Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 4)

Membantu orang kafir dengan harta tanpa perlu berperang sesama mereka

Perbincangan tentang isu meminta tolong dengan orang kafir sudah selesai, sekarang kita beralih pula membincangkan tentang salah satu isu dalam feqh tahaluf iaitu membantu orang kafir.

RUKUN KEEMPAT:

Haram seorang muslim berada dalam saf orang kafir bagi memerangi orang Islam dan haram menambahkan bilangan mereka bila berada dalam saf orang kafir walaupun dia tidak berperang atau memanah.

Dalam Sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan; Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah saw yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran yang membicarakan soal itu.

Kitab Fathu Bari menafsirkan ayat ini tentang celaan Allah swt kepada orang-orang Islam yang membantu orang musyrikin walaupun hati mereka sebenarnya tidak merelainya.

RUKUN KELIMA:

Tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf orang kafir bagi memerangi orang  kafir yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi orang kafir.

Pandangan al-Syaibani

1- Kisah Zubair ketika bersama Najashi, musuhnya cuba menjatuhkannya. Maka pada ketika itu Zubair diuji dengan Najashi dengan ujian yang baik kerana Zubair mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Najashi.

Zahir hadis ini menunjukkan tentang keharusan bagi orang Islam berperang bersama orang musyrikin di bawah bendera mereka.

Kami takwil pandangan kepada dua wajah;

a- Najashi ketika itu sudah muslim sebagaimana yang diriwayatkan. Maka halal bagi Zubair berperang bersamanya

b- Ketika itu tiada pelarian muslim yang lain selain dari Zubair

Berdasarkan keterangan di atas, al-Syaibani menegaskan tidak patut bagi orang-orang Islam memerangi orang-orang musyrikin bersama orang-orang musyrikin yang lain.

Huraian al-Sarkhasi ke atas pandangan Syaibani

Kerana kedua-dua itu parti syaitan, parti syaitan itu adalah yang rugi, tak patut orang-orang Islam menggabungkan diri mereka bersama parti tersebut, sama ada menambahkan bilangan mereka dalam saf atau menyertai mereka dalam medan peperangan. Ini kerana ia adalah hukum syirik dan ia adalah jelas. Seorang Islam sepatutnya memerangi untuk memberi kemenangan kepada Islam bukan kepada golongan syirik.

Pandangan Syaibani

Sekiranya kafir harbi mengajak tawanan perang mereka memerangi golongan musyirikin lain bagi pihak mereka, tidak sepatutnya orang Islam menerima tawaran tersebut.

Huraian al-Syarkhasi

Kerana dalam peperangan ini jelas menunjukkan kepada golongan syirik. Mereka yang menyertai peperangan ini membahayakan diri mereka, tiada rukhsah dalam hal ini melainkan demi menegakkan agama dan mempertahankan diri.

Tetapi Syaibani mengharuskannya demi darurat;

Sekiranya mereka takut diri mereka diapa-apakan, tiada kesalahan mereka bersama golongan musyrik itu kerana mereka mempertahankan kejahatan yang akan menimpa diri mereka sekiranya mereka menolak.

Sebabnya ialah;

Terlaksana darurat kerana terpaksa, kemungkinan dia jadi wajib, seperti makan mayat atau minum arak.

Melainkan darurat ini tidak mengharuskan baginya memerangi orang-orang Islam.

Sekiranya mereka berkata; mari bersama kami memerangi orang-orang Islam, sekiranya kamu enggan, kami akan bunuh kamu, ini tidak memberi peluang kepada mereka untuk berperang.

Menurut al-Sarkhasi;

Kerana hukumnya adalah HARAM, tidak harus seorang muslim itu melakukannya walaupun mendapat ugutan dibunuh. Melainkan dalam hal-hal yang bukan berkaitan dengan perang, itu pun dalam ruang yang sangat sempit seumpama bergabung dengan parti kerajaan yang memerintah tanpa perlu berkongsi dalam amal mereka.

Syaibani berpendapat dalam hal ini;

Sekiranya mereka berkata; berdiri bersama mereka dalam saf dan tak perlu memerangi orang Islam, saya berharap mereka dapat kelapangan dalam hal ini.

Sarkhasi pula berkata;

Kerana mereka sekarang tidak memperlakukan apa-apa terhadap orang Islam, ini tidak termasuk dalam kategori kezaliman.

Syaibani berkata;

Isu besarnya ialah apabila orang-orang Islam itu berhasrat untuk meramaikan jumlah dalam saf orang musyrikin, kedudukan ini sekiranya mereka dipaksa membuat jaringan tersebut, tentu orang-orang Islam itu akan cenderung dengan perjanjian dengan jaringan mereka itu.

Ini adalah melanggari bab azimah. Menolak, enggan dan menuntut kesaksian bagi yang bukan mustadh’afin (orang yg lemah) adalah lebih utama. Begitu juga golongan mustadh’afin (orang-orang yang lemah), sekiranya mereka tidak merasa takut terhadap orang musyrikin, mereka tidak perlu berada dalam saf mereka walaupun mereka dimeminta berbuat demikian, sebagaimana pendapat al-Syaibani.

Tetapi, penjara dan tempoh yang lama di dalamnya bukanlah bentuk-bentuk darurat yang dimaksudkan. Menurut al-Syaibani, sekiranya orang-orang musyrikin berkata kepada tawanan mereka dari kalangan orang-orang Islam; (bantu kami memerangi saudara seIslammu, ataupun sekadar menambahkan bilangan dalam saf kami, sekiranya kamu enggan, kami akan hapuskan kamu), tidak halal bagi orang Islam mengikut kehendak mereka.

Sarkhasi secara jelas telah menerangkan; tidak rukhsah dalam isu memerangi saudara seIslam sendiri, walaupun sekadar menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan kegerunan di hati mereka, selagi mana tidak mencapai tahap darurat yang boleh mengancam nyawa mereka sendiri.

Darurat yang dimaksudkan di sini ialah kebinasaan atau kena bunuh, bukan sekadar kena penjara atau menjadi tawanan.

Melainkan sekiranya daie yang dipenjarakan tadi diminta membantu membantu orang kafir yang memerintah atau berkuasa bagi memerangi orang kafir yang lain. Maka dia boleh membantu sama ada melalui tangan dan kudratnya atau melalui lidah dan suaranya dengan syarat selepas itu, dia dibebaskan dari penjara tersebut.

Menurut al-Syaibani;

Sekiranya orang-orang kafir itu berkata kepada tawanan muslim mereka; “ikut kami memerangi musuh kami dari kalangan orang kafir yang lain, kami akan bebaskan kamu selepas peperangan ini selesai”, tiada kesalahan bagi tawanan muslim untuk menyertai peperangan tersebut.

Yang jelas daripada kata-kata ulama di atas ialah KEHARUSAN apabila pemerintah yang kafir mememinta daripada sekumpulan orang-orang Islam yang lemah untuk melakukan amal kolektif yang tertentu bagi melawan orang kafir yang lain yang merupakan musuh kepada kafir yang menjadi pemerintah tadi.

Dalam hal ini, al-Syaibani menjelaskan; Sekiranya orang kafir harbi itu mengutuskan tawanan muslim bagi memerangi orang kafir harbi yang lain, mereka melantik pemimpin perang itu dari kalangan para tawanan tersebut, membenarkan pemimpin itu menggunakan hukum Islam dalam peperangan tersebut, memberikan kepada mereka harta rampasan perang, menghantar mereka kepada negara Islam, maka tiada kesalahan mereka menyertai peperangan ini sama ada dalam keadaan ketakutan atau tidak.

Sarkhasi menjelaskan;

Kerana ketika mereka berperang, hukum Islam lebih dominan, dan itu juga termasuk dalam jihad.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership

One thought on “Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 4)

  1. Pingback: Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 4) | ISMAWeb « Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>