Dua individu terima sumbangan Semaian Kasih ISMA Seremban

Dr. Anayasmin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

SEREMBAN 2, 15 OgosProgram Semaian Kasih anjuran ISMA Seremban pada tahun ini diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada dua individu yang tinggal di kawasan Seremban 2.

Penerima pertama, Puan Umi Kalsom yang merupakan seorang ibu tunggal manakala penerima kedua ialah adik Rosazaliana, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang telah kematian ibu sejak berusia 2 tahun dan terputus hubungan dengan ayahnya.

Kedua-dua mereka menzahirkan perasaan kesyukuran dan kegembiraan di atas sumbangan yang diterima dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Sumbangan Semaian Kasih ini telah disampaikan oleh Dr. Anayasmin Azmi daripada Biro Wanita ISMA Seremban.

Program Semaian Kasih yang kini sudah memasuki tahun kelima merupakan acara tahunan ISMA Seremban di bulan Ramadhan bagi menggalakkan masyarakat bersedekah dan saling membantu. Sumbangan yang diterima daripada orang ramai  disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>