Islam tertegak atas al-Quran dan kekuasaan – Ustaz Hazizi

BANGI, 10 Ogos – Pandangan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah semata-mata adalah satu pandangan yang tidak tepat dan dikhuatiri boleh membawa kepada salah faham masyarakat terhadap hakikat sebenar agama Islam.

“Ini kerana Islam tertegak atas dua tonggak iaitu al-Quran dan Sultan, yakni hujah dan kekuasaan,” menurut Pengerusi Biro Latihan Kepimpinan ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman.

Beliau memetik kata-kata Saidina Uthman bin Affan, “Sesungguhnya Allah melarang dengan kuasa sesuatu yang tidak terlarang dengan al-Quran”. Contohnya al-Quran melarang kita menghampiri zina. Walau bagaimanapun, ada orang yang tidak tertegah dengan al-Quran, lalu dia berzina. Maka oleh sebab itulah Allah Taala menurunkan hukum hudud ke atas penzina.

“Sewaktu fasa Mekah, Rasulullah S.A.W. berjihad dengan hujah dan penerangan. Namun semasa fasa Madinah, setelah baginda berkuasa, baginda berjihad dengan hujah dan kekuatan (undang-undang, penguatkuasaan, peperangan) secara serentak,” tambah Ustaz Hazizi.

Menurut beliau lagi, pihak berkuasa dalam sebuah negara yang dikuasai oleh orang Islam mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada agar kemungkaran dan perlanggaran terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah itu dijauhi dan dapat dikurangkan. Itulah antara tugas asasi pemerintah Islam dalam kerangka peranan “Hifzuddin” atau menjaga agama.

“Oleh yang demikian, membandingkan tugas “Nahi Mungkar” yang dijalankan oleh pihak berkuasa Islam dalam negara dikuasai orang Islam dengan tugas pemerintah bukan Islam di negara dikuasai orang bukan Islam adalah satu cara fikir yang berbahaya dan menyeleweng daripada disiplin ilmu syarak kerana menggunakan akal fikiran sesuka hati tanpa merujuk kepada sumber wahyu dan huraiannya terlebih dahulu.”

Pandangan bahawa Islam adalah agama hujah semata-mata ini terbit ekoran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini dengan alasan melakukan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam yang melanggar undang-undang di negara ini.

11 thoughts on “Islam tertegak atas al-Quran dan kekuasaan – Ustaz Hazizi

  1. al quran bukan hujah ke….gunakan hujah ke atas org2 Islam itu sendiri,sebb ramai yg xpaham..xkn mau terus guna kuasa je…

  2. org mude geng kite

    salam..ulasan yg menarik..nk berkongsi pendapat.seperti yg ust nyatakan,islam tertegak dgn alquran n kekuasaan..alquran sbg pegangan n utk menyokong pegangan itu kte perlu kepada kuasa..dlm konteks malaysia sekarang,apa yg sy rasakan islam perlu kepada kekuasaan.msia skrg ni walaupun secara kasarnya nmpak dipimpin oleh org islam,tetapi hakikatnye dipagang oleh org islam yg jahil pd agamanya,yg jelas nmpak xnk bwk islam dr dulu lg.satu contoh,hudud dikatakan x sesuai pd zaman sekarang n dipersenda n hasilnye,ia masih x dilaksanakan hingga sekarang walaupun dituntut oleh byk pihak.(satu contoh PAS)..n disini kte dapat lihat pentingnye memegang kekuasaan dlm sesebuah negara.islam xkan tertegak dgn dakwah bebas semate-mate tnpa kuasa..(masuk politik sket,n x salah pun rasanya sbb politik ade dlm islam) PAS dituduh sesetengah pihak gilakan kuasa..apa sbb pas mahukan kuasa memerintah msia?sbb nk bwk islam yg syumul n sebenar pd masyarakat.dakwah lebih mudah n sbgnye..xnk pnjgkan kalam,apa yg baik dari Allah n apa yg buruk dari sy sndiri..apa2 komen bleh jwb..shukran..wslm

  3. semoga penguat kuasa di negeri lain juga bertindak terhadap agenda kristianisasi yg ada pada setiap negeri di Malaysia. Dan hanya bukan riuh sekampung, kemudian terus sepi atau mencegah secara bermusim.

    Juga semoga langkah undang2 tlh diperuntukkan itu dibuat secara KAEDAH UNDANG2 terhadap yg ingin kita cegah itu, bmakna tiada lagi isu masuk premis tanpa waran sah. Dengan waran sah, akan menutup ruang2 utk mrka ‘mlwan balik’ mengikut undang2.

    itu kes mutad…bagaimana pula rumah pelacuran TERBUKA yg ada di mana2 bandar besar…. 2 bln sudah saya sekeluarga ingin bermalam di hotel budget di tengah bandar Seremban, setelah naik 3 hotel utk btanya bilik..RUPA2NYA bersusun pelacur dari Indonesia yg tua dan muda…..saya bertanya pd penjual buah di kaki lima….saya terkejut bila katanya HAMPIR semua hotel spt itu adalah tempat PELACUR SECARA TERBUKA di SEREMBAN..

    Maka NGO2 Islam di NSembilan kena berperanan utk paksa penguat kuasa jlnkan tugas….bukan di Seremabn shj …dimana2 Bandar shj .

    Dan begitu juga lain2 pusat maksiat yg spt tidak TERUSIK olh pemguat kuasa utk mcegahnya

    Pendakwah guna KUASA sebagai NGO berdaftar utk MEMAKSA PENGUAT KUASA UTK GUNAKAN KUASANYA.

  4. sy sarankan supaya saudara syifa’ sampaikan sendiri maklumat ini kepada pegawai agama di n9.yela, jais pun bertindak bila ada yg sudi sampaikan maklumat.mungkin boleh adapt perkara yg sama.berikan maklumat kpd pihak berwajib dan follow up sampai tindakan diambil

  5. setuju dengan pandangan orang muda geng kita,
    pertama islam itu ilmu yang wajib dituntut apabila mempunyai ilmu baru datangnya hujah untok menyebar ilmu islam perlu mempunyai kuasa merintah dan pemerintah pula perlu mempunyai dasar yg jelas terhadap islam apabila rakyat didik dengan ajaran islam serta mengamalkanya dengan sendiri islam tertegak WALLAHUA’LAM.

  6. 200% setuju dgn pendapat orang mude geng kite, lihat sajelah bagaimana mantan mufti selangor almarhum dato’ ishak baharum dipecat dari jawatan semasa m’jalankan tugas oleh pemimpin melayu islam ketika itu

  7. Masalahnya kita tak cegah kemungkaran depan mata. Artis berpelukan live senyap je, tapi bila pihak jabatan agama dapat maklumat artis nak check in hotel meraka datang tunggu artis masuk bilik dulu dan lepas itu tangkap. Kenapa tak halang sebelum masuk bilik? Cegah lah sebelum zina berlaku,

  8. Jom Pakat Cara Betul

    betul kata hikmah, dan dicadangkan Isma NSembilan juga perlu pro aktif dlm isu yg ditulis olh sdr Syifa’. Jika NGO yg kedepan, ianya lbh kuat berbanding aduan individu.

  9. Bukan NGO2 saja, kesedaran setiap jiwa bergelar muslim tu penting. Boleh guna kapasiti individu, tulis surat ke akhbar ke, kepada pihak berkuasa, lagi2 nak menyemai pemahaman tentang nilai-nilai Islam dalam diri sendiri, keluarga, kawan2, sahabat handai, masyarakat dan seterusnya kepada semua.

    Udah-udah nyanyikan lagu ‘Bangau oh Bangau’. Kritikan membina itu lebih baik.

    Kan ke kita sepakat amar ma’ruf nahi munkar?

    =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *