Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 2)

Dalil yang jelas tentang larangan meminta bantuan dan ketatnya syarat tersebut.

RUKUN PERTAMA:

Meminta bantuan bukan Islam seperti meminta bantuan negara non muslim, parti non muslim dan kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.

Hadis-hadis sahih;

1-      Dalam Sahih Muslim adalah menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah dalam peperangan ke Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, dia menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.

2-      Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya, baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musrik untuk memerangi orang-orang musyrik yang lain.

3-      Dalam Riwayat Abu Yusof al-Qadhi, bahawa Rasulullah saw meminta bantuan dengan orang Yahudi bani Qainuqa’.

Larangan dalam hadis pertama adalah jelas. Al-Syaibani mentakwilkan hadis pertama dengan mengatakan larangan itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah dan mereka tidak berperang di bawah payung Rasulullah. Sekiranya begitu sifatnya, makruh meminta bantuan daripada mereka.

Al-Syaibani tidak meletakkan hukum umum dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang-orang kafir, tetapi menjadikannya sebagai pandangan seorang ketua orang-orang Islam. Rasulullah saw didatangi dengan 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang sedia berperang dengan Rasulullah dalam peperangan Uhud, tetapi ditolak oleh Rasulullah dengan alasan, baginda tidak mahu meminta bantuan orang-orang musyrik. Dalam hal ini, al-Syaibani  berpendapat, penolakan Rasulullah disebabkan kebimbangan bagainda dengan perasaan rendah diri dan rasa terhina tentera-tentera Islam yang lain, sebab itulah Baginda menolaknya. Sekiranya seorang ketua muslimin itu berpendapat tidak wajar meminta bantuan orang kafir dibimbangi akan berlaku fitnah, wajarlah ia menolaknya.

Dalil ini adalah jelas, kerana setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi Bani Quraizah.

al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;

1-      Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.

2-      Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.

Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh  ilmuan feqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al-Tahawiah.

Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;

Tidak ada masalah meminta bantuan dengan non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.

Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;

1-      Tiada SYAUKAH

2-      Berada bawah pemerintahan atau undang-undang  ORANG ISLAM

3-      Tidak memberi mudarat kepada orang Islam

Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;

1-      Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita;

2-      Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti,

Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.

Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan meminta pertolongan mereka, jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka. Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan orang kafir tadi.

Sementara peristiwa Rasulullah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ untuk memerangi Yahudi Quraizah adalah kerana Yahudi Qainuqa’ berada dalam jumlah yang sedikit dan tidak mendominasi orang Islam.

Ibn Khuwaiz al-Basri al-Maliki berpendapat Kitab Allah Taala secara jelas bertentangan dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan hukum ini.

Firman Allah;

118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (ali-Imran 3:118).

57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman (al-Maidah 5:57).

Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan larangan menyokong dan membantu orang kafir.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership

14 thoughts on “Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 2)

  1. salam ustazah….

    bagaimana dengan keadaan politik malaysia? terutamanya apa yg berlaku dalam PR skrg…?

    1. tahalluf utk melawan pemerintah ISLAM yg muslim tp korup dan zhalim
    2. non-muslim lebih dominan (dalam DAP dan PKR)
    3. keadaan ummat islam yg sedang bertahalluf itu lemah (dari segi pegangan fikrah islami; bercampur fikrah liberalis, komunis, sosialis)

    adakah makruh atau haram kholis (totally) atau ada ruang2 yg membolehkan? kalau tahalluf hanya, strategi jangka masa panjang, apakah garis2 had nya….?
    adakah dominan yg ingin di maksudkan? dominan hujah/ketokohan, atau dominan dr segi jumlah muslimin dalam sesebuah negara atau dominan jumlah ahli parlimen yg di tahallufi…..

  2. Salam Ustzh. Muga Allah merahmati usaha murni mu menunjuk ajar kami dan membimbing kami melalui tarbiyah ini dengan nas2 yg jelas dan menurut pandangan ulama muktabar. Mohon jasabaik ustazah jelaskan lagi persoalan2 berikut agar kefahaman kami bersih dari anasir2 yg tersimpang dari fikrah yg benar.

    Mengenai syarat yg diletakkan al-Syaibani untuk meminta bantuan dengan non muslim;

    1- Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.

    Soalan: Bagaimana menilai “non muslim yg boleh dipercayai”?…kerana dalam konteks hari ini, mereka pandai menyembunyikan intention sebenar mereka. Ana ambil contoh Bersih 2.0 – diketua oleh Ambiga, seorang non-muslim yg rata2nya diketahui umum bahawa dia adalah antara pelopor dan penyokong kuat IFC yg jelas “memerangi” Islam. Ana tidak ingin membahaskan samada 8 tuntutan Bersih itu valid atau tidak, cuma mahu persoalan ianya di ketuai Ambiga ini diperjelaskan.
    Apakah kerana “benda” yang diperjuangkan adalah baik, maka kita membutakan mata siapa dia sebenarnya dan dia boleh dikategorikan sbg “non-muslim yg boleh dipercayai”? Massa menjadi lebih keliru dengan kenyataan TG Hj Hadi Awang yg secara jelas menyatakan Ambiga adalah “professional yg adil”, secara tak langsung mengiktiraf beliau sebagai orang “yg boleh dipercaya”.

    2- Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.

    Soalan: Maaf sekali lagi terpaksa guna contoh politik negara masakini…kerana ini adalah realiti yg mana kita berhadpan dgnnya. Gabungan PAS dan DAP… nampak seolah2 DAP lebih dominan dan sudah banyak kali, tanpa segan silu menyatakan pendirian mereka yg lantang menentang negara Islam, hukum Islam dan yg terbaru mempertikaikan kerajaan Kedah menguatkuasa undang2 hiburan yg kita maklumi. Malah Tony Pua (Ketua Pemuda DAP) memberi kata dua pada PAS untuk tarik balik larangan itu datau keluar dari Pakatan. Memang angguh bunyinya, tapi itulah yang berlaku.
    Dan akibat dari itu (walaupun di sanggah PAS), kerajaan Kedah terpaksa akur dan mengubah sedikit pendekatan mereka.
    Persoalannya, dalam konteks negara kita sekarang, apakah gabungan PAS-DAP itu dianggap lebih baik dari PAS-UMNO? Apa pandaangan kita? Yang pertama dalah gabungan “Islam -Non muslim” dan yang kedua “Islam-Islam” walaupun ada yg cenderong mengklasifikasikan gabungan PAS-UMNO sebagai “Islam- Islam A’si (Islam yg berdosa)”.

    Mohon penjelasan Ustazah dan kepimpinan dalam hal ini kerana adik2 kita di bawah sana sering bertanya…
    Jzklh.

  3. Assalamualaikum. Saya tidak bertanya untuk menimbulkan sebarang spekulasi, saya bertanya kerana memohon pandangan,pendapat. Sekiranya ada mana2 pihak yang terasa saya mohon kemaafan.

    Saya tidak tahu pendapat@pandangan orang lain, tp pada amatan saya, terus-terang saya katakan PAS tidak dominan di dalam pakatan rakyat. Segala agenda Islamik yang ingin dibawa oleh PAS “mudah dihapuskan” oleh DAP. Maka hukum tahaluf siyasi manakah yang digunakan oleh PAS, sepertimana disebut oleh a;-Syaibani dan al-Karabisi, golongan muslim mesti menjadi dominan?

  4. Salam sejahtera,
    Terima kasih di atas respons yang diberikan. Saya mencadangkan anda membaca TS ini sehingga selesai 7 rukun, di sana ada jawapan bagi persoalan di atas, boleh tengok dalam fb saya. Dah masukan sehingga rukun ke-6, kira-kira 3/4 dari pandangan dan hujah Ahmad Rasyid telah saya sunting dan terjemah.. Kemuncak pendapat AHmad Rasyid dalam rukun ke7 akan saya terbitkan dalam booklet TS.

  5. Salam,

    Ustazah, mungkin ustazah dan ISMA perlu berterus terang tentang pandangan ustazah dalam konteks politik di Malaysia, supaya lebih jelas disini…

  6. kelihatan politik msia skrg bersandarkan kpd bola, tak pasti siapa menang atau kalah atau seri, ada ka patut begitu?

  7. saya rasa tidak semestinya kita sokong PAS walaupun dia berkerjasama dengan DAP yang dominan dan tidak semestinya kita sokong UMNO waupun dia korupsi, kita boleh juga memantapkan pemahaman berkaitan tahalluf siyasi kepada semua ahli isma dan untuk mengundi lihat DUN dan Parlimen masing-masing dan mengundilah dengan pemahaman kita yang berasaskan hujjah-hujjah tahalluf siyasi tersebut….jadi mungkin ada yang mengundi PAS dan ada yang mengundi UMNO….ini kerana: (1) untuk mengelakkan pergeseran yang lebih keras dan akhirnya menyukarkan lagi kerja-kerja dakwah apabila dilabelkan dengan mana-mana parti. (2) Kekuatan tidak ada oleh itu tidak akan memberi impak kepada keputusan PRU 13 (3) segala tindakan kita didasari oleh qaedah syara` yang jelas.

  8. Pingback: Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 2) | ISMAWeb « Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>