Sejarah baru negara terbentuk

Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kepada Allah swt kerana program HIMPUN telah berjaya diadakan. Suasana yang berjalan sepanjang program telah dipenuhi dengan nasyid dan alunan zikir oleh penasyid-penasyid terkemuka tanahair. Ceramah-ceramah yang diberikan oleh 13 penceramah tidak sedikitpun menyentuh soal politik tetapi hanya fokus kepada soal-soal aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita menghalang gejala murtad. Laungan pula tidak ada kalimah yang provokatif tetapi penuh semangat dengan mengucapkan kalimah HIMPUN, Selamatkan Aqidah, dan HIMPUN hanya untuk Allah. Laungan takbir Allahuakbar menggemakan seluruh stadium.

Saya menerima pelbagai SMS yang menghina HIMPUN dan ada juga ahli jawatankuasa yang diugut. Semua ini adalah cubaan untuk menggagalkan HIMPUN. Namun usaha-usaha ini jelas gagal melemahkan semangat kami.

Ramai yang membuat telahan tentang kehadiran peserta. Ada yang kata 1,000, ada yang kata 3,000 ada yang kata 5,000 dan ada pula yang kata 10,000. Saya bertanya kepada pihak stadium, mereka mengatakan 20,000. Bagi saya biar apa pun angka yang ingin disebutkan, biar apa pun tohmahan yang nak diberikan, itu tidak menjadi soal. Yang penting HIMPUN telah berjaya menarik puluhan pemberita dan rangkaian TV dari dalam dan luar negara termasuk BBC, CNN, Al-Jazeera dan lain-lain. Yang penting berita dan mesej HIMPUN sudah tersiar di dada-dada akhbar utama semenjak seminggu yang lepas dan insya Allah akan terus tersiar di masa-masa hadapan.

Jelas, kepada yang menuduh HIMPUN akan menjadi ‘Kristian bashing’ atau akan memecahkan rakyat atau akan menimbulkan kekecohan, terbukti tuduhan yang tidak berasas. Sebaliknya HIMPUN berjalan dengan penuh harmoni, penuh ukhuwwah dan penuh emosi sehingga ada yang menitiskan airmata ketika Dato’ Dr. Hasan Ali membacakan zikir munajat. Mereka sedar bahawa mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan aqidah.

Dengan cuaca yang indah dan alunan nasyid yang lunak membuatkan semua pemberita bukan Islam merasa aman dan bebas bergerak. Walaupun ada pihak yang cuba mengedarkan risalah provokatif namun mereka cepat ditangkap dan dihentikan. Kehadiran pelbagai NGO dan wakil parti politik UMNO dan PAS yang datang sebagai seorang muslim bukan seorang politician mengharmonikan lagi suasana.

Adakah di sana suasana lain yang mampu mengumpulkan penyokong dan pimpinan PAS dan UMNO yang begitu ramai?

Jelas, SEJARAH BARU NEGARA KINI TERBENTUK !!! Saya bersyukur.

Wahai Allah, Engkau menjadi saksi bahawa aku telah melakukan segala yang termampu untuk menjaga agamaMu. Aku telah berusaha dengan segala tenaga untuk menyatukan ummatMu. Tidak ada lain yang aku harapakan selain dari ianya menjadi hujjahku dihadapanMu di padang Mahsyar nanti.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

5 thoughts on “Sejarah baru negara terbentuk

  1. Dalam Al Quran ada menerangkan ada dalil yang menyebut keadaan di mana jika manusia tidak mahu menurut kehendak Allah, nescaya Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang lain. Maka kita berharap , Insyaallah kita termasuk dikalangan umat yang disebutkan(sebagai ganti) di bumi Malaysia ini, di mana rata-rata umat sedia ada masih lalai dan gila dengan kekuasaan politik yang mereka cari sehingga matlamat menghalalkan cara. Himpun bakal menjadi platform(pengganti) utama menegak kebenaran dan menghalang kemungkaran.Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>