Bantahan aman PEMBELA kutuk penganjuran Seksualiti Merdeka

SHAH ALAM, 4 Nov. - Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan beberapa NGO lain telah mengadakan satu bantahan aman di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat tadi bagi membantah dan mengecam penganjuran Festival Seksualiti Merdeka.

Tuan Haji Aminuddin Yahaya, selaku Timbalan Presiden PEMBELA yang juga merupakan Timbalan Presiden ISMA telah membacakan kenyataan media kepada orang ramai yang hadir.

Turut hadir adalah pimpinan-pimpinan daripada PERKID, RICOI, MUAFAKAT, PEMBINA dan beberapa NGO lain.

Berikut merupakan kenyataan media PEMBELA bagi membantah penganjuran Seksualiti Merdeka dan semua bentuk aktiviti yang mempromosi dan cuba mengiktiraf LGBT:

Kenyataan Media PEMBELA

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membantah dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya festival Seksualiti Merdeka dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivis atas nama hak asasi manusia.

PEMBELA menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara Malaysia meniru gaya budaya hidup songsang lagi menjijikkan.

Festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlaq masyarakat Malaysia yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara.

Kempen ini ternyata bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Kesiksaan dan Jenayah Syariah (bagi muslim) kerana ia  menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabi’i yang merupakan suatu jenayah.

PEMBELA menggesa pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang semua pihak yang terlibat sebagai penganjur atau peserta.

PEMBELA juga menuntut semua kepimpinan Majlis Peguam dan SUHAKAM untuk meletakkan jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang  dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendekatan apologetik terhadap perlakuan sumbang dan tidak bermoral golongan LGBT ini harus dihentikan serta-merta kerana ternyata ia telah meruntuhkan institusi kekeluargaan dan memporak-perandakan norma-norma  masyarakat bertamadun.

Kami mengambil prihatian serius terhadap usaha kelompok ini yang mahu mengetengahkan hak LGBT sebagai hak asasi manusia di negara ini. Ini akan pasti mewujudkan kontroversi yang sepatutnya tidak timbul atau digalakkan timbul di negara ini kerana budaya dan gaya hidup Barat dalam isu hak LGBT ditolak di negara ini.

Aliran pemikiran Sekular, Plural dan Liberal yang menjadi kerangka pemikiran mereka akan membentuk masyarakat yang merungkai hukum agama dan menjadikan agama hanya sebagai budaya ritual di peringkat peribadi semata-mata.

Justeru, perbincangan yang mengarahkan kepada menjadikan amalan hidup LGBT sebagai gaya hidup di Malaysia tidak harus diketengahkan di negara ini.

6 thoughts on “Bantahan aman PEMBELA kutuk penganjuran Seksualiti Merdeka

  1. Pingback: Bantahan Aman PEMBELA Kutuk Penganjuran Seksualiti Merdeka

  2. Knapa Nak Bantah.. Biarlah.. kitaorang asyik dipiggirkan.. biar skrang kitaorang nak naik.. korang ada tolong kita orang ke jalan yang benar.. tak kan.. jangan naktunjuk baik lah :x

  3. Pingback: Bantahan aman PEMBELA kutuk penganjuran Seksualiti Merdeka | ISMA Shah Alam

  4. Pingback: Bantahan aman PEMBELA kutuk penganjuran Seksualiti Merdeka | ISMA Shah Alam

  5. to anonymous,persoalan sama ada ada yang mahu menolong atau tidak tak perlu diisukan sbb kehendak encik/cik perlu kuat untuk melawan nafsu semata-mata kerana Allah…kami hny sekadar mmpu untuk MEMBIMBING itu pun kalo encik/cik mahu DIBIMBING…hukum Allah tetap takkan berubah sehingga ke suatu saat yg Dia tentukan…kami menentangnya kerana Allah semata-mata.,,,wallahua’lam

  6. Anonymous: Kami bantah kerana kami sayang kamu. Kami tak mahu lihat kamu terus berada di jalan yang salah. Isu utama ialah kesongsangan, bukan dipinggirkan. Secara tabii, sesiapa saja yang normal (dan mereka ini majoriti) akan berasa pelik dan canggung apabila bertemu dengan orang yang nalurinya songsang. Bahkan ramai yang melarikan diri. Tak perlu salahkan mereka. Yang penting ialah naluri songsang itu boleh dirawat, bukan dipupuk lagi. Kamu memerlukan sokongan untuk pemulihan, bukan sokongan untuk kekal dalam kesongsangan. Kami bantah aktiviti yang memupuk kesongsangan, tapi kami sedia membantu orang yang benar-benar mahu kembali ke pangkal jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>