Kristianisasi: Kebebasan bersuara atau penjajahan?

Isu pemeriksaan ke atas sebuah premis milik Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh JAIS baru-baru ini telah mengundang perbincangan di media massa dan menimbulkan pelbagai pendapat yang bercanggah antara satu dengan yang lain. Ada yang melihat dari aspek hak asasi dan kebebasan bersuara dan ada yang melihat dari segi ancaman akidah dan keselamatan berdasarkan agama dan perlembagaan Malaysia.

Hasil siasatan JAIS menjadi bukti yang jelas bahawa kegusaran umat Islam selama ini terhadap aktiviti Kristianisasi bukan lagi menjadi perkara yang tersembunyi.

Isu ini menjadi sensitif bagi umat Islam bukan sahaja kerana kerosakan akidah yang berlaku di kalangan masyarakat orang Islam – orang Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja – tetapi lebih penting daripada itu, kita perlu memahami bahawa usaha tersusun pihak bukan Islam yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Murtad berbahaya dan Kristianisasi juga berbahaya kerana ia merupakan kesinambungan daripada serangan peperangan salib ke atas umat Islam secara halus.

Semua kita tahu bahawa usia Kristianisasi di Malaysia sudah lama bermula sejak awal era penjajahan pada tahun 1511M di mana askar-askar Portugis datang dengan membawa paderi-paderi yang ingin menyebarkan Kristian di tanah air kita.

Menyingkap sejarah moden kita menemui nama-nama seperti Natrah, Noraisyah Bukhari, Jamaluddin Othman dan Lina Joy yang telah menggegarkan sensiviti umat Islam.

Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama di dalam perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia.

Tanpa kita sedari sebenarnya mereka menggunakan peruntukan perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam.

Perkara yang paling penting perlu difahami ialah isu yang berlaku di DUMC itu tidak berkaitan dengan soal hak kebebasan beragama atau hak asasi manusia, bahkan ia adalah usaha ‘tabsyir’ (Kristianisasi) yang merupakan sebuah agenda penjajahan dalam bentuk moden.

Terdapat dua tujuan utama gerakan Kristianisasi. Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam.

Akan tetapi, Samuel Zwemer semasa Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M  berkata:

“….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam memegang pendirian bahawa agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam keluar dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa.”

Dengan ini, matlamat utama Kristianisasi tidak semestinya untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada agamanya.

Berdasarkan kajian-kajian ilmiah yang sudah dibuat, usaha Kristianisasi ini bersifat global dan telah bermula sejak lama dahulu.

Di dalam Persidangan Colorado pada tahun 1978 M yang dihadiri 150 orang peserta di kalangan para mubaligh Kristian, mereka telah mengeluarkan satu resolusi yang agresif iaitu mereka bercita-cita untuk mengkristiankan 720 juta orang Islam seluruh dunia.

Pelbagai wasilah digunakan antaranya pendidikan, penyiaran, aktiviti kemasyarakatan dan kesihatan. Beratus buah sekolah didirikan, pelbagai akhbar diterbitkan dan banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan dalam menjayakan matlamat mereka.

Usaha serius mereka dalam mencapai objektif dilihat dalam perbelanjaan yang digunakan setiap tahun. Berdasarkan rekod yang ada, pada tahun 1990, sebanyak USD 164 juta telah dibelanjakan. Pada tahun 1992 pula, sebanyak USD 181 juta dibelanjakan. Terdapat peningkatan sebanyak USD 17 ribu dalam tempoh 2 tahun yang menggambarkan kegigihan mereka.

Di seluruh dunia kini terdapat lebih daripada 270 ribu pendakwah yang bekerja sepenuh masa untuk gerakan ini. Lebih 22 ribu buah buku telah diterbitkan dan lebih 98 ribu buah pusat pendidikan telah didirikan. Usaha ini diperhebatkan lagi dengan tertubuhnya lebih 24 ribu pertubuhan-pertubuhan rasmi yang menjalankan usaha Kristianisasi di balik tabir.

Usaha mereka telah memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada umat Islam di negara kita.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan bagi tahun 1994 hingga Mei 1997, mendapati bahawa sebanyak 60 hingga 210 permohonan bagi pertukaran nama telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 519 permohonan bertukar nama atas alasan ingin keluar dari Islam atau murtad. Walau bagaimanapun 48% sahaja yang diluluskan oleh JPN manakala 52% lagi telah ditolak atau ditarik balik oleh pemohon.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008.

Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu.

Di dalam perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam.

Ini bermakna wujud larangan penyebaran agama selain Islam terhadap penganut agama Islam.

14 tuntutan IFC dijadikan sebagai bukti bahawa tuntutan kebebasan beragama digunakan secara salah untuk mengelirukan umat Islam dan mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka.

Sebagai contoh, mereka menuntut supaya orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dibenarkan kembali kepada agama asal mereka (murtad) tanpa diambil sebarang tindakan.

Akhir sekali, agenda Kristianisasi yang telah mengakibatkan ratusan manusia Muslim menjadi murtad perlu dilihat sebagai agenda penjajahan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Jadi pihak kepimpinan Islam perlu menangani perkara ini daripada perspektif yang betul. Ia bukan soal kebebasan beragama tetapi merupakan agenda antarabangsa yang bersifat penjajahan.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya umat Islam, para pemimpin Islam dan badan-badan Islam perlu peka kepada hakikat sebenar apa yang berlaku di sebalik kegiatan gereja Methodist.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

20 thoughts on “Kristianisasi: Kebebasan bersuara atau penjajahan?

  1. salam, artikel yang bagus. Pada mac 1988, nov 1999 dan mac 2006 Parlimen telah menolak cadangan akta mencegah murtad yang di buat oleh Haji Hadi dan Sdr Sallehudin Ayub. BN yang menguasai dua per tiga Parlimen telah menolak cadangan ini apabila ahli Parlimen UMNO tidak menyokong. Setelah 3 kali ditolak dan dibuat cadangan akta khas untuk orang Melayu yang murtad dan akta khas untuk mualaf yang murtad, juga ditolak oleh UMNO.

    Pada hari ini, selepas kes di PetalingJaya baru-baru ini, tiba-tiba UMNO mahu menjadi hero dalam kes permurtadan orang Melayu oleh orang Kristian. Malah tiba-tiba ditubuhkan satu Gerakan anti-murtad yang dipelopori oleh NGO dan perstuan yang ada kaitan dengan UMNO. Maklumat terkini dan dalam proses sisatan dalaman menunjukkan bahawa UMNO Selangor terlibat secara langsung dalam operasi yang dibuat oleh Jais. Penganjur majlis di gereja itu juga diterajui oleh Wanita Melayu yang sudah murtad. Kita tunggu untuk beberapa waktu lagi, sehingga lapuran penuh dari Jais, dan siasatan tentang penglibatan UMNO dalam operasi jais itu. Namun dari aksi UMNO yang menyerang Pas dan PKR dalam isu ini jelas menunjukkan ada unsur ‘mainan politik’ sehingga sanggup menuduh Pas tidak sensitif dengan isu murtad. Bukankah Pas sudah 3 kali membuat cadangan akta murtad ini?

    Saya menyeru NGO Islam mesti kedepan untuk menerajui isu murtad dikalangan orang Melayu yang bukan sahaja masuk agama kristian tetapi juga agama Hindu. Pernahkah anda tahu, ada sami Hindu berbangsa Melayu, walaupun aduan pernah dibuat, tetapi jabatan agama negeri berkenaan tidak boleh buat apa2 kerana tiada peruntukan akta murtad ini.

    Jika membiarkan orang politik atau persatuan yang cenderung berpolitik, maka isu ini akan dipolitikkan.

    Isu murtad adalah isu yang boleh ‘memsepakatkan’ orang Melayu, saya rasa inilah peluang kepada Isma untuk mengajak NGO Islam yang lain berpakat untuk memperjuangkan isu kronik ini.

  2. Setuju dgn Murni.. UMNO mmg dah lama terkenal sikap begini, selalu ambil kesempatan dan tak tetap pemdirian semata-mata utk meraih undi

    Jadi inilah masanya utk mempergunakan pendirian UMNO utk memperjuangkan akta pencegahan murtad.NGO perlu main peranan sebagai kuasa pendesak.parti Islam perlu berani mempertahankan pemdirian dan prinsip Islam

    Barulah semuanya berpolitk yg menguntungkan Islam.jgn jadi mcm UMNO menang undi tapi gadai Islam… buat apa..!!

  3. alhamdulilah semua komen.inilah agenda kita bersama…”Melayu sepakat,Islam Berdaulat.Nampaknya tema bersifat matlamat strategik ini sudah difahami oleh para pembaca semua.

  4. Pingback: Legasi penjajahan | Coretan Hamba

  5. Pingback: Legasi penjajahan | Coretan Hamba

  6. kenapa terlalu kisah dan ambil berat tentang gerakan orang Kristian.. setiap agama pasti ada agenda masing-masing…. Tidak nampakkah kita, sekarang masalahnya bukan mereka, masalahnya akidah umat islam sendiri.. Kita selalu marah umat Islam murtad dari Islam, tetapi berapa banyak usaha masyarakat kita untuk memastikan akidah umat Islam semakin kukuh..Lihatlah sekarang, remaja dan akhlaknya.. sosialnya umat umat Islam sekarang.. salah Kristian kah? atau salah didikan ibu bapa dan masyarakat?? fikir-fikirkanlah…

    Lihatlah di Mesir, walaupun penganut agama Kristian menyebut tuhan mereka ‘Allah’, walaupun mereka menggunakan Bible berbahasa arab yang mudah difahami oleh orang arab Islam yang lain, tetapi pemahaman hati dan Islam orang Islam di sini lebih kukuh berbanding kita di Malaysia…

    Mari kita sama-sama seru ahli masyarakat kita untuk didik anak-anak kecil pemahaman Islam sebenar sejak dari awal lagi. dekatkan Al-Quran dalam hati. Menjadi pejuang Islam sebenar yang tidak gentar dengan propaganda agama lain..

    Wallahualam…

  7. inkar dengan tangan (kuasa)

    Encik/cik hijaudaunduri,

    Akidah umat Islam perlu diperteguhkan melalui didikan & dakwah. Benar & tepat. Namun penguatkuasaan juga perlu dilakukan. Kalau tak tiadalah hukuman murtad dalam Islam.

    Pernahkan saudara tahu, di zaman saidina Umar al-Khattab ketika membuat perjanjian damai dengan nasrani Syam (syria, jordan & palestin) sekarang, Beliau mengenakan syarat2 utk menjadi warga khilafah Islam (rujuk hukum hakam ahli Zimmah, Ibnu Qayyim):
    1. Tidak memperbaharui biara, gereja dan menara ibadat mereka
    2. tidak melindungi perisikan musuh
    3. tidak menyembunyi penipuan terhadap muslimin
    4. tidak mengajar al-Quran kpd anak2 mereka
    5. tidak menzahirkan syirik
    6. tidak menyekat kerabat mereka memeluk Islam jika mrk mahu memeluk Islam
    7. Memuliakan orang Islam
    8. memberi tempat duduk mereka kepada muslimin jika mereka mahu duduk
    9. tidak boleh menyamai orang Islam dalam pakaian
    10. Tidak boleh memakai gelaran orang Islam
    11. tidak boleh mengguna pelana kuda,
    12. tidak boleh menyandang pedang
    13. tidak boleh menjual arak
    14. hendaklah mencukur bahagian depan kepala mrk
    15. hendaklah melazimi pakaian mereka sendiri di mana shaja
    16. hendaklah memakai ikat pinggang
    17. tidak mempamerkan salib & apa2 kandungan kitab mereka di jalan2 laluan muslimin
    18. tidak mengebumikan orang mati mereka berhampiran orang Islam
    19. tidak memukul loceng kecuali perlahan
    20. tidak menguatkan bacaan mrk di gereja ketika kehadiran muslimin
    21. tidak mengangkat suara bersama org2 mati mereka atau menzahirkan api
    22. tidak membeli hamba yang mempunyai share orang Islam dll

    Penrjanjian itu menyatakan, jika nasrani melanggar syarat2 ini maka tiada lagi perjanjian untuk mereka. maka harus bagi orang Islam memperlakukan mereka sebagai golongan ingkar & seteru.

    Demikian antara isi perjanjian tersebut.

    Para ulama menyimpulkan tentang tuntutan untuk membezakan antara muslim & kafir (tamayyuz) dlm apa jua urusan termasuk penampilan keduniaan spt pakaian & kenderaan (kena pakai ikat pinggang, tak boleh pakai pelana kuda, botakkan bahagian depan kepala dll), apatah lagi dalam urusan keagamaan. Pemerintah boleh mengenakan syarat2 utk mencapai tujuan ini.

    Di negara kita, kita telah mencapai ke tahap mampu membezakan urusan agama kita dengan mereka hingga ke tahap mereka seblm ini tidak menggunakan nama Allah dlm kitab2 mereka (seblm ini mrk menggunakan nama God dsbnya). Alangkah ruginya kita berpatah balik ke belakang dgn alasan apa yg berlaku di negara2 Arab dan Indonesia.

    Di negara kita, termaktub perjanjian (yg dimaktubkan dlm perlembagaan Malaysia) bahawa mereka tdk boleh berdakwah kpd orang Islam. Ini adalah akad perjanjian zimmah mereka utk menjadi warga Malaysia. Kenapa pula kita merasakan kita tidak mempunyai hak utk mengambil tindakan ke atas mereka setelah mereka melanggar apa yang tertulis dalam perlembagaan ini?!!

  8. setuju dgn Murni dan Pak Lang serta semua komentar diatas. Sama2 Melayu Islam berpakat menentang arus Perdana Kristianisasi yg sudah lama bertapak. Hari ini akhbar sinar membongkar rahsia kristianisasi oleh bekas Paderi yang kini sudah masuk Islam. Ini juga kisah lama yang sudah lama disepikan oleh penguasa iaitu BN.

    Bukan Isma shj, tetapi NGO lain yang sudahpun ada bergabung spt Pembela, Accin sepatutnya lebih kehadapan dari orang politik, termasuk UMNO, Pas dan PKR. UMNO-Pas saling tuding jari dan dakwa merekalah hero dlm kes murtad ini, esp UMNO bin BN. Biarlah mereka dgn dunia politik dan nawaitu mreka biarlah Allah sahaja yg tahu, dan doakan mereka ikhlas.

    Cuma nak nasihat pada Isma:- Jika mahu ajak Melayu berpakat, namun jangan tumpukan dakwah pada Melayu sahaja. Kerana trademark iakah BERPAKAT DAN BUKAN DAKWAH PADA MELAYU. Maka jangan pula ada dakwah seperti ‘MENANGANI ISU MORAL REMAJA MELAYU’ atau ” PROGRAM KELUARGA MELAYU ISLAM’!!!. Ini terlalu menjurus pada kaum kita sahaja.

    .

  9. Foukus dakwah kpd Melayu adalah aulawiyyat dlm neraca dakwah.Melayu di Malaysia adalah tunjang kpd kekuatan Islam di Malaysia setaraf dgn bangsa2 Islam yg lain spt Turki,Arab,Parsi dan seumpamnya.Dlm hal ini ,kena beza di antara HAK DAKWAH dgn HAK PENYEBARAN ISLAM kpd semua bangsa.

  10. salam…..

    saya sokong pendapat Pak Tam, dan lebih setuju dengan kenyataan beliau iaitu, ” Jika mahu ajak Melayu berpakat, namun jangan tumpukan dakwah pada Melayu sahaja. Kerana trademark iakah BERPAKAT DAN BUKAN DAKWAH PADA MELAYU. Maka jangan pula ada dakwah seperti ‘MENANGANI ISU MORAL REMAJA MELAYU’ atau ” PROGRAM KELUARGA MELAYU ISLAM’!!!. Ini terlalu menjurus pada kaum kita sahaja.”

  11. Assalamu’alaikum

    Bangsa Melayu yang beragama Islamlah yang sepatutnya dan lebih utama memastikan tertegaknya semula kedaulatan Islam di Tanah Melayu/Malaysia. Ini kerana Bangsa Melayu adalah merupakan kelompok muslim majoriti di negara.

    Ibrah/Pengajaran yang boleh kita ambil dari sirah dan sejarah kerajaan-kerajaan Islam yang lalu:
    Kekuatan Daulah Islam di Madinah semasa Rasulullah SAW dan Khulaffah Arrasyiddin adalah dokongan kesetiaan Bangsa Arab
    Kekuatan Kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abassiah adalah dokongan kesetian Bangsa Arab
    Kekuatan Kerajaan Islam di India adalah dokongan kesetian Bangsa India
    Kekuatan Kerajaan Uthmaniyyah Turki adalah dokongan kesetiaan Bangsa Turki

    Apabila sesuatu bangsa itu kuat keimanannya dengan Allah SWT maka Allah anugerahkan kerajaan kepada mereka. Itulah sebabnya Khilafah berpindah daripada Bangsa Arab kepada Bangsa Turki. Perpindahan kekhalifahan tidak mengabai maslahah umat Islam walau bangsa apa atau warna kulit mereka. Itulah lambang kesyumulan Islam

    Apakah kemunasabahan disebalik mengabaikan bangsa sendiri iaitu Bangsa Melayu yang Islam menjadi anutan mereka dan mereka adalah bangsa majorit di negara ini. Bangsa Melayu Muslim ini perlu dikejutkan dan disedarkan dari buaian mimpi kedunian yang melalaikan mereka supaya mereka kembali berfungsi sebagai seorang Muslim yang sebenarnya.

    Apabila ciri-ciri kesolehan itu telah melata dikalangan Bangsa Melayu dan pada masa itu merekalah yang akan menjadi tonggak kepada kedaulatan Islam di negara ini.

    Waullahu’alam

  12. alongKadir, tiada masalah pun kalau org islam yg bukan melayu nk join konvensyen keluarga melayu muslim tu.joinlah, sy yakin mereka tidak akan terasa pun dgn tajuk konvensyen tu.cumanya kita kena maklum yg pembentukan peribadi amat berkait rapat dgn bangsa keluarga yg mana peribadi tadi dibesarkan.sebagai contoh, org cina dlm fikiran mereka, mereka kalau boleh takkan makan gaji.susah mana pun hidup, mereka akan jalankan perniagaan sendiri.dari sudut kewangan, mereka mmg dah simpan awal2 simpanan yg byk utk pastikan anak nanti dapat belajar tinggi2.lain pula dgn pemikiran org melayu.

    Kalau saudara rajin dgr radio ikim slot islam agamaku hari khamis jam 5.15ptg, saudara akan dapati ramai saudara2 baru kita mengaku bahawa jika mereka melihatkan perangai majoriti org melayu di msia ni, mereka takkan masuk islam.sy juga ada kawan saudara baru yg menyatakan bhw ibu bapanya pernah berpesan, kamu nak masuk agama apapun masuklah janji bukan islam.sbb apa?sbb kebanyakan org melayu dah bwk imej negatif pd islam.tp alhamdulillah mereka ni tetap masuk islam kerana melihatkan keindahan agama itu sendiri, bukan umatnya.

    Jadi, salahkah kita usahakan utk perbaiki pemikiran org melayu?

  13. Hikmah, Saya fikir petikan yang anda nukilkan penuh beracun. bertujuan memusnahkan krebality orang Melayu. Batulkah Melayu sajahat itu?. saya tidak percaya,saya bimbang ia ada agenda lain.

  14. Fokus dakwah kpd org melayu krna org melayulah muslim yg paling bermasalah d malaysia dgn sosialnya, jiwanya, pmhman agamanya, pendidikannya, ekonomi politiknya, berbnding cina muslim, india muslim…

    Sdgkn ummat melayu muslim d malaysia sgt ramai, menjadi harapan kpd adik beradik mereka yg lain, cina muslim dn india muslim..

    Sebut pkataan ‘melayu’ dlm agenda dakwah dn islam hnyalah nk bg mereka sedar dgn tanggungjwb mereka thadap islam dn hubungn mereka dgn islam…
    dn ia bkn lah rasis jahiliyyah kalau kita mnyeru rumpun kluarga kta kmbali kpd islam…

    Dlm msa yg sma cina dn india muslim tidak d pinggir dn byk ngo2 lain concern dgn hal ini

    akhirnya dakwah yg kita harapkan adalah yg saling memerlukan ntara satu sma lain

  15. part mana yg beracun tu saudara muslim? Sy berckp berdasarkan realiti typical melayu di msia secara general.namun mungkin tidak 100% begitu. Sudah tentu, ada juga yg baik2.

  16. Pak lang bukan ahli ISMA. Tp rasanya apa yg hikmah komen tu hanyalah gambaran realiti. Part mana yg racun tu?

  17. sekadar utk menjawab bila menulis…..”keluarga chinese atau india atau iban Muslim boleh joint Kenvensyen Keluarga Melayu Islam!!!…. Sebut shj Konvenseyn Keluaga Muslim sudah memadai, elok buang perkataan Melayu, ianya lebih bermaksud ‘friendly’ dan tepat utk semua muslim Malaysia dan yg pasti….keluarga Melayu majoriti mjadi perserta.

  18. salam lebaran kepada semua..

    alongKadir, saya sarankan supaya saudara baca penulisan dr ridhuan tee abdullah dan rajin2 juga dengar luahan kata chinese/indian muslim sendiri..cuba tanya mereka, apa pendapat mereka tentang melayu dan islam. kita ni org melayu memang penuh dengan sikap menjaga hati orang lain walhal kadang2 orang lain tu tak terasa apa2 pun.paling teruk sampai kita leburkan jatidiri kita, malu nak sebut nama BANGSA sendiri demi nak jaga hati orang..

  19. Mohon mencelah… bukan ke kita sedang bincangkan isu kristianisasi. Kenapa semua org nk ubah topik? Kalau kita boleh berpakat utk tumbangkan kezaliman UMNO, berpakat dlm isu menentang agenda kristianisasi adalah lebih penting dan WAJIB pd org Islam kerana melibatkan isu akidah… Wallahualam la sbb pak lang takde apa2 kepentingan/sentimen. pak lang bukan ahli ISMA atau ahli parti politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>