalu-alukan aktiviti yang dilaksanakan ISMA Jordan dalam membina keperibadian mahasiswa di samping tidak mengabaikan kecemerlangan akademik.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak ISMA kepada Prof. Dr. Mohd Azidan bin Abd Jabar, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ) dan berharap agar pihak ISMA Jordan dapat terus menyumbang kepada masyarakat Jordan khususnya di kalangan warga Malaysia di sana.

One thought on “ISMA lakukan kunjungan hormat ke Education Malaysia Jordan

  1. Pingback: ISMA Lakukan Kunjungan Hormat Ke Education Malaysia Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>