a
Terkini
20/01/2018, 3:25 pm

Mengapa Melayu? Islam itu kan universal

“Mujur aku kenal Islam terlebih dahulu sebelum aku kenal Melayu, kalau tidak mesti aku tidak akan tertarik dengan Islam.”

Saya percaya, ramai dari kita pernah mendengar ungkapan sebegitu. Ungkapan yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan agama Islam di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis identiti yang cukup parah.

Tanpa perlu melihat kepada statistik masalah sosial remaja, lihat sahaja di mana-mana dan kita akan dapati, bahawa juara kepada masalah sosial di mana-mana adalah dari bangsa melayu.

Namakan apa sahaja masalah, buang bayi, merempit, curi motosikal, lepak, ponteng sekolah, dadah, merokok di sekolah, bergaduh, pergaulan bebas, kemiskinan, rasuah, pelacuran dan macam-macam lagi, maka kita akan dapati bahawa belia dari kalangan bangsa Melayu adalah juaranya.

Pergilah ke KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Mid Valley atau Jalan TAR, dan lihat juga di panggung wayang, di konsert-konsert dan pesta, lihatlah siapa penghuninya dan siapa yang paling banyak terlibat dalam masalah ‘couple’ dan pergaulan bebas.

Pergi juga ke sekolah-sekolah , universiti-universiti tempatan dan tanyakan pada guru-guru dan pensyarah-pensyarah tentang siapa yang bermasalah dalam akademik dan syakhsiah.

Itu belum dikira bilangan yang solat 5 waktu sepenuhnya, yang menutup aurat dengan sempurna, yang iltizam dengan akhlak dan adab-adab Islam seperti solat berjemaah dan tilawah Al Quran harian.

Kalau tidak percaya, buatlah satu tinjauan rambang di mana-mana sekolah atau IPTA di Malaysia, dan tanyakan pada pelajar-pelajar Melayu Muslim, berapa ramai yang solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan terkejut dengan hasilnya.

Belum lagi kita membincangkan tentang masalah ekonomi orang melayu yang jauh ketinggalan dalam setiap aspek.

Lebih menakutkan jika kita melihat kepada bilangan yang murtad di Malaysia.

Jika kita lihat dengan mata, kita renung dengan perasaan dan kita faham betul-betul realiti ini maka kita akan dapati bahawa bangsa ini tidak lagi menjadi contoh yang terbaik kepada bangsa-bangsa lain. Usahkan hendak menjadi contoh, bahkan sekarang ini mula kedengaran ungkapan-ungkapan dari mereka yang berbangsa melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai bangsa ini.

Menyedari akan kelemahan inilah, maka ISMA mengambil pendirian untuk memfokuskan dakwah kepada bangsa melayu buat masa ini, agar bangsa ini kembali menjadi kuat dan mulia untuk dicontohi oleh bangsa-bangsa lain yang bukan Muslim di Malaysia.

Bukan hendak mengabaikan dakwah kepada bangsa-bangsa lain, tetapi atas kapasiti yang masih terhad dan realiti semasa yang begitu mendesak.

Ramai yang mempertikaikan dan menyatakan bahawa ISMA menonjolkan satu fikrah yang bersifat dan berbau perkauman, tapi mengapa sebelum ini tidak ada yang mempertikaikan pertubuhan Islam bagi orang Cina di Malaysia seperti MACMA, Kongress India Muslim Malaysia atau kewujudan masjid India di Kuala Lumpur itu sendiri?

Bahkan di Kelantan, ada satu masjid yang baru di bina di Rantau Panjang yang menggunakan seni bina ‘Cina’ yang cukup menarik. Ketika saya masuk ke masjid ini, tidak pula saya dan rakan-rakan yang lain merasa bahang dan bau perkauman, bahkan saya merasa cukup hormat dan gembira atas keterbukaan kerajaan PAS Kelantan dalam meraikan sifat-sifat unik bangsa Cina.

Bila bangsa lain bercakap tentang bangsa mereka, buat beribu-ribu persatuan, merencana pelbagai agenda, tidak mengapa pula, tetapi mengapa bila bangsa melayu bercakap tentang menyelamatkan bangsa sendiri dari jurang kehinaan dan menyatukan mereka atas dasar Islam, pelbagai cop pula yang diberi. Mengapa begitu?

Fikrah dakwah kepada bangsa Melayu yang dibawa oleh ISMA bukan hendak menghidupkan kembali budaya-budaya jahiliah dalam bangsa Melayu yang bertentangan dengan Islam, akan tetapi hendak memahamkan mereka bahawa suatu masa dahulu, bangsa ini adalah bangsa yang mulia dengan Islam dan juga bangsa ini adalah bangsa tonggak yang menjadi contoh dalam pengamalan Islam kepada bangsa-bangsa lain yang wujud bersama.

Fikrah ini juga bukan hendak mengajak bangsa Melayu berbangga dengan budaya-budaya seperti Zapin, Inang, Mak Yong, Caklempong, Gasing, Wau, Laga Ayam dan sebagainya, akan tetapi untuk mengajak bangsa ini agar kembali menjadi bangsa hebat yang mampu untuk menjadi duta kepada Islam di seluruh Malaysia.

Fikrah Melayu sepakat juga bukan hendak mengajak untuk menyokong parti-parti tertentu, tetapi untuk mengajak bangsa Melayu yang terpecah dalam kelompok politik UMNO, PAS dan PKR untuk meletakkan isu-isu dan kepentingan umat Islam di tempat yang teratas dalam jua pertimbangan politik.

Tidak bolehkah kita saling hormat akan perbezaan pandangan dan cara fikir, meraikan perbezaan pendapat asal ianya masih dalam batas syara’ dan bersatu atas perkara-perkara yang kita sepakati bersama.

Tidak ada masalah bagi mereka yang tidak setuju dengan tulisan ini dan menyatakan bahawa fikrah melayu muslim ini adalah selamanya tidak relevan kerana Islam adalah agama universal dan dakwah kepada bangsa sendiri adalah seruan jahiliah.

Tidak ada masalah juga bagi mereka yang mengatakan dalam masa sekarang adalah lebih utama berdakwah kepada bangsa Cina, India dan bangsa-bangsa lain, mengetuk setiap pintu rumah mereka dengan iman dan menerangkan kepada mereka kemuliaan Islam dengan hujah dan dialog yang bernas.

Cuma, jangan sekadar berkata, memberi komen dan mengkritik kerja orang lain dalam FB, blog dan forum sahaja, tapi laksanakanlah agenda tersebut secara individu atau dalam pertubuhan masing-masing dengan penuh kesungguhan.

Ingatlah, amat besar kemurkaan Allah bagi mereka yang hanya pandai berkata, tapi tidak mengota dan melaksana apa yang dikata.

“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?”

“Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.”

(As Soff : 2- 3)

Mohd Hisham Mohd Sharif,
Timbalan Ketua,
ISMA South Australia
Blog: Hisham Sharif

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Tulisan yang sangat baik! Semoga ini boleh menjadi jawapan kepada persoalan2 pihak lain utk memahami maksud slogan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat!”

    30/10/2011
  • Subhanallah. Tulisan pencerahan yang amat meyakinkan.

    Allah2…

    30/10/2011
  • Tulisan yang sangat-sangat bernas dan betul-betul menjawab persoalan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaualat”. Moga dapat dijadikan “isi” jawapan setiap daripada ahli Isma, untuk menerangkan fikrah ini pada masyarakat. InsyaAllah.

    30/10/2011
  • Alhamdulillah, terima kasih atas pencerahan. Lepas ni kalau ada dok kritik kosong pasal agenda bangsa bolehlah point ke artikel ni.

    30/10/2011
  • Minggu lps, saya mendengar khutbah dr yusuf qardhawi di masjid saidina omar di doha. Antara yang disampaikan beliau, ya ayyuhal arab…wahai bangsa arab lantangkanlah suaramu menentang kezaliman. Tidak pula sesiapa di situ menimbulkan ini adalah khutbah berbau perkauman. Namun, apabila kita menyeru wahai bangsa melayu, bersepakatlah atas dasar aqidah, ramai pula yg bising kata ini adalah perkauman dan islam tidak membezakan antara seseorg kecuali ketakwaannya? Sebagaimana peranan bangsa arab di bumi arab, begitulah juga peranan melayu di tanahair tercinta. Teruskan perjuangan dan penetangan sebegini ISMA.

    30/10/2011
  • Mungkin sbb kat sana ada bangsa arab je kot…ke mcm mana? khutbah YQ tu utk satu dunia ke atau utk lokaliti itu? Inilah lokaliti kita…selesa x sembahyang kat masjid india kat malaysia ni?? w/pun sah…sy tak berapa laa…sbb mrk x mendakwahi/khutbahkan semua hadirin…tak pasti la abu ameen camne rasanya

    30/10/2011
  • bagaimana dengan pandangan pimpinan ikhwan yang meminta PAS terus berjuang menentang UMNO(sekularisme & nasionalisme) seperti Dr Kamal Helbawy di Ijtima’ Tarbawi yang baru sahaja tamat. Kemudian beliau sendiri telah meminta ISMA untuk bersama dengan PAS.Mohon pandangan..

    30/10/2011
  • Salam

    Apa yang saya dapat dari artikel ni adalah bangsa melayu majoriti, dan majoritinya islam, so ada kekuatan nak bawak islam. Ramai yang rosak melayu zaman sekarang, so kalau kita ubah diorg, islam boleh ke hadapan.

    Tapi kan, macamana kalau melayu dah sangat hebat satu hari nanti dan semua orang melayu sangat sangat bagus in terms of islamic knowledge, akidah, akhlak etc.. Adakah masa itu kita (atau ISMA) akan ubah cara dakwah dari guna melayu islam ke universal islam? I don’t know. Because at that time, its gonna be hard. People will eventually would fight for the name of melayu islam. Think about it. Wallahualam

    30/10/2011
  • @Anas
    Kenapa ye Dr Kamal Helbawy meminta ISMA untuk bersama dengan PAS? Tertanya-tanya pula…

    Pada hemat ana, mungkin beliau meminta PAS terus berjuang menentang fikrah yang dibawa UMNO yang berunsur sekularisme & nasionalisme, tp tak bermakna kena tentang orang-orang UMNO. Mungkin mereka hanyalah golongan yang tidak mengetahui.. jadi tanggungjawab kepada kita untuk berikan tarbiah kepada UMNO untuk lebih fahami konsep kesyumulan Islam yang sebenar. ISMA apa lagi? Sahut lah seruan ni. 🙂

    Melayu Sepakat Islam Berdaulat

    30/10/2011
  • akhi anas, ana adalah antara krew yg interview dr kamal helbawy dan ana mengetahui segala pandangannya yg telah disebutkan, 1st, perlu diketahui dr kamal helbawy mempunyai hubungan yang kuat dengan gerakan islam di malaysia suatu ketika dahulu, cth; ketika anwar ibrahim di dalam ABIM. Maka pandangan lebih cenderung kepada situasi beberapa puluh tahun yang lalu. Tetapi sekarang telah banyak perubahan telah berlaku dan ini realiti. Dulu tiada pengaruh DAP dalam politik (kalau ada pun hanya sedikit dan tidak memberi kesan). kalau nak bicara ttg perbezaannya, terlalu banyak.. cukupla disebut sikit point ini. wallahualam.

    31/10/2011
  • saudara abu abdurrahman

    Melayu Sepakat- Stratergi….. Islam berdaulat adalah matlamat…. i.allah understandable

    kalau melayu dah hebat dengan islam time tu dgn segala kekuatan, tukar slogan lah pulak..sbb kmungkinan stratergi time tu adalah mengungguli islam pada nusantara dan bersatu dgn ummat islam drp bangsa lain… owh itulah masa yg ditunggu2… sehingga apabila bangsa dan agama lain melihat keadilan islam, ktk itu laaa ikra ha fiddin… saya bangga dengan bangsa ini dgn islam sebagaimana sy syg keluarga sy,kaum sy di sebabkan hidayah lebih drp bangsa lain… rasa2 ada masalah ka…

    Saudara bijak….bijak

    sepanjang sy hidup, india muslim tak pernah ada masalah dgn melayu muslim. bahkan mereka terhutang budi dsbbkan kebaikan dan keadilan yg org melayu muslim bawa. identiti mereka sbg org india tak pernah lebur spy kene jadi melayu apb masuk islam. bgtu juga dgn cina muslim. thats why ada masjid india…look how beauty it is!!!! org melayu kaum asal di tanah air kita dan majoriti plus di label dalam perlembagaan sbgai islam…ini kaum tunggak yg perlu beri contoh pada bangsa lain drp segi pengamalan islam di malaysia…itu realitinya….tak tau lah kalau ada cara lain…pusing2 jumpa org melayu juga bila ckp pasal islam….hmmm…

    31/10/2011
  • subhanallah…mmg terbaik…. saya sangat sokong….. ALLAHUAKBAR!!!

    31/10/2011
  • Pulak dah Mus’ab

    Saya rasa orang yg tak bersama gerombolan jemaah MSIB ni bukan menolak usaha dakwah ke orang UMNO…dia cuma kata fikrah UMNO dah tersasar jauh…

    So, kalau betullah itu yg dimaksudkan KH, maka UMNO as an institution tak patut disepakati…sbb IA bukan pegang nilai islam sejati…bukan begitu?

    UMNO sekularis n nasionalis, hurmm pulak dah, ust hazizi kata beza besar antara sekular n nasionalis…seolah2 nasionalis dr kaca mata umno ada yg baik…tp mus’ab kata fikrah mrk yg S&N harus ditentang..mana satu ni??

    31/10/2011
  • Basically is Hazim Azhar saying, orang ikhwan ni tak membaca dulu politik sblm berkata-kata…ini tak tumpah spt politician aje..sini cakap lain sana cakap lain…Mcm mana tu???

    31/10/2011
  • pendekatan ini tidak sesuai untuk dilabel sebagai pendekatan utama, kerana akan menjadikan Islam itu sempit dan jumud.. PAS dah melalui zaman ini dan ternyata perjuangan MELAYU anda berkompromi dengan jahiliyah adalah salah.. Rasulullah menolak totally kompromi dengan orang yang berkuasa di atas nama jahiliyah berbanding dengan orang kafir yang masih belum menerima hidayah..

    31/10/2011
  • supaya kita x tergolong dalam golongan yang bertelagah dalam masalah istilah..

    31/10/2011
  • Itu hanya ijtihad. InsyaAllah ijtihad yang silap 1 pahala, ijtihad yang tepat 2 pahala. Tak ada masalah pun. Kalaulah ada persatuan india muslim & cina muslim yang bertujuan untuk menjaga hak mereka sebagai muslim di msia ni, wujudkah di situ badan melayu muslim yang BETUL2 menjaga hak mereka? Strategi berbeza dengan iktikad. wallahua’lam.

    alhamdulillah ada juga yang baca artikel ni dan juga memberi pendapat. meluaskan pandangan.

    31/10/2011
  • Saudara Hazim Azhar,tentang DAP,memang ia ada dalam pengetahuan Kamal Helbawy. saya juga pernah bertemu dengan beliau.. 🙂

    01/11/2011
  • kesian ISMA.mengajak kpd perpaduan melayu,dlm masa sama, hentam apa yg PAS buat.

    01/11/2011
  • Cadangan ana bagi yang belum lagi memahami ijtihad isma ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’, sila cari buku dan cd tentang 30 soal jawab tentang MSIB. Sangat jelas dijawab oleh tuan presiden. Soalan2 yg timbul disini pun ada jawapannya dlm buku & cd tersebut. Beli pada petugas isma. Ijtihad MSIB itu adlh syura. Kalau tidak puas hati dlm memahami takrifan MSIB, kene tanya depa. Sini tak ade ust2 nk bagi komen. Beli buku soal jawab tu. Wallahua’lam.

    02/11/2011
  • salam, buat ape kita nk pecah2kan kesatuan Islam, sedangkan kita sedia ada dah badan yang betul2 nk tegakkan Al-Qur’an dan Hadith sbgai dasar perundangan kita..kalau kita rasa di sana ada sebarang kekurangan dlm badan tersebut, mari lah sama2 kita duduk semeja, kerahkan idea bagi menambahbaik lagi sistem yg sedia ada hanya untuk kekuatan bersama bg menaikkan Islam..xprlu dah kita tubuh bdn lain jika kita xsependapat ngn ulama’2 yg sedia ada ni selagi kita berpegang pd AQIDAH yang sama…hanya cukup dgn kita share segala ilmu,idea,harta,jiwa dan nyawa kita utk kukuhkan kesatuan kita, iaitu KESATUAN ISLAM..

    03/11/2011
  • udah2 la tu…dah ade jemaah yang besar yang bawa islam….apa slah kalo bersatu uk tgakkan khilafah….mmg la smua nak tgak khilafah…mg la smua nak bawa islam…tp,kalo xbersatu susah la bro….ismanya,jimnya,ikramnya……sama2 menangkan pru13 nnti…..sama2 bergabung….apa salah???nak jawatan???fikirkanlah….wahai pejuang smua….

    03/11/2011
  • ahmad:

    -Kalaulah ada persatuan india muslim & cina muslim yang bertujuan untuk menjaga hak mereka sebagai muslim di msia ni, wujudkah di situ badan melayu muslim yang BETUL2 menjaga hak mereka?-

    =jgn disamakan dgan bgsa lain…sbb mereka duk di ngra bgsa melayu….mcm kita jgak…klo kita duk dingra org…kita pon akan buat persatuan@ptubuhan utk jga bgsa ita…dari ditindas sbgnya…msalah skg…kita dah duduk dlam negra MELAYU…..kita perlu tgakkan daulah islamiah…dari dipgg rg yang xbertggjwab…pasal masalah bgsa…outomatik kita akan terjaga sama2…bgsa mana xsyg bgsa sndri…..fahim au la`??????

    03/11/2011
  • salam…kalau melayu nk bersatu boleh sgt, gabung je UMNO n PAS n PKR…tp ape yg mnjadi masalahnya, kita nk bersatu atas dasar ape sdara2..??mestilah atas dasar Al-Qur’an dan As sunnah…persoalannya, siapa yang tak mahukan tegaknya perundangan yg berpandukan Al- Qur’an dan As sunnah?so…,mcm mane kite nk bersatu??sbb tu la kite xnk bersatu dengan org yg xnakkan Al Qur’an dan As sunnah biar pun dia tu parti melayu..WAllahua’lam..

    03/11/2011
  • salam. sy cuma budak hingusan. Isma bukan letakkan perkauman sbg tonggak agenda. Agenda kt dr dulu sampai skrg ttp sama agenda ISLAM, agenda yg dibawa Rasulullah, agenda yg dibawa shbt, agenda yg dibawa oleh tokok mujaddid HAB. Agenda Islam yg dibawa PAS.Islam ila yaumil akhir. Melayu hanya wasilah apabila kt tgok konteks dkwh di Malaysia (2/3 tampuk kepimpinan berada bi tangan org Melayu, majo yg blh ubah dasar adalah Melayu, kbnyakan yg blh mempertahankan ketuanan Islam di Malaysia adalah Melayu sbb kt suara terbesar di PARLIMEN). Kt adalah kuasa yg kuat tp lemah dgn propaganda/persepsi sinis ttg melayu. Menggunakan perjuangan bangsa sbg wadah tak pernah salah. Sej bnyk membuktikan. Semangat assobiyah digunakan oleh org Arab utk mempertankan hak2 mrk di Mekah. ktk fathul mekah, Rasulullah suruh umat Islam berbaris masuk ke Mekah ikut kabilah dan suku. apabila kabilah lalu depan abu Suffyan mrk akan memperkenalkan kabilah masing di hadapan baginda. semua wasilah utk menegakkan tuntutan yg penting adalah sgt digalakkan. jd tuntutan utk mengajak melayu sepakat supaya Islam dpt didaulat sy rasa xsalah. akhirul kalam, salam aidiladha utk semua. ALLAHUAKBAR 3X WALILLAHILHAMD

    05/11/2011
  • Salam persaudaraan untuk semua. Dulu umno n pas pernah duk semeja d meja perikatan sekitar 70an .Maka terbentuklah kerajaan campuran. Antara keuntungan material yang melayu dapat ialah felda. Pas perlu tetap pendirian bersama Pakatan Rakyat sehinggalah terbentuknya kerajaan persekutuan PR. Masa tu barulah PR mempelawa umno untuk kerajaan perpaduan. Buat semua pimpinan islam buat lah pengajaran dari kerajaan campuran dulu. Kerajaan perpaduan wujudkanlah selepas kemenangan Pakatan Rakyat. Kerajaan perpaduan di sokong hanya setelah PR mendapat majoriti d parlimen bergantung pada sikap Umno boleh berubah atau tidak.Tunggu sehingga Umno berubah.

    05/11/2011
  • Bismillah.

    Saya terfikir. Jika UMNO tidak mengemukakn slogan & kerjanya berpaksikan bangsa melayu, tentu ramai yg boleh menerima perjuangan bangsa berdasarkn Islam. Kerana UMNO sudah cukup banyak menyumbangkn fitnah pada melayu. Sebab itu bila sebut melayu, org asyik fikir UMNO sahaja. Akhirnya org akan lemah bila fikir melayu dan fikirannya jumud pada UMNO.
    Masalahnya kat Msia ni orang tak berani sebut melayu sebab takut dituduh sebagai UMNO & nasionalisme. Slogan MSIB memberi kesan kepada masyarakat utk kaji balik apakah sudut nasionalisme yg dibenarkan syarak. Alhamdulillah ia sudahpun mampu membuka mata masyarakat.

    akh mesir – Yang perlu difahami ialah isma sebagai NGO Islam mahu mengembalikan jatidiri Islam dalam diri melayu. Usaha lain tetap ada. Cuma fasa ini memungkinkan strategi ini yang paling berhasil. Jika ada badan lain buat amal lain, ahlan. Isma menerimanya. Melayu sebagai tonggak di Msia ini untuk tegakkan daulah Islamiah sprt akhi katakan, memaksa melayu untuk jadi contoh kpd bangsa lain sblm tegakkan daulah. Dengan itu, isma berhasrat mengukuhkan tonggak tersebut dgn menguatkan jatidiri Islamnya. Sudah ada parti PAS untuk menegakkan daulah. Kami sokong. Mana2 persatuan tak mampu buat banyak kerja. Yang penting fokus. Fokus yang mengikut syarak.

    wallahua’lam.

    07/11/2011

Leave A Comment