Tarbiyah asas kejayaan umat Islam

BANGI, 17 Julai – Tarbiyah adalah asas kejayaan umat Islam kerana dakwah Islam bermula dengan proses tarbiyah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat.

Proses pentarbiyahan berjalan selama 13 tahun di Mekah dan dengan itu, lahirnya insan-insan yang hebat dan kemudian Islam telah berkembang ke seluruh dunia.

Pensyarah Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr berkata, kita mesti sedar siapa kita, apa yang kita mahukan dan bagaimana kita akan berjaya mencapainya.

“Sebagai pendakwah Islam, tarbiyah adalah satu-satunya jalan bagi kita demi mencapai matlamat yang besar iaitu mengembalikan kegemilangan Islam.”

Berucap di hadapan kira-kira 700 hadirin di Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau berkata masalah terbesar yang menimpa umat Islam adalah tidak memahami Islam secara menyeluruh.

Umat Islam kini lebih suka mempraktiskan sudut-sudut tertentu sahaja sedangkan Islam itu lengkap di dalam segenap aspek kehidupan dan pengamalannya tidak tertumpu kepada aspek-aspek tertentu seperti ibadah dan akidah sahaja.

Dr. Hesham memberi harapan sekiranya ISMA berjaya menyemai kefahaman kesyumulan Islam di dalam masyarakat, maka ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.

“ISMA perlu berusaha bersungguh-sungguh memahamkan masyarakat akan kesyumulan Islam dan dengan itu, ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.”

Menjawab persoalan yang dilontarkan hadirin tentang keupayaan bangsa Melayu dalam memikul agenda dakwah Islam, beliau berkata, “sebagai pendakwah Melayu Islam, anda perlu yakin bahawa anda mampu melaksanakannya dengan izin dan bantuan Allah.”

“Allah tetap bersama anda sekiranya anda melakukan kerja dakwah dengan baik dan Allah telah menjanjikan kepada pendakwah Islam di antara dua pilihan, sama ada menang mulia atau mati syahid ,” tambah beliau.

5 thoughts on “Tarbiyah asas kejayaan umat Islam

  1. Ya benar,.amalan Islam bukan sekadar akidah dan ibadah, juga bukan sekadar tarbiyah khusus untuk orang bijak dan berpelajaran sahaja. Mereka yang tiada segulung ijazah lebih ramai bilangannya juga perlu di tarbiyah pengkhususan. Pendakwah yang berpelajaran terlebih ramai dari pendakwah yang kurang berpelajaran, maka dakwah itu tidak masuk kedalam masyarakat. Jika dakwah tidak masuk, apakah berjalan tarbiyah utk orang ramai ? Bila dakwah tak masuk kepada masyarakat, apakah bermakna tarbiyah itu tidak benar-benar berjalan di kalangan pendakwah? Sama2 muhasabah diri

  2. ISMA ni masih baru…kan? Harapan saya suatu hari nanti orang dikampung2 akan mampu berbicara tentang islam yang jelas….saya yakin ISMA sedang merangka untuk memasyarakatkannya…

  3. Bagi saya tulisan hj halim ini merujuk kepada semua pendakwah dan bukan isma sahaja. Hakikatnya yg lama dan yg baru kena belajar dari kesilapan lampau, bila dakwah itu ekslusif. Ilmu dan pengalaman bersama org yang kurang terpelajar adalah satu ilmu yang tiada dlm silibus akademik.

    Dahulu bahasa pendakwah, org kampung tak faham. Pendakwah kena belajar dari org politik yang terpelajar tetapi boleh duduk sekali dengan orang biasa. malah penampilan juga seperti org kampung.

    Pendakwah muda kena bermula dari sekarang, agar rendahkan diri dan bergaul demgan orang yang kurang pelajaran ( baik yang sebaya atau lebih berusia), boleh bergaul dengan buruh kasar, petani atau kerani.

    Pendakwah hebat lulusan negara Arab juga kena hormati pendakwah lulusan Malaysia atau lulusan pondok ( yang kini bilangannya amat sedikit), dan begitu juga pada pendakwah bukan ustaz.

    Kena belajar kaedah penyampaian dakwah yang bersahaja dan ‘berseloroh’ serta bukan dakwah skema pada golongan kurang pelajaran atau yang berpelajaran tetapi kurang ilmu agamanya.

    Manusia tidak lekang dari egonya, orang berharta dan berpangkat aa egonya, orang berilmu juga ada egonya, termasuk berilmu agama dan sesama pendakwah ada egonya. Sehingga mendakwa NGOnya lebih baik, dakwahnya lebih baik atau merasakan tarbiyahnya lebih baik dari NGO lain. Ego itu racun dan anak panah syaitan.

  4. انور صالح

    Saya setuju dengan pendapat pak andak dalam isu dakwah tidak perlu eklusif. Mungkin ini yang menyebabkan pimpinan ABIM satu ketika dahulu tidak mahu duduk dibawah tanzim Ikhwan kerana bagi mereka tanzim dan pendekatan Ikhwan Arab yang amat berahsia disudut tanzim tidak sesuai di Malaysia.

    Anak didik Ikhwan semasa di UK, Mesir, Iraq dan lain2 negara Arab dahulu dididik dengan tarbiyyah secara tanzim sir ini dan fiqh hazar yang sangat tinggi memandangkan pimpinan diktator Arab yang sangat kejam kepada ahli gerakan Islam.

    Kebanyakan mereka mengadakan tanzim dalam tanzim.. MSM contohnya adalah identiti dakwah tetapi dibelakangnya ada tanzim sir yang menggerakkannya.

    Sifat tanzim yang eklusif yang terlalu lama daripada tahun 70an hingga lahirnya Pertubuhan Ikram menjadikan dakwah dan tarbiyyah terfokus kepada golongan yang terpilih. Di Malaysia ada golongan yang mendapat tarbiyyah ikhwan menyerap dalam UMNO, ABIM. PAS dan Keadilan disamping wujudnya wadah sendiri .

    Bolehkah kita nafikan kemungkinan mereka masih mengekalkan tanzim eklusif yang memandu arah ahli-ahli yang berteraburan dalam pelbagai wadah ini..?

    PAS, ABIM, ARQAM sebagai contoh berjaya menyampaikan dakwah mereka sehingga keakar umbi kerana keahliannya terbuka dan mereka tidak beriman dengan tanzim dalam tanzim dan yang lebih penting tanzim-tabzim tersebut lahir daripada ijtihad majoriti ulama atau aktivis yang membesar di dalama negara dan tidak terkesan secara mendalam tarbih sir ikhwan semasa diluar negara.

    Saya bukan ingin menyalahkan sesiapa dalam hal ini.. cuma ingin menghuraikan kemungkinan punca kenapa dakwah gerakan Islam yang mendapat didikan ikhwan menjadi begitu eklusif.

    Malaysia adalah negara yang bebas berbanding negara-negara Arab yang menjadikan gerakan Islam musuh mereka dan akan memenjarakan sesiapa yang cuba menggerakkan amal-amal Islam. Arab bila menyokong gerakan demokrasi kerana mereka hanya inginkan kebebasan sebagaimana dimiliki rakyat Malaysia.

    Gerakan Islam di Malaysia sepatutnya memanfaatkan kedudukan Islam dalam perlembagaan, Institusi raja dan hak-hak kerajaan negeri untuk lebih fokus kepada kerja-kerja Islah yang terancang. Isu-isu wirid, tahlil, solat tarawikh 20 rokaat, talkin, doa qunut dan lain-lain yang menjadi amalan umat Melayu sejak mereka mula ditarbiah oleh pendakwah Islam ketika itu tidak perlu dijadikan topik dakwah.

    Isu utama ialah memantap ukhuwwah Islamiyyah dikalangan semua umat Islam terutamanya bangsa Melayu, menghidupkan ruh nasihat menasihati antara orang dewasa dan anak-anak sehingga umat Islam kembali merasai anak-anak jiran adalah anak-anaknya yang dikasihi dan sentiasa memberi nasihat dan membimbing mereka kejalan yang lurus.

    Untuk itu perlu dikembalikan jatiddiri orang-orang Melayu agar kembali menghayati akhlak-akhlak mulia, hormat menghormati, tolong menolong, ziarah menziarahi, prihatin kepada golongan miskin dan lemah, berlapang dada, pemaaf dan menjadikan ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan kedua selepas kekuatan Iman sebelum menuju kepada kekuatan kuasa. Bagi saya strategi terbaik ialah gerakan Islam membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat namun sebagai NGO di Malaysia keputusan ROS adalah muktamad.

    Dalam ISMA ramai ustaz-ustaz ISMA yang sudah lama mengajar disurau-surau, sekolah, universiti di kampung dan bandar dan hidup bersama masyarakat tetapi aktiviti-aktivit tersebut adalah usaha fardi dengan dipandukan strategi umum ISMA..

    Sekadar mengajar ilmu dan masyarakat yang datang kesurau membawa mentaliti mengambil berkat majlis ilmu yang terdiri daripada generasi 50an, pencen apakah yang boleh diharap impak yang akan dimainkan oleh generasi ini untuk gerakan dakwah selain daripada doa dan wang mereka?

    Sebaliknya generasi kanak-kanak, remaka, belia dan pemuda usia 30an hingga 40an dimanakah mereka? Bagaimana dakwah boleh mencapai kepada mereka? apakah aktiviti yang boleh menarik mereka?

    Golongan ini adalah golongan yang berfikiran terbuka, terdedah dengan strategik planning, swot analysis, asas-asas problem solving, qualiti control terlibat bersama Petronas, Telekom dan berbagai organisasi yang digerakkan secara Balance Scorecard Strategi, menyertai kursus-kursus 7 habit dan sebagainya..

    Apakah mungkin mereka menerima dakwah yang hanya menjadikan doa dan semangat sebagai senjata strategi mereka.?

    Bagi saya cabaran gerakan Islam kehadapan lebih mencabar apabila 1Malaysia menjadi agenda sehingga dikalangan kanak-kanak sekolah rendah..Malangnya yang dipraktikkan bagi memantapkan slogan 1 Malaysia ialah memakaikan anak-anak Melayu dengan pakaian sari dan tongsan…

    Untuk memastikan 20 tahun akan datang gerakan Islam lebih gemilang maka generasi yang lahir pada tahun 1980an hingga 2000 adalah generasi fokus..Mungkin jika gerakan Islam berjaya menguasai 1% daripada generasi ini ia adalah permulaan yang baik.

    Maka gerakan Belia Islam perlu diperkasakan lagi, diperhebatkan dan diberi liputan lebih bagi menerajui generasi 80an 90an dan mellinium kejalan yang tepat.

    Ayuh PEMBINA ternya peranan antum amat realistik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>