Syabas HIMPUN!

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran NGO-NGO Islam termasuk ISMA telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan ini yang dicetuskan oleh beberapa siri pemurtadan dan yang terkini dalam isu siasatan JAIS ke atas DUMC telah berlangsung dengan aman. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli Sekretariat dari ISMA, PEMBINA dan NGO-NGO lain yang telah bertungkus lumus.

Penilaian di atas adalah berasaskan kepada tujuan terpenting yang telah digariskan oleh penganjur iaitu bagi memberi amaran kepada ‘agen-agen pemurtadan’ bahawa umat Islam di Malaysia tidak akan mengizinkan perkara tersebut terus berlaku dalam negara yang tercinta ini. Penegasan ini adalah konsisten sejak mula ia dipromosikan, juga ketika ucapan para pemidato sedang berlangsung dan akhirnya ketika sidang akhbar di akhir majlis. Nyatalah andaian buruk sesetengah pihak terhadap tujuan ia diadakan tersasar jauh. Penganjuranya yang disensasikan juga teah mempromosikan ‘amaran’ ini secara tidak langsung.

Program ini juga telah berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini. Penegasan Artikel 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan. “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘musang berbulu ayam’ rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.

Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembentang untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing. Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus di celah-celah laungan takbir dari mulut semua pembentang. Ramai yang terharu dengan munajat YB Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinannya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat. Keadaan ini telah memberi isyarat penting kepada ahli-ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini. Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah. ISMA amat bersyukur dengan natijah ini kerana ia bertepatan dengan slogannya yang sedang dilaungkan.

Namun, jika kita hanya menyempitkan kejayaan sesuatu program berdasarkan jumlah yang hadir, kita sebenarnya telah tersilap membuat kesimpulan. Sambutan kehadiran 5,000 atau 10,000 orang tidak lagi penting, ia jika kita melihat sisi kejayaan lain yang lebih bermakna.

Kehadiran wakil dari badan yang sering dikaitkan dengan Pas iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Front Anti-Murtad (Forkad) memberikan sekurang-kurangnya dua isyarat kepada umat Islam iaitu; sebenarnya kebanyakan anggota Dewan Pemuda dan golongan muda Pas masih bersama NGO lain dalam isu ini atau ia pula sebenarnya merupakan satu protes senyap golongan muda terhadap keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS atau kedua-duanya sekali. Keadaan yang serupa juga dengan ‘wakil-wakil’ Umno yang berani tampil. Ini secara tidak langsung mengiktiraf perjuangan NGO-NGO yang berimej islamist Melayu. Tahniah untuk mereka semua. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui, moga Allah menyatukan umat ini atas aqidah yang sahih.

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

Dr. Kamil Azmi Tohiran
Pengerusi Biro Media dan Penerangan ISMA

25 thoughts on “Syabas HIMPUN!

  1. TAHNIAH KEPADA UMNO DAN BE END KERANA BERJAYA MEMPERALATKAN HIMPUN DEMI MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA!! BAGAIMANA HIMPUN BERJAYA DALAM MISINYA? SEDANGKAN TERBUKTI MATLAMATNYA PUN SUDAH BERCANGGAH DENGAN SEMANGAT UKHUWAH ISLAMIAH!! KEGAGALAN HIMPUN MENARIK JUTAAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI MEMBUKTIKAN ADANYA KESILAPAN2 DALAM HIMPUN!! http://lianglahad.blogspot.com/2011/10/antara-sebab-himpun-gagal-himpun-sejuta.html?spref=fb
    DIHARAP HIMPUN ,MENGAMBIL IKTIBAR ATAS KESILAPAN YANG LALU DAN TIDAK MENGULANGINYA!! AMIN….

  2. pemerhati & aktivis

    Alhamdulillah dan syabas..namun penganjur perlu akur dan rendah diri dalam menerima kelemahan2 yg ada dalam penganjuran, bukan pujian yg kita cari..tapi redha Allah swt.. bagus kiranya penganjur membaca pandangan kritis dari blog http://msomelayu.blogspot.com/. Selain dari pujian, beliau juga mengemukakan beberapan kelemahan yang perlu diperhalusi, antaranya..:

    1. Himpun gagal membebaskan dirinya sebagai entiti bebas sehingga ia dicop sebagai alat kepada pihak lain. Tanggapan atau prejudis ini berlaku apabila ia turut sama disertai oleh beberapa Ngo yang sudah dicop sebagai alat kepada sesuatu pihak ataupun dicurigai kewujudannya. Kedatangan atau penyertaan Ngo ini membawa sial kepada himpunan berkenaan.

    2. Ura-ura tiga orang makhluk yang sedang membusuk kini untuk sama memberi ucapan pada majlis itu sehingga dinafikan oleh Pengerusi Himpun, Azmi Hamid telah merosakkan reputasi Himpun. Berita mengatakan tiga makhluk itu akan hadir menyebabkan mereka yang melihat himpunan itu suci menjadi kotor dengan tiba-tiba dengan desas desus penglibatan mereka. Justru mereka yang menjadi liabiliti kepada agama dan politik harus ditohok jauh-jauh.

    3. Kelemahan Himpun tidak menjemput penyertaan parti politik Melayu terbesar Umno dan Pas. Sepatutnya Himpun ikut mengundang penyertaan politik atas prinsip dan maslahat agama. Sekiranya kedua pemimpin berada di pentas himpunan itu jumlah kehadirannya atau tarikan semakin hebat kerana pengaruh politik adalah terbesar di negara ini apa lagi kalau disangkutkan dengan perjuangan untuk membela ad-din.

    4. Memberi ruang kepada akhbar arus perdana untuk menjadi perantara dengan rakyat khasnya Utusan Malaysia satu kesilapan besar. Akhbar ini sudah tidak mampu lagi menjadi akhbar Penyebar Fikiran Rakyat yang telus dan setiap apa yang dilaporkan akan diragui dan mudah disangkut dengan kepentingan Umno. Sesiapa yang menempel dengan akhbar ia akan merosakan imej dan niat yang baik.

    Wallahualam.

  3. tiada apa-apa perubahan jika perjuangan hanya untuk orang melayu sahaja..
    bukankah Islam itu agama yang Syumul (sempurna)
    ana minta maaf..
    jadikanlah ”UMMAH SEPAKAT,ISLAM BERDAULAT”
    sebagai cadangan ana shja..

  4. Saudara Kamil dan ISMA perlu lebih berhati-hati. Kenyataan pada para 3 ini tidak harus dikeluarkan ;

    “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘MUSANG BERBULU AYAM rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.

    Siapa musang berbulu ayam ??? Adakah hanya kerana tidak menyertai HIMPUN saudara mencipta kemungkinan yang memperlihatkan persepsi serong saudara terhadap orang yang saudara rasakan sebagai musang berbulu ayam.

    Saudara Kamil dan ISMA
    Anda harus faham Orang tidak hadir ke HIMPUN kerana kenyataan kenyataan pemimpin ISMA yg sering berprasangka kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menentang UMNO. Selagi pemimpin pemimpin ISMA yang menganjurkan HIMPUN ini masih mahu mengambil hati UMNO selagi itulah orang tidak akan yakin perjuangan ISMA dan HIMPUN untuk menangani isu murtad ini akan berhasil walaupun kita tidak meragui niat baik ISMA. Niat baik harus seiring dengan pendekatan yg betul. Bertindak secara berhati hati demi menjaga hubungan anda dengan UMNO adalah tindakan yg tidak betul. Di luar kepompong ISMA ada ramai lagi pejuang pejuang yg benar benar berjuang untuk menyelamatkan aqidah yang telah dizalimi oleh UMNO.

    Isma dan HImpun telah gagal menghimpunkan pejuang pejuang aqidah kerana Isma dan HIMPUN dilihat dibayangi oleh UMNO. UMNO itu lah perosak aqidah ummat.

    Ayuh kita berjuang untuk menjatuhkan UMNO yang telah berdosa membunuh pejuang pejuang aqidah seperti as Syahid Ust Ibrahim Libya dan 14 Syuhada Memali, As Syahid Osman Talib Lubuk Merbau. UMNO juga telah memenjarakan pejuang pejuang aqidah menggunakan akata drakonian ISA.

    UMNO itukah yg nak diharpakan oleh ISMA dan HIMPUN untuk memperjuangkan aqidah.

    Sebab itulah ramai yang tak pi.

    Oleh itu Saudara Kamil ” BETULKAN KENYATAAN SAUDARA PADA PARA KE TIGA DIATAS”

  5. Dr Kamil Azmi, jangan kerana anda begitu prejudis dengan keputusan PAS pusat untuk tidak hadir ke HIMPUN anda membuat spekulasi mudah bahawa pemuda PAS telah mengadakan protes senyap terhadap pimpinan PAS. Anda silap. Kami pemuda PAS tetap teguh di belakang pemimpin kami kerana kami tidak buta hati untuk melupai perjuangan pemimpin kami dalam mem[perjuangkan aqidah. Di manakah ISMA dan 2000 NGO ketika pemimpin PAS memperjuangkan aqidah hingga disepak terajang oleh pemimpin UMNO. Sejarah telah telah merakamkan detik detik perjuangan berikut ;

    PAS memperjuangkan undang-undang murtad ini sejak dari zaman Haji Yusof Rawa sehinggalah sampai saat ini…

    Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak oleh ahli parlimen Islam UMNO.

    Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

    Pada March 2006,Naib Presiden PAS,
    Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad..

    Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO… sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut..

    Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

    Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut..

    Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah…

    apakah perkara 121 (1A)?
    perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah..

    Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil..

    contoh..
    jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan..
    keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah..

    Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah…

    balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.
    Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

    Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

    Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula..
    menteri-menteri itu adalah..

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu,
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,
    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
    Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek,
    Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik,
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili,
    Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui,
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok,
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On.

    Dimana UMNO pada waktu itu
    Dimana ISMA pada waktu itu
    Dimana 2000 ngo himpun pada waktu itu

  6. Saya kurang bersetuju tentang memberi peluang kepada akhbar utusan Malaysia adalah satu kesilapan. Cuba beritahu, akhbar manakah yang mahu mewar-warkan perhimpunan berkenaan? Adakah pihak penganjur melarang mana-mana akhbar lain membuat liputan? Harakahpun dialu-alukan membuat dan mempromosikan himpunan berkenaan. Persoalannya, adakah mereka sudi di kala pimpinan parti membuat keputusan tidak melibatkan diri. Nak harapkan Roket dan Suara keadilan?

    Dikala media alternatif yang mempunyai pembiayaan dari golongan yang anti Islam memandang sinis perhimpunan berkenaan, penglibatan utusan yang sedikit sebanyak mempunyai pemikiran kesatuan umat Islam amat diperlukan. Adakah ini salah.?

  7. saya rasa maksud pemerhati dan aktivis bahawa SILAP disini ialah ;

    Majoriti rakyat Msia sekarang tidak dapat menerima akhbar utusan. Sebab Utusan adalah medium utama yg menyebarkan fitnah liwat dan seks. juga medium utama yg menyembunyikan kezaliman UMNO.

    Oleh itu mana mana pihak yg mempromosikan apa apa program melalui utusan akn dilihat mempunyai kaitan dengan utusan dan gerombolan UMNO.

    Itu adalah persepsi yg telah terbina dalam minda majoriti rakyat Msia yg sedar terutamanya aktivis Islam. Kita tak dapat nak ubah persepsi ini kerana hakikat nya memang itulah fungsi Utusan.

    Jadi, apabila HIMPUN menggunakan Utusan sebagai media untuk mewar warkan tentang perhimpunan ini maka majoriti rakyat menjadi hambar dan nampak program ini tak serius walaupun HIMPUN sebenarnya adalah satu program yg sangat penting.

    So lain kali kita tak boleh dah berpakat dengan Utusan dan UMNO.

    Otherwise kita hanya dapat buat PERHIMPUNAN LIMA RIBU UMAT sahajalah. Sebab 5000 itu sahajalah kot yang masih percaya kepada utusan.

  8. Secara peribadi, saya berasa sedih kerana melihat jumlah peserta yang hadir ketika HIMPUN kerana bilangan yang sangat kecil. Ia reflect kepada bagaimana keperihatinan kita umat islam tentang isu akidah & bagaimana kekuatan gabungan NGO2 Islam di Malaysia. Gerakan2 kristian & orang bukan Islam bersorak keriangan & bertepuk tangan melihat perkara ini. Orang melayu muslim sendiri yang mengucap 2 kalimah syahadah yang sama juga yang menentang kuat kepada penyatuan ini. Inilah yang berlaku apabila ada pihak yang menjadikan politik sebagai matlamat akhir & Islam sebagai alat. HIMPUN ini adalah sedikit persambahan kami di hadapan Allah di Akhirat nanti. Matlamat kami adalah redha Allah dan bukannya hero di pementasan politik.

  9. kenapa usaha kecil segelintir manusia yang benar-benar ingin memperjuangkan Islam itu begitu ditolak mentah-mentah SEMATA-MATA kerana kononnya ada unsur POLITIK di dalamnya.
    adakah rasul mengajar kita untuk berpecah kerana fahaman politik yang BERBEZA?
    sedangkan kita menganut AGAMA yang SAMA?
    atau kerana masing-masing ingin menegakkan benang yang sememangnya BASAH
    ubahlah pendirian anda.ubahlah pemikiran anda
    setiap pemimpin politik itu ada kelemahannya
    saat ini kita perlu bersatu.bukan menunding jari siapa yang salah,siapa dalang semua ini.
    angka majoriti itulah MELAYU di Malaysia.kerana itulah MELAYU bersatu,Islam berdaulat.
    fahamilah.Wallahu a’lam

  10. Assalamu’alaikum w.b.t,

    Alhamdulillah & tahniah kpd pihak yg terlibat dgn HIMPUN.

    Apa yg dilihat inilah permulaan yg ingin diseru & dibuka hati umat2 Islam di Malaysia utk bersama2 berkumpul atas dasar aqidah.

    Saya melihat bagusnya para pemimpin hatta ahli politik PAS,UMNO,BEBAS boleh turut hadir bersama2 menanggalkan jenama masing2 demi aqidah. Golongan seperti merekalah yg patut dicontohi kerna bersikap matang & tidak skeptikal.

    Melihat dlm suasana Malaysia, adalah menjadi impian utk para pemimpin & ahli politik yg beragama Islam mengikuti & mencontohi mereka2 seperti di Palestin,Indonesia dan lain2 di mana mereka rela melepaskan kepentingan ego masing2 untuk berjuang & duduk bersama mentadbir atas dasar aqidah & kepentingan umat & bangsa. Lihat saja, Hamas yang dikatakan cukup dikenali dengan kepimpinan qudwah Islami boleh duduk sekali dengan Fatah dan beberapa fraksi yang lain walaupun selain Hamas ini dikatan kurang islami tetapi Hamas tetap boleh bersepakat untuk bersama2 demi umat selagi mana ianya atas dasar saudara Islam. Nah bukankah Hamas ini telah cukup derita dengan perbuatan Fatah suatu masa dahulu? Di Indonesia, PKS dan beberapa nama yg membawa perjuangan Islam duduk mentadbir sekali dengan mereka yg juga digelar kurang Islami hatta sekular sekalipun tetapi PKS tetap mengenepikan atas dasar kepentingan umat melebihi jenama,kumpulan & parti.

    Jika di Malaysia, PAS adalah Islam begitu juga UMNO. Maka adakah Palestin & Indonesia tidak boleh menjadi contoh utk kedua-dua sepakat menanggalkan polemik masing2 demi kepentingan umat Islam Malaysia. Cuma yang menjadi kesedihan & kerugian apabila kedua2nya boleh baik & berprasangka baik dgn bukan Islam hatta terkadang sehingga bantu untuk ‘cover’ jika mereka ini buat salah tetapi dengan sesama Islam sering mencari keburukan sahaja. Dalam ajaran, hadis manakah yang mengajar kita untuk berbuat demikian? Bimbang budaya pemikiran kedua2 parti hari ini yang diwakili oleh insan yang mengucap dua kalimah syahadah itu menjadi asbab murkanya Allah terhadap bumi ini. Jangan dikatakan siapa lebih hebat,Islami,berbakti kpd umat selagi mana kita tidak mengikuti akhlak & politik seperti yg dibawa Rasulullah.

    Akhir sekali tahniah sekali lagi diucapkan kpd mereka berusaha melaksanakan HIMPUN walau dengan pelbagai tohmahan atau pandangan yang berbagai dari pelbagai pihak. Allah sahaja yang melihat hati & amalan dalam diri kita semua. Moga kesucian niat yang murni seperti HIMPUN dapat dinilai dengan adil, terbuka mata hati & minda buat mereka yang ikhlas untuk kembalikan kesatuan hati umat Islam di Malaysia.
    Mungkin angka kehadiran ke HIMPUN nampak seolah kecil tetapi saya meyakini yang hadir majoritinya adalah golongan yang ikhlas & berkualiti jiwa serta peribadinya. Sebagaimana perjuangan dalam Islam terutama pada peringkat awal, umat Islam amat sedikit sekali tetapi kualiti & semangat yang ada pada mereka melebihi majortiti penduduk bumi ketika itu. Kejayaan yang besar pd HIMPUN adalah mula membuka minda mereka yang berfikiran & berhati terbuka serta suci dalam menilai dengan objektif dan deklarasinya amat bermakna. InsyaAllah moga Islam kembali kuat dengan usaha2 seperti ini yang menginsafi & menguatkan iman umat Islam di negara ini.

  11. Assalamualaikum Saudara Abdul Razak.

    Minta maaf jika komen saya mengganggu perasaan tuan,

    Itu pandangan dan persepsi saudara sahaja bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak dapat menerima Utusan. Ini disebabkan ianya tidak selaras dengan pemikiran saudara dan kumpulan tuan. Bagi saya perjuangan utusan malaysia dalam memertabatkan Islam dan Melayu kekal relevan.Sekurang-kurangnya masih ada akhbar yang masih mengekalkan sisipan tulisan jawi di Malaysia ini.

    Ramai lagi yang masih membaca utusan.Dari segi sejarah utusan juga pernah jadi propaganda dan senjata utama pemimpin yang saudara sokong sekarang ini bagi menjayakan cita-cita politiknya di dalam UMNO.Adil bukan ? sekarang bilamana beliau pula menjadi kritikan dan sasaran . Betul tak betul biarlah takdir dan usaha dan pihak berkenaan yang tentukan dan segala kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu.

    Beritahu saya , manakah akhbar-akhbar di Malaysia atau di dunia yang tidak bias mana-mana pihak? Adakah Harakah dan akhbar lain maksum daripada berpihak ke mana-mana paksi politik?Selagi kita bernama manusia kita tetap mempunyai kelemahan diri.Kalau sayalah sebagai penganjur, takkan saya hendak tolak promosi percuma dari akhbar-akhbar untuk menjayakan usaha berkenaan asalkan tiada syarat yang dikenakan yang bakal menyebabkan tujuan utama lari dari landasannya. Media-media lainpun, setahu penulis, tidak dihalang jika hendak menghulurkan bantuan.Lagipun, bermacam-macam media lain (alternatif) yang saya lihat di perhimpnan berkenaan. Walaupun tak dikenali sangat,tetapi kegigihan mereka membuat liputan amat dihargai.

    Kepada Penganjur Himpun, teruskan usaha anda semua walaupun sering diperkecilkan dan diperlekehkan oleh mana-mana pihak. Sesungguhnya ini adalah dugaan dalam perjuangan dan bakal membuatkan tuan/puan semua semakin kuat, insyallah. Apa yang penting, tujuan utama ialah menegakkan kebenaran dan menentang segala kebatilan, tak kiralah dibelah pihak manapun. Teruskan usaha murni ini. Insyallah, 5000 itulah yang bakal menggegarkan 5 juta yang lain.

    Wallahualam.

  12. Bila saya membaca komen2 dari pembaca dan pengkritik kadang2 saya ketawa dan kadang2 sedih sebak melihat kritikan yang yang dilontarkan yang bercampur baur. di antara faham atau tidak apa yang diutarakan oleh HIMPUN itu sendiri.. Sepatutnya kedua dua parti terbesar Melayu Islam menyertai HIMPUN Kalau lah kita boleh himpun hingga 100,000 Pihak PAS boleh kata kat DAP tengok jgn main2 dengan Melayu Islam boleh bersatu kerana Deen mereka UMNO pun pun boleh kata kat MCA, MIC tengok jgn main2 dengan orang Melayu Islam ni.. Jgn nak minta yang bukan2.. Tapi kedua-duanya demi menjaga hati org bukan Islam maka takdatang lah mereka2 itu… Jadi bertepuk tanganlah orang bukan Islam. Kalau kita lihat politik orang Cina khususnya mereka bijak berpesatuan.. Mereka bersatu dalam memperjuangkan hak2 mereka walaupun kadang2 bukan hak mereka… Mereka bersatu dalam kaum mereka. Jadi kita lihat mereka kuat dan minta apa saja kepada pemerintah dan dapat apa yang mereka minta..Jadi pihak UMNO dan PAS tolonglah fikirkan …ambillah Iktibar dari sejarah kita yang panjang samada sejarah alam Melayu mahupun Islam itu sendiri. siapa yang belot dalam kejatuhan kerajaan Empayar Melaka ke tangan Portugis.. Kita kena celik sejarah..Bila lagi??? ..HIMPUN telah melabuhkan tirainya dan TAHNIAH kepada penganjur..mudahan Allah memberatkan neraca timbangan antum semua..dan menyembahkan usaha2 ke hadapan Rabbul Jalil nanti..dan juga semoga Allah akan membuka hati2 pemuka2 politik mahupun NGO atau individu untuk bersepakat dalam konteks Deen Allah ini dan berjuang hingga akhir hayat dengan niat yang Ikhlas kerana NYA..

  13. Assalamualaikum, en. kamal ali dan pembaca yg dirahmati Allah sekalian…
    Saya percaya dengan kesungguhan perjuangan PAS dalam isu Murtad.
    Saya maklum amat dengan perjuangan PAS sejak dari dulu lagi dalam isu ini. (Saudara tak bagi tau pun saya tau insyaallah)
    Bahkan saya amat berbangga dengan usaha PAS pada ketika itu kerana mewakili ummat Islam keseluruhannya. Begitu juga ISMA, saya yakin.
    Saya juga maklum apa itu perkara 121 (1A) sebab saya “baca” undang-undang. Begitu juga kes-kes yang telah dibicarakan itu.
    Tetapi saudara….
    HIMPUN diadakan bukan sekadar cukup membesarkan isu murtad (walaupun itu adalah intipatinya), tetapi diadakan demi untuk memperlihatkan kepada musuh yang kita tak nampak (tapi nampak kesan-kesan perancangannya yang cukup rapi dan bersungguh itu) bahawa kita umat Islam di Malaysia ini masih punya kekuatan dan tidak dapat sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan lantaran bagi mereka kita lemah kerana berpecah. HIMPUN ini hanyalah 1 usaha dari sekian banyak usaha untuk memberi kefahaman kepada orang Islam di Malaysia makna kesatuan dan perpaduan. Kesatuan antara PAS dengan UMNO bagi saya, en. Kamal Ali mustahil dapat dilaksanakan kerana dasar dan pegangan sangat jauh umpama langit dan Bumi. Melainkan UMNO kembali nak laksanakan dasar2 Islam. Sebab itu, ust Abdullah Zaik pernah mencadangkan perpaduan yang diimpikan hanyalah dalam setengah2 agenda yang melibatkan Islam dan umat Islam keseluruhannya. Jadi saya ingin bertanya en kamal Ali, setelah sekian banyak usaha yang datang dari PAS dalam memerangi murtad, adakah usaha itu sudah cukup? sedangkan kalau kita seorang yang byk bangun malam pun, banyak baca quran dan kitab2 pun tak boleh rasa cukup dan ujub… Perjuangan ini tiada noktahnya en Kamal Ali. Saya generasi muda tak pernah pandang rendah jasa ulama PAS memperjuangkan Islam dari dulu sampai sekarang. Tak pernah! Sebab saya rasa begitu dekat dengan perjuangan PAS…. Namun kaedah fiqh ada menyatakan المصلحة العامة تقدم من المصلحة الخاصة” yang bermaksud Maslahah umum lebih penting dari maslahah khusus… Maslahah menjaga survival umat Islam bagi memastikan Islam terus bertapak dengan selesa dan ada peluang untuk berkembang lebih BESAR dari maslahah menjatuhkan pimpinan fasiq sekalipun! Siapa tak nak tegakkan Syariah? Siapa tak nak laksana hudud, semua NGO termasuk ISMA nak semua itu dilaksanakan suatu hari nanti… Tetapi adakah tanpa kekuatan kita mampu laksanakannya… Adakah kita nak negara kita jadi macam Indonesia, bicara hudud pun jadi samar2, sbb tiada mekanisma nak laksanakan, sebab Islam dengan kafir pun bercampur baur… Perlembagaan kita unik…. Tiada perlembagaan dalam mana2 negara dunia mengaitkan bangsanya dengan Islam…. Melayu sudah cukup sebati dengan Islam… Sebab itu Melayu dijadikan wasilah oleh ISMA untuk memperjuangkan Islam, bukan MATLAMAT. Tidak mungkin pertarbiyahan bangsa boleh dianaktirikan dari sudut strategi.

  14. Pingback: Syabas HIMPUN ! | HIMPUN

  15. Saya rasa
    PAS, ISMA, ABIM, JIM, TERAS mempunyai matlamat yang sama. Semua pertubuhan ini boleh dikategorikan sebagai gerakan Islam.

    Tetapi UMNO dan PKR tidak.
    Ahli UMNO dan PKR memang orang Islam. Saudara semuslim. Tetapi pertubuhan UMNO dan PKR tidak boleh dikategorikan sebagai gerakan Islam.

    UMNO adalah penghalang kepada pelaksanaan Islam yg syumul.
    Gerakan Islam harus bersatu untuk menjatuhkan UMNO. Itulah aulawiyat yg tertinggi. Kalau UMNO tidak dijatuhkan kita bertanggungjawab di hadapan Allah di atas kezaliman yg dilakukan oleh UMNO. Di antara kezaliman UMNO ialah menentang rang undang undang murtad yg dikemukakan oleh PAS pada tahun 1988, 1999, 2003 dan 2006.

    Dalam proses untuk menjatuhkan UMNO, gerakan Islam harus bertahaluf dengan PKR dan DAP. tahaluf bukan menjadi kuda tunggangan atau bersekongkol dan mengenepikan prinsip.

    Percayalah pemimpin PAS yg sudah biasa kalah pilihanraya, biasa hidup susah tiada gaji tetap, biasa hidup susah ditahan ISA, biasa hidup susah di brainwash dan dipsycho oleh SB ; mereka tidak akan membiarkan PKR dan DAP memperkudakan Islam. Mereka sanggup mati untuk Islam. Sampai masanya nanti kalau DAP dan PKR benar benar jelas menentang Islam pemimpin PAS tidak akan teragak agak untuk meninggalkan DAP dan PKR.

    Buat masa ini aulawiyat nya ialah jatuhkan UMNO dahulu.

    Inilah yg perlu difahami oleh lain lain gerakan Islam.

    Selagi kita tidak bersatu dalam mengenalpasti musuh utama ( UMNO ) selagi itulah kita tidak akan bersatu.

    Percayalah wahai ISMA seandainya semua gerakan Islam memberi sokongan kepada UMNO dan meninggalkan PAS dalam pilihanraya ini. Kemudian katakanlah UMNO menang besar sehingga PAS hilang semua kerusi dalam parlimen. Percayalah ketika itu ISMA pasti akan diterajang oleh UMNO. Kerana UMNO hanya bernafsu untuk menjadikan ISMA sebagai alat untuk melemahkan musuh utamanya iaitu PAS.

    “Melayu Sepakat Menjatuhkan UMNO, Islam berdaulat”

  16. melalui komen2 ni, rupanya banyak lagi kerja kita. mungkin sekarang perlu kita walk the talk. ramai yang komen dan kritik sana sini, pemimpin ini, itu, parti itu, ini, ngo itu dan ini, kita check balik rumah kita, anak2 kita, cukup tak solat jemaah kita? anak dan isteri dan diri kita ini ikut syariat tak, akhlak kita bagaimana? ade baca quran tak hari ni? ade tak doa untuk sahabat kita di palestin, chechnya, kosovo, bosnia, acheh, indonesia, malaysia? ade ke kita bincang pasal islam dengan rakan non muslim apatah lagi rakan muslim sendiri? Bila kali terakhir kita ajak rakan2 kita untuk bermanfaat kepada umat islam untuk buatkan sendiri projek islami? berapa dari gaji kita yang kita peruntukkan untuk umat islam dalam bentuk infaq, sedekah, hadiah dsb? Hmmmm.. banyak lagi kerja kita ni. Jom usah kita sia2kan umur kita. ahmad naik Gen2, karim naik persona, lim abdullah naik honda civic, mohd naik kancil, matlamat sama, wasilah/wadah berbeza, akhirnya kita menuju ke tempat sama. Masing2 gaya pemanduan, laluan, petrol/diesel, etc yang berbeza. tapi apa salahnya sekali sekala kita konvoi sekali 🙂 sama2 untuk kepentingan bersama. tak perlu jual kereta masing2 dan beli kereta sama. 🙂 Indahnya kita bila beramal.

  17. saudara Adnan,

    Sebagaimana saudara sebut bahawa UMNO hanya bernafsu utk menjadikan ISMA sebagai alat untuk melemahkan musuh, lebih bernafsu DAP & parti-parti non-muslim yg lain utk memperalatkan rakan politik Muslim mereka.

    saya rasa sebenarnya aulawiyat kita ialah tumpu kepada pembinaan bangsa yg mempunyai jatidiri seorang Muslim, bukanlah tumpu pada menjatuhkan UMNO. Khususnya bersepakat dengan kelompok bukan Islam yang terang-terang menentang Islam dan mempunyai agenda jahat.

  18. D6 anta bertanding parlime.. ke dun..?

    kalu UMeNO penghale perlaksanaan Islam yang Syumul..PKR dan DAP penyokong ke?
    Dulu Pulau Pinang bawah BN… sekurang2nya kekayaan PP orang2 UNI10 rase juge. Bila DAP memerintah projek2 besar masuk kantung DAP je…

    Bagaimana jika nanti DAP memerintah Sabah, Sarawak, Perak, Melaka dan Penang?
    Orang2 Uni10 dapat apa? Bolehkah Islam yang syumul ditegakkan?

    Setahu saya Syirik adalah kezaliman paling besar. Guang En.. orang musyrik ke ahli kitab? Mu baca dok bab tahaluf ni… ada ke dalil syar`ie mengharuskan tahaluf dale keadaee PAS dok boleh paksa DAP ikut Islam..?

    bagi kefahame ambo… selagi umat Islam dok berkasih sayang macam Aus dan Khazrj, muhajirin dan alansor… lambat lagi Islam nak menang sebab dok cukup syarat kemenangan…

    maka aulawiyat keje2 Islam maso le ni ialah menyatukan umat Islam dulu, membina kasih sayang antara mereka dan menjauhlan mereka daripada bergaduh dalam isu2 tidak aula…

    mohon berundur..

  19. Assalamu’alaikum. Saya amat sedih kerana PAS mengatakan mahu membela Islam tetapi apabila NGO-NGO Islam memeperjuangkan isu pokok iaitu aqidah, PAS tak dapat nak ikut. Kalau perjuangan itu konsisten, kenapa tidak bersama. Ahli-ahli semua NGO termasuk PAS perlu melihat kesatuan umat mengatasi kepentingan mendapat kuasa & pemerintahan, jangan mudah mengkafirkan umat Islam yang solat & mengucap dua kalimah syahadah, berhati-hati mengubah pemerintahan sedia ada yang boleh mengakibatkan kemudaratn yang lebih besar kepada Islam dan umatnya dan melihat semua jemaah Islam adalah hizbullah dan tidak mengatakan jemaahnya adalah jemaah terbaik kerana semua jemaah Islam menyeru kepada Allah tetapi cuma berbeza cara/ kaedah/ wasilah. Da’wah adalah satu jalan yang panjang dan penuh dengan liku.

  20. Assalamu’alaikum. Saya amat sedih kerana PAS mengatakan mahu membela Islam tetapi apabila NGO-NGO Islam memperjuangkan isu pokok iaitu aqidah, PAS tak dapat nak ikut walaupun selama ini PAS memperjuangkannya. Kalau perjuangan itu konsisten, kenapa tidak bersama? Apabila UMNO dan Utusan buat baik pun nak kritik. HIMPUN tidak bermatlamat politik tapi dikatakan politik. Kenapa Presiden PAS tidak menghubungi Sekretariat HIMPUN untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat? HIMPUN mungkin mampu menjadi platform adakah UMNO dan PAS (dua-dua umat Islam) boleh bersatu atau tidak? Ahli-ahli semua NGO termasuk PAS perlu melihat kesatuan umat Islam (di Malaysia khususnya) mengatasi kepentingan mendapat kuasa & pemerintahan, menjaga kepentingan Islam perlu melebihi menjaga kepentingan pemimpin/ parti/ jemaah, bersekongkol dengan musuh Islam hanya apabila Islam adalah dominan dalam persekongkolan itu, jangan mudah mengkafirkan umat Islam yang solat & mengucap dua kalimah syahadah, berhati-hati mengubah pemerintahan sedia ada yang boleh mengakibatkan kemudaratan yang lebih besar kepada Islam dan umatnya dan melihat semua jemaah Islam adalah hizbullah dan tidak mengatakan jemaahnya adalah jemaah terbaik kerana semua jemaah Islam menyeru kepada Allah tetapi cuma berbeza cara/ kaedah/ wasilah. Da’wah adalah satu jalan yang panjang dan perlu kefahaman yang mendalam dan perlu pengorbanan jiwa & harta.

  21. Saya rasa UMNO per say je takde wakil yg datang HIMPUN…tp yg dibashing adalah PAS semata…UMNO ni parti melayu suci barangkali? mrk bukan perjuangkan islam scr tulen, jd tak mengapa mrk tak datang HIMPUN…yg penting sesama melayu jangan gaduh…sesama gerakan islam takpe…kutuk habis2an jer…

    Mcm tu agaknya yg ingin diajar??

  22. Agak penat sebenarnya untuk beri penjelasan kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.
    Maka bersabarlah wahai sekalian pemuda…

    “Sabrur Rijal, Wa Himmatul Abtal”

  23. memang betoi..celik sejarah tapi buta hati..cakap ikut sedap jer..aku yg bukan isma pun tak mcm hang wahai celik sejarah tapi buta mata hati..cakap hampa ja yg betoi..hampa ja yg boleh kritik..org lain semua salah..kesian..barangkali ni lah fikrah pas yg menyelinap masuk dlm pemikiran anak muda sebagai agen pemecah belah..memang kesian kat anta..

    aku bukan isma tp minat cara isma..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *