Sertai Semaian Kasih 2011

Ramadhan bulan yang mulia dan penuh keberkatan kembali lagi. Allah S.W.T  telah mengkhususkan pada bulan Ramadhan kebaikan yang sangat banyak.  Jika kita mengetahui nescaya kita mengimpikan agar sepanjang tahun dijadikan sebagai bulan Ramadhan.

Ada segelintir dari muslimin yang dianugerahkan dengan iman yang kuat akan berpuasa sambil menjaga anak-anak / suami/ ibu/ ayah di hospital. Bagi mereka ini adalah satu kepayahan untuk mendapat juadah untuk berbuka puasa, terutama pada hari-hari bekerja, tidak ramai sanak saudara yang dapat menziarahi mereka. Untuk meninggalkan pesakit yang dijaga pun adakalanya bukanlah mudah.

Terdapat juga segelintir masyarakat yang Allah uji mereka dengan kesusahan hidup di dunia. Pendapatan isi rumah yang tidak seberapa, ditambah dengan tanggungan yang ramai di tengah kegawatan ekonomi hari ini, golongan ini sangat memerlukan bantuan samada berbentuk barangan mahupun kewangan.

Terdapat juga segelintir ahli masyarakat yang sudah lama terlantar sakit. Mereka mungkin memerlukan bantuan perubatan dan kemudahan lain seperti kerusi roda untuk memudahkan lagi mereka diuruskan oleh ahli keluarga yang menjaga mereka

Program Semaian Kasih 2011 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Seremban kali ini mengambil pendekatan untuk membantu golongan masyarakat Islam yang diuji dengan kesusahan hidup dan memudahkan segelintir masyarakat yang khususnya yang menjaga pesakit di hospital untuk berbuka puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>