Mahmud Abbas ke PBB tidak menguntungkan Palestin

Tindakan Presiden Mahmud Abbas memohon keanggotaan penuh negara Palestin di PBB akan membawa kerugian kepada rakyat Palestin sendiri.

Tindakan bersendirian Abbas akan mengakibatkan Palestin akan kehilangan 78% daripada buminya yang dijajah oleh Israel, hak kembali jutaan rakyat Palestin yang menjadi pelarian di seluruh dunia akan dinafikan di samping kedaulatan sebenar yang bakal diperolehi rakyat Palestin hasil daripada  pengiktirafan yang diharapkan tidak terjamin.

Mahmud Abbas sebelum ini kecewa apabila rundingan damai dengan Israel tergendala, apabila Israel gagal memenuhi tuntutan beliau agar menghentikan pembinaan penempatan haram di tanah milik rakyat Palestin. Dalam masa yang sama rundingan Palestin-Palestin (Fatah-Hamas) juga tergendala apabila Amerika ingin melantik Salam Fayadh sebagai Perdana Menteri yang ditolak oleh HAMAS.

Dalam keghairahan Mahmud Abbas untuk ke PBB banyak pihak menjangkakan langkah beliau tidak akan ke penghujung. Untuk memohon keahlian PBB negara yang memohon hendaklah terlebih dahulu mengemukan permohonan bertulis kepada SUA PBB Ban Ki Mon. Permohonan tersebut hendaklah mendapat sokongan 9 negara anggota majlis keselamatan daripada 15 keseluruhan dan permohonan itu hendaklah tidak diveto oleh mana-mana kuasa besar dalam majlis keselamatan. Secara teknikal perkara ini amat sukar berlaku kerana selain veto Amerika, terdapat lobi Israel yang kuat sedang rancak bergerak untuk menghalang Mahmud ke PBB.

Betul secara umum jika diandaikan Mahmud berjaya ke PBB dan Palestin diiktiraf sebagai negara anggota PBB, akan menyebabkan ketidak selesaan kepada Amerika dan Eropah dari sudut moral dan politik, tetapi implikasi di bumi nyata tidak semestinya menguntungkan rakyat Palestin.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

4 thoughts on “Mahmud Abbas ke PBB tidak menguntungkan Palestin

  1. Salam Ustaz

    Tahniah atas cerapan dan pandangan Ustaz dalam hal ini, selari dengan peranan dan perjalanan ISMA dalam memartabatkan Islam.

    Namun, selaku seorang Muslim dan pemerhati sosiopolitik dunia Islam, izinkan saya mengupas isu yang rumit ini (berdasarkan pengetahuan saya yang terhad – limited knowledge), agar perbincangan secara ilmiah dan perdebatan sihat dapat dijana.

    1. Asas permohonan Presiden Mahmoud Abbas kepada PBB / United Nations

    Terdapat banyak kekeliruan mengenai usul yang akan dibawa oleh Mahmoud Abbas sebagaimana yang dipetik oleh agensi-agensi berita dan portal online berlainan. Ini mungkin kerana kenyataan-kenyataan rasmi yang dilaporkan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Hebrew yang diterjemahkan membawa maksud berlainan.

    Persoalannya, adakah Mahmoud Abbas ingin PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah (valid statehood), atau sebagai negara berdaulat (sovereign state), atau sebagai anggota penuh PBB (full membership) atau cuma negara pemerhati (non-member observer)?

    Entiti yang pertama – valid statehood – adalah tidak relevan lagi kerana PBB melalui Perhimpunan Agung (General Assembly) 1988 telah mengikitiraf kewujudan dan kemerdekaan negara Palestin.
    Entiti kedua berkait rapat dengan entiti ketiga – semua anggota penuh adalah diiktiraf negara berdaulat, tetapi tidak semua negara berdaulat diiktiraf menjadi anggota penuh PBB. Contohnya Chinese Taipei.
    Entiti keempat pula dibenarkan mengikuti aktiviti dan Perhimpunan berkaitan PBB termasuk Perhimpunan Agung, tetapi tidak dibenarkan mengundi. Contohnya seperti Kosovo dan Vatican City.

    Maka, sepertimana surat Mahmoud Abbas kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon pada Jumaat lepas, dipercayai usaha beliau lebih ke arah mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai anggota penuh PBB. Ini merupakan usaha beliau dan Salam Fayadh ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sovereign state – salah satu tujuannya di mana segala pencabulan dan kekejaman Israel boleh dibawa ke International Justice Court dalam usaha melindungi kepentingan rakyat Palestin.

    2. Jalan / Cara yang dipilih oleh Mahmoud Abbas untuk mendapatkan pengiktirafan PBB

    Sekiranya Mahmoud Abbas ingin mendapatkan keanggotaan penuh dan pengiktirafan sebagai negara berdaulat untuk Palestin, maka beliau perlu mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya 9 dari 15 anggota majlis yang paling berkuasa di PBB, iaitu Majlis Keselamatan. Selain itu, usul untuk ini tdak boleh diveto oleh mana-mana kuasa besar (nota : Amerika Syarikat selaku sekutu Israel telah berjanji akan menggunakan veto-nya untuk menghalang usul ini). Selaku ketua negara, Mahmoud Abbas pasti sedar akan hal ini, tetapi wujudkah alternatif lain untuk beliau?

    Alternatif yang cuma ada adalah membawa usul ini terus ke Perhimpunan Agung (General Assembly) tanpa melalui Majlis Keselamatan. Tetapi melalui jalan ini, Palestin hanya mampu memperoleh status “non-member observer”, menidakkan pelbagai haknya sebagai negara berdaulat!

    3. Persetujuan dalam pensempadanan negara Palestin (Charted territories / outline of Palestinian statehood)

    Sekiranya Palestin diiktiraf sebagai anggota penuh, maka timbul isu mengenai sempadannya. Sebagaimana yang Ustaz nyatakan, “Palestin akan kehilangan 78% daripada buminya yang dijajah oleh Israel”.

    Persoalannya, 78% berdasarkan wilayahnya (territories) mengikut peta apa, siapa dan bila? Berdasarkan peta moden sebelum perang Arab-Israel 1948, atau peta sebelum the “Six-Day War” 1967, atau peta sebelum Perjanjian Oslo (Oslo Accords) 1993? Atau berdasarkan peta asal sewaktu Khalifah Muawiyah, atau selepas Kerajaan Mesir pimpinan Muhammad Ali menguasainya atau sewaktu kegemilangan Uthmaniyah sebelum dicabul oleh British melalui Deklarasai Balfour 1917?
    Sesungguhnya Palestin itu permata dunia yang sering menjadi rebutan!

    4. Hak dan kebebasan rakyat Palestin

    Sekiranya usaha mendapat keanggotaan tetap / penuh berjaya, bukan sahaja kemenangan moral dan politik dicapai, tetapi saya yakin hak penduduk Palestin terutamanya yang beragama Islam akan mula terbela. “Mula terbela” bermaksud ia akan mengambil masa, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat bertitik-tolak dari detik itu. Anggota penuh PBB berhak dan dilindungi oleh kesemua Chapter I hingga Chapter XIX dalam Perlembagaan-nya. Ini termasuk hak untuk “pelariannya” pulang ke Palestin, hak keamanan, hak mendapatkan keperluan asasi dsb. Palestin juga mempunyai hak untuk mendakwa Israel atas jenayah perang dan kemanusiaan – ini merupakan sebab utama tentangan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap usaha Mahmoud Abbas ini.

    Persoalannya, adakah hak-hak ini dapat dijamin 100% oleh PBB? Adakah akan berlaku yang dikejar tidak kesampaian, yang dikendong keciciran? Tiada siapa mampu memberi jawapan.

    4. Sokongan dan tentangan rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa

    Sesungguhnya sebagaimana umum diketahui, usaha ini bukan sahaja mendapat tentangan di peringkat antarabangsa (oleh Israel dan sekutu-sekutunya), tetapi ia juga tidak dipersetujui di kalangan rakyat Palestin sendiri. Tiada referundum atau pungutan suara umum dilakukan oleh Mahmoud Abbas dan kerajaannya untuk mengetahui sokongan sebenar. Hamas selaku pejuang Islam Palestin juga tidak yakin atas usaha ini kerana gusar hak-hak dan kepentingan Muslim Palestin akan diabai – dan ini termasuk status tanah suci menempatkan Masjid Al-Aqsa.

    Banyak lagi isu yang menjadi persoalan dalam hal ini. Tetapi sekurang-kurangnya Mahmoud Abbas melakukan sesuatu yang dipercayainya dapat membantu Palestin secara amnya, dan Islam di Palestin secara khasnya (saya optimis itu tujuannya kerana bersangka baik itu dituntut oleh Islam). Sudahkah kita berbuat sesuatu untuk membantu Palestin?

    Jzkk.

  2. Mintak maaf cakap la..hilang sikit thiqah saya dekat presiden isma bila baca tulisan dia pasal Palestine ni.

    Kemasukan Palestine sebagai satu negeri yang diiktiraf PBB akan mengimbangkan kembali kedudukan Palestine dimeja rundingan dengan Israel. status qou akan berubah daripada Palestine yang sekarang mengharap Ihsan Israel kepada status yang lebih tinggi, peluang untuk menamatkan pengembangan illegal settlement lagi tinggi. Mungkin sedara yang di comment pertama dapat terang kn lg jelas.

    Tulisan ini ialah atas perasaan idealis novel yang ingin mengharapkan peristiwa seperti peristiwa Salahuddin Ayub. Adakah kita masih berupaya untuk berangan-angan dengan penyelesaian yang tidak berpijak dibumi nyata, sedangkan kehidupan penduduk palestine terus dicabul Israel?

    Tak perlu cakap kita akan hilang sekian2 percent tanah palestine akan hilang..reality check, kita dah lama hilang semua tanah tersebut, Gaza dan west bank pn di bawah ihsan Israel, usaha kemasukan ke PBB ialah untuk menguatkan kedudukan perjuangan Palestine, walau pun sedikit.

  3. salam,

    setuju ttg usaha ini sedikt sebyk boleh membantu Palestin.inshaAllah ada berkat dlm setiap usaha yg dilakukan oleh setiap muslim, tak kira sedikt mana pun usahanya itu berhasil.

    cumanya….tulisan saudara ttg idea membebaskn Palestine suatu “idealis novelis”…saya sgt tidak setuju…
    “Tulisan ini ialah atas perasaan idealis novel yang ingin mengharapkan peristiwa seperti
    peristiwa Salahuddin Ayub. Adakah kita masih berupaya untuk berangan-angan dengan
    penyelesaian yang tidak berpijak dibumi nyata, sedangkan kehidupan penduduk
    palestine terus dicabul Israel?..”

    jika benar saudara percaya pada kesan tarbiyah masyarakat utk menghasilkan rijal ummah (spt Salahuddin Ayubi), spt mana yg Rasulullah lakukan dahulu dgn dakwah dan tarbiyah, INI BUKAN IDEA NOVELIS.

    ia bukan angan angan semata. mengambil masa yg lama, mungkin….tetapi kesannya pasti,biiznillah.
    pembentukan masyarakat islam bukan shj penting utk Palestine,tetapi juga masyarakat melayu muslim kita diMalaysia. semuanya berkati rapat. jgn menidakkan usul perjuangan hanya kerana kita berbeza pendapat ttg usaha/cara kita membantu Palestine.

    waAllahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>