Keluarga institusi lahirkan penguasaan ummah untuk tegak sistem tauhid

PUTRAJAYA, 23 Oktober - “Fasa berkeluarga bukan sekadar fasa yang terbentuk di atas dasar memenuhi keperluan asasi kehidupan, tetapi merupakan pembentukan satu institusi besar untuk melahirkan satu bangsa, masyarakat dan ummah. Penguasaan ummah merupakan satu titik tolak utama dalam menegakkan sistem tauhid di muka bumi Allah ini.”

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) 2011 yang bertajuk ‘Membudayakan Perencanaan dalam Keluarga Melayu Muslim’ di sini siang tadi.

Beliau menyeru para hadirin untuk membangunkan semula institusi kekeluargaan daripada asas menjurus kepada bagaimana kita boleh membina institusi keluarga soleh yang mampu mendokong sebuah masyarakat hebat untuk membentuk negara yang gemilang.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik lagi, pelayaran sebuah keluarga tidak boleh dibiarkan berjalan mengikut arus, sebaliknya hendaklah dipandu dengan nilai dan asas kecemerlangan tamadun Islam yang telah kita warisi.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan penekanan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak, juga peranan bapa sebagai nakhoda pelayaran sesebuah keluarga.

Konvensyen anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ini dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang peserta.

One thought on “Keluarga institusi lahirkan penguasaan ummah untuk tegak sistem tauhid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>