Ucapan takziah buat Cikgu Noor Zamri sekeluarga

Takziah diucapkan buat Naib Yang di-Pertua ISMA Perlis, Cikgu Noor Zamri bin Ibrahim dan keluarga di atas pemergian abang beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.40 pagi tadi.

Allahyarham Tuan Hj. Mohamad Sabri bin Ibrahim yang juga merupakan bendahari HALUAN telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri berikutan serangan stroke beberapa hari sebelumnya.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga Cikgu Noor Zamri dan seluruh keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. ISMA mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

One thought on “Ucapan takziah buat Cikgu Noor Zamri sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>