ISMA sokong kenyataan Erdogan arah kapal perang Turki ke Gaza

Akhbar hari ini menyiarkan satu berita berkenaan keputusan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk mengarahkan kapal perangnya mengiringi kapal bantuan yang akan berlayar ke Genting Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan.

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong kenyataan beliau dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan yang bermaruah.

Tindakan seperti ini akan menyekat Israel daripada bertindak sewenang-wenangnya menghina Islam dan umatnya di mata dunia.

Selain itu, tindakan dan sikap beliau akan memberikan keuntungan  dan imej yang baik kepada Turki di kalangan dunia Islam.

ISMA turut menggesa agar pimpinan negara mencontohi keberanian dan mengambil sikap yang serupa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pimpinan yang mewakili isu Islam di peringkat antarabangsa.

Di samping kegigihan Malaysia untuk mendapat kepercayaan pelaburan di peringkat antarabangsa untuk menjadi negara maju, janganlah ia menyebabkan kita terperangkap dengan dasar-dasar sehingga kemerdekaan dasar kita terbelenggu dalam menyatakan pendirian dan mempertahankan kepentingan Islam dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

9 September 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *