Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 3)

RUKUN KEDUA:

Berhadapan dengan ayat-ayat di atas, terdapat juga dalil-dalil yang menunjukkan Rasulullah meminta bantuan individu dari kalangan non muslim dalam hal-hal yang tidak berkaitan dengan peperangan.

Hadis Rasulullah;

1- Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah telah bercerita menyatakan Nabi dan Abu Bakar mengupah seorang lelaki musyrik sebagai penunjuk jalan untuk membawa baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur selepas sembunyi selama 3 hari bagi meneruskan hijrah ke Madinah.

2- Menurut Qurtubi, al-Mahlab pernah menceritakan bahawa terdapat hukum fiqh yang mengharuskan meminta bantuan orang musyrik menyimpan rahsia dan menjaga kewangan orang Islam selagi mana dipercayai sifat amanah dan kesetiaannya pada janji sebagaimana Rasulullah saw pernah meminta bantuan orang kafir mengiringi hijrahnya ke Madinah.

3- Rasulullah saw pernah mengupah seorang musyrik menjadi perisik dari golongan Bani Khaza’ah ketika peristiwa Hudaibiyah untuk merisik hal ehwal orang kafir Quraisy.

4- Meminta bantuan dengan Safuan bin Umaiyah seorang pemuka Quraisy, dengan minjam darinya perisai untuk peperangan.

Menurut al-Qurtubi dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Malik, bahawa Safuan pernah mengikuti Rasulullah saw dalam peperangan Hunain dan Taif, ketika itu beliau masih lagi kafir dan isterinya seorang muslimah. Menurut Malik, dia keluar dengan sukarela tanpa arahan dari Rasulullah saw.

Dari cerita ini ada dua unsur yang mengelirukan;

1- Isterinya seorang muslimah, seolah-olah keislaman isterinya mengurangkan kebenciannya kepada Islam, sehingga akhirnya dia cenderung untuk menerima Islam ketika mana dia mengalami masalah kecewa dengan orang kafir Quraisy.

2- Keluarnya Safuan ke medan perang bukan atas permintaan Rasulullah, tetapi kehendaknya sendiri.

Kita tidak boleh menggunakan dalil peristiwa meminjam senjata atau membelinya dari orang kafir sebagai hujah keharusan meminta bantuan dengan orang kafir dalam perkara yang berkaitan dengan PEPERANGAN.

Al-Sayuti berpendapat seorang pemimpin boleh mengupah orang kafir zimmi ketika berjihad, keharusan ini mengelirukan berdasarkan hujah sebelum ini.

Inilah yang menyebabkan Ibn Taimiyah mengetatkan hukum meminta bantuan dengan non muslim bukan sahaja dalam isu peperangan tetapi juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu KENEGARAAN yang berkaitan dengan kewangan dan pemerintahan. Kerana Rasulullah meminta bantuan penunjuk jalan dan perisikan itu adalah bersifat sementara pada waktu itu sahaja. Sedangkan tugas yang berterusan dalam tempoh yang lama boleh memberi peluang kepada non muslim untuk mengatur strategi dan membina hubungan serta mengetahui kelemahan orang Islam melalui bantuan pemerintahan yang memberi gaji serta kerja kepada mereka. Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Pandangan Ibn Taimiyah ini berdasarkan kepada cara Salahudin al-Ayyubi yang mengawal penglibatan non muslim dalam pemerintahannya.

Menurut Ibn Taimiyah, pemerintahan Salahudin dan keluarganya tidak melantik orang Nasrani sebagai pengurus urusan orang-orang Islam. Sebab itu mereka menjadi golongan penyokong dan dibantu kerana mereka dari golongan miskin dan minoriti. Tetapi syaukah Nasrani dan Tatar semakin kuat selepas kematian al-Adil  saudara kepada Salahudin.

Ketika itu berlaku banyak fitnah di kalangan masyarakat Islam, mereka mula berpecah ketika golongan Nasrani mula memasuki pentadbiran di negara Mesir ketika pemerintahan al-Muiz.

Sejarah menunjukkan bagaimana Allah swt membantu Nuruddin, Salahudin dan Adil dalam pemerintahan mereka dengan pembukaan negara-negara, menundukkan musuh selagi mereka menegakkan keadilan Islam, begitu juga sejarah menunjukkan bagaimana kejatuhan pemerintahan Islam apabila mereka menjadikan golongan Nasrani sebagai wali dan pemerintah di kalangan mereka.

Kisah Khalid al-Walid dengan Omar yang mahu meminta bantuan non muslim dalam urusan orang Islam tetapi ditolak sama sekali oleh Omar.

(Menggunakan khidmat orang Islam, bukan sahaja membantu mereka dari sudut kewangan dan pekerjaan, bahkan keberkatan dan maslahah sentiasa ada dalam kalangan orang Islam. Berbeza dengan menggunakan khidmat non muslim untuk kepentingan orang Islam walaupun memberi manfaat kepada agama dan dunia mereka tetapi kurang sangat yang halal memberkatinya, yang banyak ialah haram yang dimurkai Allah).

RUKUN KETIGA:

HARUS meminta nasihat orang kafir sama ada individu, parti, negara dan bekerjasama dengan mereka dalam semua bidang kecuali peperangan.

Harus bagi seorang daie itu menjadikan  parti kafir atau sekumpulan orang kafir sama ada yang mempunyai ikatan nasab, kejiranan atau kemahiran tertentu sebagai penasihat mereka, yang boleh membantu mereka dalam pendirian politik, berita atau bentuk yang melemahkan orang kafir yang lain. Nasihat ini harus kecuali urusan peperangan.

Kebenaran ini tertakluk kepada orang kafir yang kita meminta nasihat itu bermusuh dengan orang kafir yang lain yang juga musuh kita. Mereka cenderung untuk membantu orang Islam sebab dendam kepada golongan kafir yang lain serta menjadi pemangkin kepada orang Islam.

Inilah yang berlaku ketika Rasulullah saw mengadakan kerjasama dengan Bani Khaza’ah yang bermusuh dengan orang kafir Quraisy. Bagaimana cara Rasulullah berurusan dengan Bani Khaza’ah menjadi dalil fiqh dalam hal ini.

1- Peristiwa Hudaibiyah yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari menceritakan tentang Budail bin Waraqa’ al-Khuza’i datang dengan satu kumpulan dari Bani Khuza’ah berjumpa Rasulullah.

2- Menurut Ibn Hajar, Ibn Ishak menambah dalam ceritanya tentang kisah Bani Khuza’ah yang rapat dengan Rasulullah (’aibah Rasulullah) sama ada yang musyrik atau muslim.

Di sini menunjukkan keharusan meminta nasihat daripada non muslim yang dalam perjanjian dan kafir zimmi apabila ia menunjukkan kepada isyarat yang boleh menerima nasihat mereka seperti pengalaman yang sebelum ini menunjukkan mereka lebih mengutamakan orang Islam berbanding non muslim walaupun dari agama mereka sendiri.

Harus mememinta nasihat daripada sesetengah negara musuh selagi ia dominan kepada yang lain, keharusan ini bukan menunjukkan kita mengambil mereka sebagai pemimpin atau menunjukkan kasih sayang kepada musuh Allah, tetapi dari sudut menggunakan mereka, mengurangkan sokongan massa (syaukah) kepada mereka dan menjadikan antara mereka saling ingkar mengingkari.

Keharusan ini tidak bermakna memberi hukum harus mememinta nasihat secara mutlak kepada orang kafir.

Keharusan yang dibincangkan di atas bukan berkaitan dengan isu meminta tolong non muslim dalam bab peperangan. Inilah yang diberi peringatan oleh Ibn Hajar tentang tidak wajib meminta tolong di akhir tulisan beliau.

Menurut Ibn Hajar HARUS meminta nasihat dengan negara musuh selagi dia masih dominan ke atas yang lain.

Pandangan ini adalah instinbat yang sangat penting. Kerana kita boleh memahami bahawa boleh kerjasama politik dengan negara non muslim bagi melawan negara non muslim yang lain yang tidak berkaitan dengan peperangan. Kerjasama ini merangkumi persenjataan seperti kerjasama antara Pakistan dengan China, kerana mempercayai China dalam kerjasama ini merujuk kepada permusuhannya dengan India.

Sekiranya kita melihat isu Bani Khaza’ah, sebahagian darinya adalah muslim, kerana dalam Bani Khaza’ah ada muslim ada non muslim. Ini bermakna, menjadikan kisah ini sebagai dalil tidaklah betul sepenuhnya, namun begitu tidak boleh kita abaikan. Di mana dari sudut kekuatan dalil ia berada pada tahap sederhana. Ini bererti kita kena ambil dalil ini secara berhati-hati dan sekadarnya sahaja, tidak boleh berlebih-lebih.

Ia memerlukan kepada kepekaan feqh untuk memahaminya dan biasa dengan mantiq feqh. Tidak wajar bagi semua orang terutamanya meletakkanya sebagai dalil bagi berbagai-bagai-bagai sebab yang lain.

Syarat yang diletakkan oleh ulama dalam isu kerjasama dengan non muslim;

1- Hukum Islam mestilah dominan dan mendapat sokongan massa (ada syaukah) sebagaimana pandangan al-Syaibani, al-Sarkhasi dan al-Karabisi. Iaitu orang Islam berada pada tahap yang kuat bagi mengelakkan berlakunya khianat.

2- Imam Malik mensyaratkan mereka tidak boleh menjadi pemimpin atau ketua, sama ada dalam saf peperangan ataupun dalam kerja-kerja bantuan. Menurut Imam Malik “Aku tidak berpandangan mememinta bantuan orang musyrik bagi mengalahkan orang musyrik yang lain, melainkan atas tujuan mereka memberi khidmat.”

3- Orang Islam menjadi golongan minoriti dan berhajat menggunakan non muslim bagi memenuhi keperluan mereka (pandangan al-Hazimi).

4- Non Muslim itu dari kalangan yang boleh dipercayai menurut pendapat al-Hazimi. Bagi Ibn Qudamah pula, mereka itu dipercayai memberi keamanan. Apabila kita dihalang oleh seorang muslim yang penakut, maka non muslim itu lebih utama. Inilah juga yang difahami oleh al-Syaibani.

5- Syafei mensyaratkan orang kafir itu memberi manfaat kepada orang Islam secara khusus berdasarkan dalil aurat dan nasihat tadi.

Berdasarkan syarat-syarat dan kewaspadaan ulama di atas, realiti dakwah dan masyarakat Islam hari ini hendaklah menggugurkan isu meminta bantuan dengan orang kafir atas hujah-hujah berikut;

1- Hukum Islam sekarang tidak dominan. Dakwah masih lagi lemah, kerajaan lebih kuat dari suara dakwah, wujud penentangan dunia kepada Islam, media jelas menunjukkan peperangan dengan Islam, negara-negara Islam lemah dan tidak berdaya.

2- Sifat amanah sangat sedikit di kalangan manusia hari ini. Kita memerlukan usaha yang kuat untuk mempercayai seseorang terutama daripada parti dan jemaah.

3- Umat Islam sangat ramai jumlahnya, mememinta pertolongan dengan muslim fasik adalah harus.

Kita mengambil nafas yang panjang ketika membuat keputusan ini, sebagaimana dalam pandangan kita terhadap jihad, begitu juga pandangan kita terhadap kepartian. Ini kerana parti yang sekular itu tak sampai lagi pemikirannya kepada tahap kafir, dia juga bukan musuh kepada Islam, tetapi ada aliran politik yang terseleweng di dalamnya, dia tidak komited dengan hukum syariat, tetapi dia tidak menunjukkan permusuhan dengan hukum syariat, dia dihanyutkan oleh pemikiran nasionalis, kebebasan dan human right.

Pandangan Ahmad Rasyid;

HARAM meminta bantuan dengan orang kafir dalam bab peperangan sama ada mereka itu parti, jemaah atau negara, tetapi boleh mememinta bantuan individu kafir (dalam bab peperangan) yang mempunyai kemahiran tertentu yang diperlukan atau membeli kepakaran tertentu daripadanya.

HARUS kerjasama politik dan media dengan mana-mana parti dan negara non muslim dalam perkara yang tiada kaitan dengan peperangan selagi mereka tidak menunjukkan sifat khianat ke atas kita dan kita sendiri adalah golongan yang dominan dan kuat. Antara bentuk-bentuk kerjasama ialah menentukan sikap bersama kepada satu-satu isu, pertukaran maklumat, berita dan analisa, begitu jualan pembelian senjata oleh negara Islam daripada negara kafir terutama senjata terkini dan moden bagi digunakan untuk memerangi Yahudi.

Harus bagi dakwah untuk menerima pertolongan daripada pemerintah yang muslim pada asalnya tetapi bolak-balik keadaannya antara kafir dan zalim. Ekoran berlakunya percanggahan fatwa yang lain yang mengkafirkan golongan sekular ini yang keras dengan syariat dan memfasikkan mereka. Semakin kuat kebencian setiap kali ia hampir kepada kekufuran, dan kurang kebencian apabila dia masih berada dalam ruang fasik sahaja. Bahkan kebencian semakin kuat apabila ia melampau dalam kezaliman dan pembunuhan. Berdasarkan wasiat Allah Taala, hendaklah kita tidak cenderung kepada mereka yang zalim, kecenderungan ini akan menghilangkan barakah dalam revolusi Islam sebagaimana ditunjukkan oleh Imam Taimiyah.

Di sini kita melihat hilangnya barakah dalam intifadah Syria, dan ia berlawanan dengan (mantiq muwazanah) di antara dua orang yang kafir dan dua orang yang jahat, dengan mengambil yang lebih ringan bagi mengelak mungkar yang lebih besar (dar’ul akbar).

Diandaikan dalam kepimpinan Islam ini ada pemimpin yang melihat dengan hati yang hidup, memerhati di sebalik nas dan lafaz-lafaz feqh, melihat apa yang paling baik bagi seorang mukmin, tidak semua yang HARUS itu buruk, dan tidak semua yang makruh itu perlu diabaikan, bahkan penggunaan penyaksian DHAMIR itu lebih bijaksana, rangka feqh ini adalah untuk memberi ruang kepada golongan mujtahid, orang yang taklid itu akan terpisah.

WAJIB bagi yang memberi fatwa percaya kepada dirinya, percaya kepada dakwahnya, apakah yang lebih baik dan lebih suci. Dalam kedudukan ini, kepercayaan adalah titik tolaknya, kemudian Allah akan menurunkan kemenangan kepada siapa yang dikehendaki dan melewatkan kemenangan kepada siapa yang dikehendaki dengan hikmah yang cukup banyak dan rahsia yang tersembunyi.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership

5 thoughts on “Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 3)

  1. Salam, buku kecil berkenaan Tahaluf siyasi yang ustazah sunting & terjemah, banyak sangat kesilapan ejaan. Harap diperbaiki.

  2. Pingback: Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 3) | ISMAWeb « Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *