Negara Berkebajikan Pas lebih ‘soleh’

UNTUK memberi kefahaman kepada bukan Islam terhadap Pas, Pas dalam Muktamar ke-57nya baru-baru ini telah menukar slogannya dari negara Islam kepada ‘Negara Berkebajikan’. Ekoran daripada itu banyaklah pandangan dan komen daripada pelbagai pihak khususnya Umno yang mempertikaikan tentang pendirian Pas tersebut. Jawapan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Haron Din telah menyatakan bahawa Negara Berkebajikan Pas adalah jauh berbeza daripada Umno. la berlandaskan kepada al-Quran, negara yang mendapat kebajikan di bawah keampunan Allah bukan berdasarkan kepada rasional akal yang dibuat mengikut hati sebagaimana BN. Bagaimana pandangan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdul­lah Zaik Abdul Rahman terhadap jawapan Pas tersebut. Bagi mengetahui jawapannya, ikuti bualbicara KALSUM AHMAD bersama beliau menerusi telefon.

Siasah: Apa komen ustaz tentang Negara Berkebajikan yang diimpikan oleh Pas dengan Neg­ara Kebajikan yang dikatakan oleh BN?

USTAZ ABDULLAH ZAIK: Dalam hal ini saya tidak boleh beri pandangan khusus kerana Pas sendiri belum lagi keluarkan buku hijau tentang takrif sebenar tentang Negara Berkebajikan ini. Yang ada sekarang hanyalah melalui ucapan dasar sewaktu muktamar ke-57 baru-baru ini serta apa yang bo­leh saya lihat di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas.

Dalam hal ini apa yang boleh saya berikan pandangan, Pas dilihat lebih ‘soleh’ berbanding Umno. Soleh di sini pada pandangan saya adalah lebih baik, lebih amanah, kurang penyelewengan baik dari segi dasar ataupun peribadi para pemimpinnya.

Saya tidak kata semua pemimpinnya ama­nah tetapi kalau dilihat di negeri-negeri di bawah pentadbirannya penyelewengan dari segi pentadbiran atau rasuah adalah lebih rendah.

Bagaimana pula pandangan Ustaz ten­tang istilah kebajikan?

Istilah ini biasa dalam politik. Kebajikan sudah lama dibincangkan oleh sistem kapitalis dan sosialis sejak abad ke-19 lagi. Kebajikan telah menjadi pengimbang di antara kedua-dua sistem.

Dalam sejarah, sistem kapitalis mementingkan kebajikan kerana untuk mengelak rungutan daripada pihak pekerja buruh. Sosialis pula menjadikan kebajikan sebagai dasar peijuangan mereka membela nasib pekerja yang ditindas majikan.

Dalam persaingan ini, dilihat tiada beza kebajikan yang diperjuangkan mereka. Semua pihak cuba memenuhi tuntutan kebajikan tetapi mungkin ada perbezaan dari segi pelaksanaan yang berdasarkan kepada kredibiliti dan kejujuran pemimpin.

Golongan pemerintah perlu memberi keba­jikan dan memenuhi kehendak rakyat jika mahu terus dipilih sebagai pemerintah.

Menurut Datuk Haron Din, Negara berkebajikan yang dikehendaki oleh Pas adalah berlandaskan kepada al-Quran dan bukan berdasarkan kepada rasional akal, yang dibuat mengikut hati. Pendek kata ne­gara yang mendapat kebaji­kan di bawah keampunan Allah?

Dalam konteks Paka­tan Rakyat, Pas melaungkan negara ‘berkebajikan’ sama tetapi dengan merujuk kepada hasrat Islam. Dalam hal ini, Pas ada kemunasabahan syiling kepada negara islam kerana Pas mengimplikasikan dasar Is­lam.

Tetapi sejauh mana Pas boleh meninggikan syiling pelak­sanaan dasar Islam dalam perundangan, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan lain-lain dalam negara, inilah yang masih belum dapat dipastikan.

Mengapa ia tidak dapat dipastikan? Jawa­pannya ialah kerana menegakkan negara Is­lam bukan dasar perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, negara ‘berkebajikan’ yang mendapat keampunan Allah yang cuba diterangkan oleh Pas sebagai Baldatun Toiyibatun wa Rabbun Ghafur bergantung kepada sejauh mana Pas boleh merealisasikan sebuah pemerintahan yang melaksanakan syariah Al­lah dalam segenap aspek kehidupan dan melahirkan masyarakat yang patuh kepada Allah.

Sejauh mana ustaz melihat negara berkebajikan ini dapat dilaksanakan oleh Pas?

Dalam konteks persepakatan PR dan resolusi-resolusi pakatan sebelum ini, pelak­sanaan Islam dan negara Islam bukan agenda yang disepakati.

Dalam hal ini, kita perlu melihat di masa depan, bagaimana Pas menghadapi situasi dalam PR dalam perjuangannya menjadikan negara yang mendapat keampunan Allah kerana negara tersebut perlu laksanakan Islam sepenuhnya dalam segenap aspek.

Kesimpulannya, isu yang lebih utama ialah, sejauh mana Pas dapat mengembalikan reference kehidupan dan pemerintahan Islam dan mengangkat syiling sekularism dan pemerintahan yang juga menjadi dasar PR.

Sumber: Akhbar Siasah, Bilangan 0270 (24-30 Jun 2011)

50 thoughts on “Negara Berkebajikan Pas lebih ‘soleh’

  1. salam

    Jzk…beginilah jawapan dari pimpinan yang berhemah dan berhati-hati memberi kenyataan. Perjalanan dakwah ini masih jauh, maka jangan tekan minyak terlalu kuat. Saya maksudkan ialah perbandingan kenyataan terbuka isma sebelum ini dlm isu sensitif ( bersih, isu liberal, human right). ukhwah yg utama ialah dengan mereka yang cintakan Islam walau berbeza wadah. Moga isma berikan cinta yang lebih pd Pas, Abim, Jim, Ikram, Haluan dan sekadar bermanis muka pd UMNO

  2. Kenapa hani?

    Saya tak nampak apa2 yang merendah2kan PAS dalam artikel ni (atau terlepas pandang) Bole tolong highlight kan point tersebut?

    Yang saya nampak point adalah PAS lebih baik dari UMNO yang mana saya rasa semua setuju. Tapi utk mengaplikasi kan Islam kalau dah dapat kuasa tu belum konfirm lagi. Itu kene lihat dulu, sbb PR sekarang bukan berdiri atas dasar Islam tapi atas ingin tumbangkan keadilan.

    Wassalam

  3. ya… saya rasa pun macam tu juga…belum tentu PAS bersih dari perkara yang tak elok…sebab semua kita manusia biasa bukan malaikat…cuma PAS baik sikit dari umno… ini memang diakui ramai dan itulah kekuatan PAS …

  4. sami budha dan ketua padri berbangsa Cina pernah bdialog dlm satu program dan menyimpulkan budaya judi, mabuk, kaki perempuan gengter adalah budaya KARAT orang2 Cina. Sami Budha ini pernah mgaku bahawa agama ini tidak diamalkan oleh org Cina.

    ( saya lupa artikel ini yg dibaca dari sebuah web)

    orang Cina terutamanya seolah tidak menjadi kesalahan untuk minum arak sdgkan di larang dlm Budha dan Kristian.

    Balik pd bantahan MCA dn DAP atau perstuan Cina yg ln thdp arahan MB Kedah, bukan kerana politik semata2 tetapi bantahan terhadap budaya buruk yg sudah pekat dlm diri mereka. JIKA LARANGAN ITU KHAS UNTUK ORG ISLAM, mereka tidak kisah.

    Apa yg boleh dibuat oleh parti Islam atau NGO Islam untuk MENDIDIK ORANG KAFIR INI untuk keluar dari budaya buruk itu? ( nk didik Melayu Pemaksiat juga amat sukar).

    Dr Mujahid pernah lontarkan isu ini ketika pertemuannya dgn beberapa padri.

    Jika MB Kedah jd MB Kelantan, mgkin boleh bertegas spt ini, tetapi Nik Azizi tak buat, kenapa? Kerana sebahagian ORANG CINA ini AKAN ‘MATI’ jika tidak minum arak dan berhibur.

    Kedah baru 3 thn dlm tgn PAS dan masih goyah…..( sya lupa berapa peratus undi org Cina yg memenagkan PAS). Mgkin sebab itu AJK PAS pusat mahu dengar sndri pendirian MB Kedah itu. Kedah blm selamat lg pd PRU 13.

    Berlapang dada, jgn tuduh kerana politik, maka bila mahu tegakkan syiar Islam kena dgr komen dari org Cina?

    Tunggulah lagi 30 tahun, ketika itu dikatakan orang Melayu mencecah 75-78% dari keseluruhan penduduk, mungkin kita ada kuasa dari segi bilangan.

  5. saya rasa lebih baik PAS bertegas dari awal tentang isu2 seperti ini (arak, judi dll) terhadap org bukan islam. Sbb kalau ada rezeki PR menang dan pada waktu tu PAS nak swing balik dari negera kebajikan kpd negara islam, mungkin agak sukar dan payah kerana arus liberal sgt kuat.PR menang sbb keadilan dari mmonteks liberal, bukannya keadilan dari kacamata Islam.biar org bukan islam terima kita dgn mengiktiraf prinsip kita, bukan kerana sentimen dan ‘tahalluf’ sebegini. Saya tetap sokong PAS jika PAS bertegas dlm isu ini

    Mungkin pak long cetek dgn politik kepartian, tp biarlah kita berpolitik yg memartabatkan syariat islam. Isu mendidik atau berdakwah dgn bukan islam mestilah dilakukan secara hikmah. Hikmah tak bermaksud berlembut utk meraih sokongan non muslim sehinggakan mereka tak nampak apa prinsip2 islam. Bertegas dgn prinsip islam dan membuka ruang perbincangan dan penerangan kpd non muslim juga merupakan hikmah yg dituntut

    Malaysia negara Islam.. tanahair kita umat Islam. Mereka (non muslim) yg perlukan islam kerana ianya fitrah.tanpa mereka, syariat islam terus berjalan

  6. Pemerintah Islam bukan sahaja mendidik orang islam, tetapi ‘mengakhlakkan’ org bukan islam, dan proses ini terus berjalan dan bpanjangan. UMNO yg Islam tidak mempamerkan keIslamannya dan org bukan Islam di Malaysia keliru dgn Islam dan mereka juga melanggar ajaran agama mereka sndri dan mereka sgt membudayakan gaya hidup berpoya-poya dan mewah. PAS sudah 20 thn memerintah Kelantan dan baru 3 thn di Kedah.

    Orang Melayu masih ragu2 dgn pensyariatan Islam dan sekadar 12 % shj org Melayu yg solat penuh 5 waktu, apatah lagi orang bukan Islam. Seperti kata Karpal Singh yg pernah berkata langkah mayat dia jika mahu negara Islam, ” Dulu tak orang beritahu saya Islam yg sebenar, sbb itu saya cakap itu macam!.

    Orang UMNO Kedah sgt setuju dgn cdgan MB Kedah, sambil menyindir orang Cina akan ‘berperang’ dgn Kerajaan PAS Kedah. Pdapat org UMNO ini sama dgn pendapat pres Isma.

    Islam di Malaysia sgt unik berbanding Negara Arab dan juga di Indonesia. Majoriti bukan Islam di Negara Arab dan Indon adalah dikalangan bangsa Arab dan org Indon sndri. Di Malaysia ialah org bkn Islam adalah bbangsa Cina.India.Iban. orang Asli dan Singh. UMNO sudah lama membenarkan kebebasan terlampau dlm agama, hiburan dan ekonomi. Lihat sahaja bilangan kuil yg ada berbanding bilangan penganut mereka dan pusat hiburan yg tumbuh dimana2 sahaja. BANTUAN KEWANGAN sudah byk diberikan kpd rumah ibadat bkn Islam, sedangkan TAK PERNAH ADA dlm peruntukan negara. APAKAH KEBEBASAN ini mahu di rampas begitu sahaja oleh PAS atau PKR bila ada kuasa?

    Hukum logik akal mesti diguna selepas hukum syariat. Menghukum anutan Liberal sudah menguasai PR adalah berdasarkan andaian dan tidak masuk kedlm untuk mencari bukti-bukti yg nyata.

  7. Saya rasakan pada masa ini PAS hanya mampu mencapai level democratic country spt first-class country like Korea, Japan, Australia, UK, US. Bukan semua yg ada dlm demokrasi itu baik bg Islam, tetapi demokrasi itu lebih baik dr autokrasi, kuku-besi, etc. Utk mencapai level Islamic state masih jauh lagi. Saya jugak tidak megharapkan PAS apabila memegang tampok pemerintahan terus2 ingin mengimposed Islamic law, jgn tergopoh-gapah-you need to educate rakyat first. Saya setuju dgn Pak Andak mengenai populasi melayu yg akn mencapai more than 80% actually pd tahun 2030 jika mengikut kadar birthrate Malay 4.5 juka dibandingkan dgn India dan Cina pada kadar 2.4. That’s a good time to impose Islamic law if Muslim are ready. Perlu semua pihak mengembleng tenaga utk mengislahkan individu tak kira dari Pas, ulama muda Umno, Isma, Haluan, Abim, Jim dan berbagai badan NGO lain.

    Akhrnya saya berharap part-parti muslim di Malaysia dapat bersatu di atas perkara2 yg menguntungkan umat Islam. Tidak semestinya perlu bersatu di atas parti politik (perlu ada check and balance dlm sistem demokrasi-unless abolish democracy system) tetapi bersatu diatas perkara yg menguntungkan umat Islam dan perkara2 kebaikan lain yg baik jugak utk non-muslim. Umno dan Pas dah pernah bersatu tetapi tak jadik jugak negara Islam. Itu rasanya lebih tepat. Sebagaimana DAP dan MCA boleh bersatu menegakkan hak diaorang, similarly I hope PAS, muslim di PKR dan UMNO bersikap lebih rasional seperti mereka. Hope we can have this kind of first class politics mentality. “Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketaqwaan” (al-Maidah:2) . Just my 2 cent

  8. salam..maaf…blh tahu, siapa sebenarnya Pak Andak.Gaya tulisan spt org byk pengalaman dan org haraki

  9. tq Mr Malcom Y ..tulisan menarik ( saya sebut lagi 30tahun- 80% ialahMelayu yg layak mengundi ). Jgn gopoh dan think future. Skrg semua NGO Islam buat baik dgn semua NGO dan Parti yg jelas pejuangkan Islam. PR byk masalah, NGO Islam pun lagi byk masalah.Org Melayu lagi byk masalah.

    sya dok memerhati seketika bila ada isu tongkat sakti @ cop rasmi dlm jemaah. ….. sdr Abu Sujak…sya dh hampir 60 thn, bisnes sikit2 dlm Eng Consultation, puluhan tahun dok dlm usrah ( dh 2 thn lbh jd pemerhati dulu, tetapi sentiasa buka web NGO Islam..ikram.jim.isma.haluan.PUM, hizbur tahrir pun tgk….kalau ada web tabligh-pak andak pun nak tgk….positif pd semua

  10. Kata-kata yang merujuk kepada negeri-negeri di bawah pimpinan PAS ….”Saya tidak kata semua pemimpinnya amanah tetapi kalau dilihat di negeri-negeri di bawah pentadbirannya penyelewengan dari segi pentadbiran atau rasuah adalah lebih rendah” ….

    Ada ke kes rasuah melibatkan pemimpin PAS di Kelantan dan Kedah? Adakah kajian mendalam dibuat dalam hal ini @ hanya bersangka-sangka sahaja? Mohon diperjelaskan.

  11. Alhamdulillah…tenang sy dgn orang seperti Pak Andak….insyaallah Islam ada masa depan dengan penggerak dakwah seperti anda….

    Bukan apolegetik tetapi inclusif….Dakwah ini bukan berdiri dengan kekerasan….

  12. SAYA MOHON PRES ISMA BACA KOMEN PAK ANDAK… BOLEH BUAT ULASAN. SAYA RASA PANDANGAN BELIAU PERLU DITITIKBERATKAN..

  13. Salam:

    Bersih adalah rentetan daripada fatwa tahaluf siyasi.. Apabila pimpinan PAS berijtihad bahawa tahaluf siasi dalam PR adalah tahaluf yang syar`ie maka yang lain juga Syai`e..

    Namun membiarkan negeri-negeri umat Islam diperintah oleh orang Kafir tidak menambahkan kemaslahatan kepada umat Islam.

    Saya mencadangkan pada pilihanraya akan datang umat Islam perlu sepakat bahawa tidak satu negeripun boleh diperintah oleh majoriti pimpinan orang-orang yang tidak beriman.

    wallahua’lam.

  14. salam

    Pak Andak org tua, ilmu agama kurang, cuma yang byk pengalaman hidup ( yg byk ilmu engenering). Saya agak lama terdedah dan bergaul dgn org politik dan NGO. Sebahagian pemimpin NGO dan politik ( PR dan BN ) adalah kawan2, pengalaman ini tak ada di Universiti.

    Petua: Cara fikir org dewasa pd usia 30an tahun tak sama ketika usia 40an. Bila masuk 50an, akan merasakan tak sama cara fikir ketika 40an dahulu. Rupanya ketika 40an, masih ada darah muda dan masih tercari2 identiti diri. Yang ketara, masuk usia 50an, sgt mementingkan BEROBJEKTIF dan tiada lagi mahu cuba2….org politik dan org bisnes, ketika usia 50an adalah usia KEMUNCAK MALAH BOLEH KEKAL PADA USIA 60an…..Sebaliknya org yg kurang pendidikan dan krg pengalaman, usia 50an adalah usia penurunan.

    Ikhlas dari saya :- Pemimpin Isma rata2nya pada usia 40an, masih muda sebagai pemimpin organisasi. Cuma dari segi psikologi, org pd usia 40an-dia rasa dah matang dan teguh pendirian. Ada betulnya, namun anda sebenarnya masih tercari-cari identiti atau identiti yg belum kukuh. Isma juga sdg mencari identiti, dan rasanya Isma TIADA ORANG VETERAN tempatan ( Sheikh besar) untuk buat rujukan @ minta nasihat.

    Pada masa mencari identiti ini jangan SEKALI-KALI GOPOH DALAM TINDAKAN. Ia akan beri KESAN BESAR pada generasi berikutnya apabila GOPOH DALAM MBUAT KEPUTUSAN.

    Isma cuba mencari identiti melalui Melayu Islam. Timbul persoalan, berapa ramai ahli Isma yg ‘expert’ dlm isu rumit dan komplikated ini? Utk expert ianya memerlukan ilmu DAN PERGAULAN kemasyarakat Melayu yg pelbagai, adat istiadat ( dari marhaien sehingga Istana), kaki sebelah dlm politik Melayu, masak dgn ekonomi Melayu, dll. Mungkin Isma dan NGO Islam yg lain ada kelebihan dlm fikq dakwah, TETAPI fikq dakwah MELAYU tak sama dgn bangsa2 lain. MALAH FIKQ DAKWAH MELAYU DIMALAYSIA JUGA berbeza.

    Fikir ttg org Melayu Malaysia, kena juga fikir ttg org disekeliling mereka iaitu org Cina, India dll. Mendalami isu org cina-india ini juga bukan kerja mudah. MALAH PERLU KERJA KUAT utk memikirkan org Islam yang berbangsa Cina, India di Malaysia ini.

    Sedarkah kita bahawa NGO Islam di Malaysia LEBIH MENDAPAT TARIKAN DARI ORG BPELAJARAN TINGGI. Intituisi mekanikal pun tiada. Org kolar biru hampir tiada. Jika ada kerani atau pentadbir sokongan yg jadi ahli NGO Islam ini, mereka MUNGKIN TERPINGGIR KERANA DISEKELILING MEREKA adalah org2 yang ada ijazah belaka!! Ada jururawat? Ada posmen? ada angota polis? ada tentera biasa?

    Cuba lihat di Mesir dan Indonesia? Pelajari sejarah permulaan ikhwan! Siapa pendokong mereka, adakah dikalangan graduan?

    Maka banyak kerja lagi org dakwah ini, maka jangan tambah beban kerja dari isu2 yang ‘kurang utama’!!!

    Tahniah Isma akn buka keahlian pd org ramai. TETAPI jgn sekadar JIKA AMBIL KEAHLIAN apabila seseorg itu pernah hadir sekali dua program umum Isma- nti jd ahli zzzzzzzzzzzz….

    BUAT sistem MLM ( multi level marketing)…tiap ahli cari kawan2 / saudara terdekat ( dakwah fardi)

  15. Salam. pak andak.

    Setuju tak Melayu adalah bangsa majoriti, beragama Islam dan masih sanggup mempertahankan Islam jika Islam dicaci dan dihina…? Setuju tidak jika 14 juta lebih umat Melayu Islam ini dikembalikan 100% menjadi qoedah sulbah sebagaimana generasi al-Quran yang unik? Islam akan kembali menguasai Nusantara ini..

    Setuju tak kalau ISMA meletakkan cita2 itu dan wawasan itu dalam strategi dakwah jangka masa panjangnya..?

    Untuk itu.. ISMA mencadangakn semua gerakan Islam menilai semula manhaj perjuangan mereka, awlawiyat haraki mereka dan menjadikan tarbiyyah untuk melahirkan qoedah sulbah ini sebagai agenda utama..?

    Adapun isu siasi yang nampak menggegarkan ini hanya isu yang ditulis oleh seorang dua.. bertujuan untuk menyedarkan ummah tentang siasah syariyyah sebenar iaitu siasah mengembalikan ummah kepada identiti rijal dakwah.

    Itulah isu siasah yang sebenar dalam ISMA iaitu siasah tarbiyyah dan ia adalah kerja yang dilakukan oleh semua ahli ISMA.?

    Setuju tak semua gerakan Islam fokus untuk memerangi agenda Yahudi melalui dasar libralisma, humanisma, pragmatisma… yang bertujuan menjauhkan umat Islam daripada agenda sebenar sebagai seorang muslim?

    Peperangan abad ini adalah peperangan survaival: Sama ada identiti Islam wujud semula sebagaimana nabi mengubah Abu Bakar Umar, Uthman , Ali dan sekelian sahabat menjadi rijal dakwah dan menegakkan khalifah diatas rakyat yang keseluruhannya adalah generasi sahabat…

    Atau penerusan budaya kuning, libralisma dan kekalnya globalisasi Yahudi di dunia Islam..

    Peperangan ini hanya diatas dua manhaj.. manhaj nubuwwah 100% atau manhaj Yahudi..demokrasi barat, pergelutan merebut kuasa politik adalah antara kerangka manhaj barat dalam menjauhkan umat Islam daripada kerangka manhaj nubuwwah.

    pilihlah antara dua jalan…!!!

  16. Saya rasa ISMA sedar terlalu muda berbanding NGO islam yang lain, namun dengan tarbiyyah sebagai tunjang munghin itulah ISMA berani terus melangkah, sikap berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan terhadap apa juga isu rasanya adalah etika ISMA. Saya setuju dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” sebab umat melayulah yang akan menjadi tunjang utama islam di Malaysia ini…..cuba bayangkan kalau melayu islam sekarang mula mencari bibit-bibit kesepakatan itu…apakah impak yang akan diperolehi oleh islam dan umat melayu kita? UMNO dan PAS tidak akan cacat sekiranya menukar lanskap politik mereka yang lebih menguntungkan Islam. Cina dan India memang harus diambil kira untuk dimasukkan dalam perancangan dan sebab itulah saf melayu perlu diperbetulkan kerana apabila saf melayu yang menjadi tonggak islam terus merekah dan merekah…..dimana untungnya…. tidakkah ini yang sedang diushakan oleh Cina dan India? kalau mereka (cina dan india) memfokuskan untuk memecahkan orang melayu supaya dengan sendirinya islam itu menjadi lemah, maka semua NGO islam harus senada untuk menyatukan orang melayu….kerana kita adalah bangsa tunjang kepada islam di Malaysia…..sukar atau tidak…pelik atau tidak, walaupun untuk UMNO dan PAS bersatu suatu yang sangat jauh dan sayup…tetapi semua NGO islam mesti berperanan untuk menjadi orang tengah kearah UMNO dan PAS bersepakat dalam hal-hal kepentingan umat Islam di Malaysia. Inilah bayu yang mesti ditiupkan. Isma mesti berani bersemuka mesra dengan pimpinan atasan kedua-dua parti gergasi melayu ini untuk duduk dan berbincang mencernakan keuntungan umat islam di Malaysia.

  17. sdr annuar, seblm pak andak jawab, elok saya mencelah( ok ye pk andak?). seblm ini saya terbaca, cuma sekitar 12 % shj org Islam ( esp Melayu) yang sempurna solatnya. JIka yang asas ini pun belum selesai, utk nak ajak mereka faham kesyumulan Islam lebih jauhhhh lagi. Dalam 12 % itu pula, macam2 jenis Melayu yang ada.

    Cuba conggak2….Melayu Islam yang jadi ahli NGO2 Islam, ada berapa ribu? Katakan 50 ribu. Dari 50 ribu ini berapa org pula yang bergelar pendakwah sebenar? Berapa peratus pula 50 ribu ini dari 14 juta itu? ( 0.03 % ) Dan berapa pula yang benar2 komited dlm dakwah?

    Ambillah mana2 formula dlm ekonomi, pendidikkan atau dakwah, mesti ada mini 10 % sebagai CORE, barulah MULA BERI KESAN pada 90% yang lain….Maka realistiklah dlm semua perkara

  18. t ksh Tn Hj Halim atas jwpan mantap tuan.

    Betul lagi sahih lagi benar, orang Melayulah kena berdakwah pada orang Melayu yang lain. Maka pendekatan Isma tiada cacat celanya. Cuma bila abim, haluan @ ikram tidak menyebut tumpuan pd Melayu Islam, tidak bermakna mereka tidak mengutamakan org Melayu sebagai mad’u.Hanya Melayu yang faham Melayu. Rasanya tiada NGO lain yang ‘cemburu’ pd Isma yang mempakejkan Melayu ini.

    Moga sehingga ke akar umbi orang Melayu dari semua golongan dpt Imerasai dakwah dari Isma.

    NGO islam yang simpati pada PR tentulah ditentang oleh BN, tetapi sebaliknya mendapat tempat pada orang yang lebih jiwa agamanya. Ini termasuklah ahli jemaah masjid/surau, kebanyakkan ilmuan agama. Ada NGO islam ini secara terang atau secara sembunyi2 bersimpati pada PR ( khususnya PAS).

    Pada saya majoriti NGO Islam ini berpendirian demikian, malah saya amat yakin sebahagian ahli Isma yang layak mengundi akan mengundi ahli PAS, kerana mrka tak tergamak mahu memangkah calun UMNO! Saya juga berpandangan bukan semua ahli Isma yang berpendirian spt pimpinan Isma yang menolak BN dan juga menolak PR. Lainlah jika Isma sudah membuat bancian terperinci, kemudian mendakwa bahawa semua ahli Isma sama pendirian.

    Persoalannya sekarang ke mana arus orang Melayu sekarang ini? Politik dan Parlimen menentukan pentadbiran negara demokrasi. Mula dari PM, Menteri, Ketua setiausaha negara sehinggalah peringkat bawahan dan politik juga mempengaruhi semua sistem hidup. Orang dakwh boleh berkata, tadbir urus dakwah dn tarbiah tidak dipengaruhi politik, sedangkan berdakwah membetulkan akhlak yang sgt berkaitan dgn pemimpin yang lahir dari orang politik. Orang cendikiawan yang jauh lebih bijak dari orang politik, juga terpaksa akur dgn kuasa orang politik.

    Arus yang dimaksudkan diatas ialah arus corak pemikiran politik orang Melayu sekarang, gelombangnya kemana?

    Bagi saya gelombang Melayu sekarang ialah kearah memberi peluang pada PR agar lebih bersuara dan lebih kuasa walaupun gagal memerintah M’sia

    Jika Isma mendakwa tidak akan dipengaruhi oleh sesiapa, iaitu tidak ke BN dan tidak ke PR, maka apakah persepsi Melayu lain terhadap Isma. Malah lebih bermasalah lagi jika Isma dilebel sebagai lebih memihak kepada BN. Tuduhan ini sudah pernah diutarakan dan lebih kuat sejak kebelakangan ini. ( Isma kena buat homeworks ttg persepsi ini)

    Agenda Yahudi tetap berjalan lancar, bkn Melayu sahaja, ada pendakwah Melayu masih keliru dgn sengaja /tak sengaja menyokong ekonomi yahudi atau sekadar simpati pada penghuni AlQuds. Bkn sahaja agenda global Yahudi, tapi Melayu sesama Melayu terkenal dgn dengki, irihati danbenci, juga berlaku sesama NGO Melayu!

  19. انور صالح

    Salam. Tn haji halim… saya amat2 bersetuju dengan cara tuan kira…

    Sebenarnya saya x sebut bila tarikhnya.. sebagaimana Imam al-Banna berkata dia ingin menyampaikan dakwah Islam sehingga kepada anak dalam kandungan setiap ibu..

    Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan..”

    Maka kalau niatpun tidak ada..apapun tak jadi..

    Stephan Covey kata ciri kedua orang yang berjaya : ” Begin with the end in mind”.

    Nabi s.a.w telah menceritakan : ” ….. Sebaik-baik raja adalah raja yang membuka Costantinople dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membuka Costantinople”.. ketika itu sahabat-sahabat baru mula berjuang… Dengan itu ramai para sahabat bercita-cita untuk menjadi tentera terbaik.. tetapi kejayaannya hanya berlaku zaman Turki Uthmaniah pada 1453.. selepas hampir 1000 tahun nabi menyebutnya..

    Ketika Suraqah mengejar nabi s.a.w. untuk menangkapnya semasa perjalanan hijrah s.a.w. Nabi bertanya Suraqah.. bagaimanakah jika kamu dikalungkan dengan kalung Kisra… dan Pembukaan kota Parsi berlaku pada zaman Umar..

    Janji nabi s.a.w… Islam pasti memerintah seluruh dunia.. dan syaratnya mestilah ada rijal2 yang berjuang kearah itu..ayuh tuan haji mari kita berusaha agar kita dijadikan Allah sebagi seorang yang membina batu asas kejayaan Islam..

    Mungkin semasa kita hidup kita berjaya mengembalikan seramai 2 orang setahun menjadi seorang muslim yang soleh muslih dan menjadi rijal dakwah..setelah umur kita mencecah 40 tahun.. jika ahli gerakan Islam sekarang 10,000 orang maka tahun depan akan menjadi 20000, tahun berikutnya menjadi 40000 bagaiman jika 100 tahun akan datang?

    Tapi jika tidak ada niat untuk mengubah walau seorang.. Allah tidak akan memuliakan kita dengan menjadikan kita sebagai sebab kepada tertegaknya Islam. Sudah tentu untuk kita mampu mengubah orang lain kita perlu terlebih dahulu berubah..

    Kita tidak akan berubah jika kita tidak ada niat untuk berubah…

    Nabi s.a.w. sentiasa menggambarkan sesuatu kegemilangan pada masa hadapan supaya timbul niat dan keazaman di dalam hati ummatnya..dan bila hati sudah berniat anggotapun akan mengikut.

    Jika sekarang kita tidak berebut kuasa politikpun.. insya Allah suatu hari nanti Islam akan berkuasa kembali.. syaratnya perjuangan perlu berasaskan manhaj yang betul..

    Kalau nak bina KLCCpun perlukan orang yang pakar..berkerja siang dan malam mengikut plan.. Inikan pula hendak membina sebuah tamaddun Islam dan sistem khalifah…takkan nak ikut saja sistem yang dicipta barat..???

    Islam adalah manhaj untuk manusia dan manusialah yang wajib berusaha menegakkannya…nabi s.a.w. dan para sahabat telah dibimbing oleh Allah supaya menjadi contoh sejarah bahawa Islam berjaya ditegakkan…

    Tugas kita hanya “duplicate” semua apa yang nabi telah buat, satu persatu.. Insya Allah kita akan berjaya meletakkan asas yang betul untuk diteruskan oleh generasi akan datang..

    Negara-negara seperti Taiwan, China, Korea.. dan lain2 mendahului Malaysia menjadi negara kaya sebab mereka suka meniru dan menduplikasikan kejayaan orang lain..

    Cuma dalam sejarah kejayaan perjuangan Islam hanya nabi s.a.w. sahaja yang berjaya mencipta manhaj dan kaedah mengubah tamaddun manusia..

    Barat yang mengkaji Islam mengetahui rahsia ini sebab itu mereka cuba meletakkan penghalang kepada kebangkitan Islam.. sama ada dengan menyerahkan Jajahan Uthmaniyyah kepada Raja2 yang diktator atau meninggalkan sistem pemerintahan sekular…dan memastikan umat Islam berebut dalam tempurung sistem ciptaan mereka..

    Orang Melayu di Malaysia terperangkap dalam tempurung pemikiran sistem ciptaan Barat.. lantas mengangkat demokrasi barat melebihi daripada sepatutnya…maka timbullah idea untuk berpakat dan minta tolong orang bukan Islam untuk menjayakan agenda politik….

    Khalid al-Walid ketika hendak berperang beliau hanya memilih tentera-tentera yang berqiamullail.. Umar al-Khattab berkata kemenangan kita mengalahkan orang bukan Islam kerana dosa-dosa orang kafir… Tiba-tiba dalam perjuangan untuk menegakkan Islam.. ada gerakan Islam meminta tolong orang bukan Islam… mannhaj mana yang dipakai??? Kemudian mereka sama-sama menolong, dan mengangkat organisasi sekular, libral dan memusuhi Islam agar berjaya memerintah negeri Islam…lalu mereka anggap itu adalah amalan taqarrub kepada Allah…

    Saya bimbang arus libralisma terancang yang digerakkan oleh musuh2 Islam telah mencaikan jatidiri pejuang2 Islam apabila niat hendak mendapat kuasa melebihi niat mencari keredaan Allah.

    So bagaimana tuan haji.. setuju tak kita usahakan agar umat Islam Malaysia khususnya bangsa Melayu 100% kembali kepada Islam.. dan itu menjadi niat kita at the end in our mind…

    wassalam

  20. Assalamualaikum

    Anuar memang baik sekiranya orang Melayu kita dapat mengamalkan 100% Islam , mungkin InsyAllah boleh , tetapi melihat kita adalah Juara bagi segala kejahatan di Malaysia ini mampukah Melayu kita ini mengamalkan Islam . Sepatutnya kita patut bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang 40% adalah orang yang bukan Islam. Lihat sirah Ar-rasul semasa diangkat menjadi Rasul dari seorang diri didakwahnya Isterinya, sahabatnya dan seterusnya berlaku pembukaan Mekah , bukankah mereka ini asalnya orang-orang Kafir ?

    Saya rasa dikalangan orang Cina dan India ada dikalangan mereka ini pun banyak mempunyai peribadi yang baik ini lah masa dan peluang kita untuk mendaptkan ganjaran dari Ar-Rasul untuk mengajak mereka kembali kepada fitrah asal (lupa maksud hadis tersebut)

    Berbalik pada isu politik sekarang apabila melihat UMNO telah memerintah selama ini, ada dikalangan pemimpin mereka yang celupar bercakap berkaitan dengan hukum Islam , selama UMNO berkawan dengan MCA dan MIC adakah mereka diberi kefahaman tentang Islam

    Alhamdulillah semenjak PAS berada dalam Pakatan Rakyat kefahaman dikalangan orang Cina dan India nampak mereka lebih terbuka kepada Islam. Saya akui saya bukan ahli PAS apatah lagi PKR , saya adalah aktivis NGO Islam , saya melihat (bagi saya NGO saya pun macam itu juga) masa ini adalah sesuai untuk kita menumbangkan UMNO , kita menumbangkan UMNO bukan disebabkan kita benci mereka , tetapi sebab mereka lah Islam dipandang zalim dari kacamata orang Bukan Islam

    Mungkin Anuar kata saya termasuk golongan liberal ataupun tidak sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud lebih kurang ” orang Islam itu lembah lembut bersama mereka dan keras dengan orang kafir ”

    Tapi perhatikan pula hadis Ar Rasul yang bersabda :”Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim” Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?” Jawab Nabi, “berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia” (Al-Bukhari : 6438)

    Mari kita berpijak pada bumi nyata ; Malaysia adalah sebuah negara Demokrasi , ini bermaksud lima tahun sekali ada pemilihan kerajaan UMNO , MCA , MIC , GERAKKAN dan lain lagi komponen BN, dan satu lagi PAKATAN RAKYAT yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP,

    Jadi undi Melayu amat penting dan kita perlu memberikan kefahaman pada orang MELAYU sekiranya PAKATAN RAKYAT menang DAP sebenarnya tidak cukup untuk membentuk kerajaan yang memang majoritinya MELAYU

    Bagi saya InsyAllah sekiranya Pakatan Rakyat menang maka sifat terbuka nampak lebih dan masa inilah kita sepatutnya menunjukkan Islam sebagai agama yang adil , dan sepatutnya NGO Islam memainkan peranan untuk menarik orang bukan Islam kepada Islam, saya amat tertarik bagaimana Dr Zakir Naik yang berhujah dengan paderi kristian di Amerika dan boleh menarik rakyat Amerika yang Kristian kepada Islam atas hujah ini.Dan Islam menjadi satu agama yang cepat meningkat kerana keterbukaan kerajaan Amerika .

    Bagi saya ini adalah peluang kita terutama NGO Islam menerangkan Islam kepada mereka-mereka yang saya melihat dari peribadi mereka ini kadang-kadang lebih baik dari orang Melayu Islam

  21. Salam,

    1.Seruan baik dari ustaz Annuar.

    2. Islam For All, Bangsa Quraish tu digelar Jahiliyah, lagi teruk, lagi hina zaman tu. tapi tak pernah pula nabi tanya pada Allah ‘ Ya Allah bangsaku hina, juara segala kejahatan, mampukah aku memperbaiki bangsa quraish ini?” Itu semua pemikiran yg ditanam british, mempersoal org Melayu. Britisk pernah kata’ Kau nak merdeka? Jarum pun tak reti buat??’ sedangkan umat Melayu dah buat keris pun..sudah2 lah, buang sifat tu, tak elok pun.

    3.Sedih hati bila orang tak percaya pada bangsa sendiri, inilah yang tak ada. Ketinggian jati diri, dah hilang dah. Ini yang nak ditanam balik.

    4. Mungkin ada salah faham, seruan pada bangsa sendiri bukan mengabaikan bangsa lain. Cuma fokus dan keutamaan itu sahaja.

    5. Maidanukum AlAwwal Anfusakum. InsyaAllah dakwah Islam dah sampai ke kampung , dari ahli ISMA. Sekarang, dah ada pembaca meter air, pekerja am dan peruncit melebarkan dakwah ini, di luar bandar. Bukan hanya para doktor, engineer dan ustaz2, dan bukan sekadar pemegang ijazah.

    Afizhi
    ISMA Kuala Pilah, N.Sembilan

  22. Assalamualaikum

    Sheh afishi , semangat anak muda ni , nak tanya sikit

    1. Jarum tak reti buat tu sapa tu, kena faham sejarah inilah kata-kata pemimpin UMNO sebenarnya ,

    2. Sejarah(tiada dalam buku Sejarah Malaysia) yang sebenarnya menunjukkan golongan yang hendak merdeka adalah datangnya dari golongan ulamak dan golongan Islam yang semangat datang dari Timur Tengah pada waktu itu iaitu Sheh Abduh dan Jamaluddin Afghani dan pada masa itupun belum lahirnya Ikwanulmuslimin yang mungkin afidzhi juga mencedok tarbiyah dari Ikhwan ini. Untuk makluman Sheh Hasan Al Banna pun mendapat ilham dari golongan pembahruan ini, British sebenarnya takut Tanah Melayu dapat kepada golongan ini maka diberikan kemerdekaan kepada anak didik mereka iaitu UMNO dan pada hakikatnya UMNO sendiri tidak mahu kemerdekaan itu sebabnya mengapa Hisbul Muslimin diharamkan harap afizhi baca sejarah sebenarnya.

    3. Faham maksud Pak Cik (rasa umur pun beza banyak dengan afizhi), siapa yang hilang jati diri , faham apa yang ingin Pak Cik sampaikan, kita berada dizaman yang fasad dan perlu melihat suasana yang ada untuk kita meletakkan Islam kembali dan Demokrasi adalah satu dari jalannya , kena Faham yang zalim sekarang ini UMNO, dah 50tahun memerintah banyak perkara yang UMNO buat yang melukakan hati orang MELAYU , masalah Remaja Melayu yang tak kemana hujung pangkalnya, kezaliman keatas kerajaan MELAYU Kelantan menafikan hak royalti inilah isunya dan lain-lain lagi

    4. Adakah kalau kita menjatuhkan UMNO yang Melayu Zalim ini dikatakan salah ? kita perlu keluar dari kotak pemikiran sedikit , bukan tujuan Pak Cik tidak menidakkan bangsa , SIAPA YANG TAK SAYANG BANGSA , yang kita harap adalah dengan kita buang UMNO yang bersikap angkuh ini maka disitu adanya sinar pengharapan bagi BANGSA MELAYU yang InsyAllah diperjuangkan oleh PAS

    5. Bangsa MELAYU tidak lagi diperkotak katikkan , lihat di FELDA apa jadi dengan ANAK-ANAK MUDA MELAYU disana ? memang kita perlu DAKWAH mereka tetapi MAMPUkah kita

    6. Faham maksud pakcik cuba bayangkan Kerajaan UMNO pada ketika dahulu tidak membenarkan Almarhum Sheh Ahmmad Deedat datang Malaysia kerana kononya akan berlaku pegeseran agama betulkah, sedangkan apa yang Pak Cik harapkan dengan adanya sedikit kebebasan nanti kita boleh menjemput ulama yang berkalibar dari dunia barat dapat memahamkan Islam kepada orang-oarang Cina disini contohnya Dr Zakir Naik

    7, Kita kena faham kita belum berDAKWAH sebenarnya kita hanya setakat ISLAH iaitu memperbaiki akhlak dan Iman orang Islam Melayu kita dan kita sebenarnya WAJIB berDAKWAH pada mereka yang Pak Cik katakan orang-orang baik dikalangan orang bukan Islam ini. terbukti sekiranya mereka ini masuk Islam , InsyAllah mereka ini akan lebih baik lagi dari kita yang mengaku Islam ADAKAH APA PAK CIK CAKAP INI DIKATAKAN SEBAGAI HILANG JATI DIRI ?

    8. Pak Cik harap pada satu hari lagi, Pak Cik nak melihat kalau bukan anak tapi cucu Pak Cik akan berkahwin dengan seorang bangsa Cina yang beriman adakah Pak Cik ini hilang jati diri ?

    9. Rugikah kita melihat Cina dan India di Malaysia ini sekurang-kurangnya 20% memeluk agama Islam. Bayangkan Cina yang datang di Tanah Melayu dulu (sejarah UMNO sebenarnya yang membenarkan ditentang oleh pejuang Islam ) kebanyakkan agama Budha atau agama nenek moyang tapi sekarang ini 20% dari Cina ini beragama Kristian sedangkan setengah mereka ini makan dan bermain dengan orang Melayu tapi adakah kita mengajak mereka kepada Islam ?

    10. Satu siaran dalam IKIM pukul 5 petang Khamis cerita Saudara Kita , seorang saudara kita berbangsa CINA rasa kesal kerana beliau berkawan dengan orang Melayu selama berbelas tahun tapi beliau mengenal Islam ketika belajar di Amerika

    11. Akhirnya INILAH TUGAS KITA di samping KITA BUAT KERJA ISLAH dan WAJIB KITA BUAT KERJA DAKWAH

    8. Faham

  23. Salam.

    Wahai Pakcik Islam For All (pelik nama pakcik nie, takpa)

    1. Itula sebab nya saya kata pakcik salah faham. Memang seruan dakwah pada Melayu, termasuklah UMNO yang pakcik cakap tu. Itu keutamaan. Tak lupa juga dakwah kita pada semua , tak kiralah Melayu ke, cina ka, kadazan ka. Pakcik baru bercita-cita anak cucu pakcik nak kahwin dengan cina, sedangkan keturunan di belah Ibu dan bapa saya adalah dari kedua asal dari bangsa tersebut. Cuma Dominasi gene adalah Melayu.

    2. Wahai Pakcik Islam For All (tetap pelik nama nie), tak ada salah pun agenda ini. Ini agenda perjuangan, untuk mendaulatkan Islam. Berkaitan dengan UMNO, yang tak mahu kemerdekaan awal bukan UMNO, tetapi Dato’ Onn Jaafar yang tidak bersetuju. Dia merajuk dan tubuhkan Parti Negara. Macamana pakcik nak tipu saya sedangkan saya mengajar sejarah kepada anak bangsa. Cuma UMNO yang tertubuh sekarang bukanlah UMNO yang asal, tetapi yang telah dibina semula oleh Mahathir dan DSAI setelah pengharamannya. Sebab itulah orang lebih suka kepada UMNO tahun 1946. Kenapa 1946? Tertubuhnya UMNO pada 1 april 1946.

    3. Wahai pakcik Islam For All ( bagi nama betul, nie omputih), saya hormat pakcik. Tapi kita kene faham, sekadar menjatuhkan UMNO tak akan membawa kita ke mana. Apa agenda selepas UMNO jatuh? Diganti dgn PR yang Islamik? Mungkin betul dan nampak macam tidak.

    4. Dalam mengejar cita-cita besar, kita perlu ada agenda tersusun, bukan sekadar menjatuhkan. Tetapi perlu MEROBOHKAN jahiliyah dan MEMBINA asas islam itu diatas jahiliyah yang telah diruntuhkan.

    5. Wahai pakcik, saya nampak kita ada persetujuan pada menyebarkan dakwah, mengislah dan bersepakat pada tugasan hakiki kita. Dan saya pun rasa kita tiada pebezaan di mana2, cuma mungkin ada kekeliruan pada pakcik yang ISMA terlalu pada orang Melayu, lupa bangsa lain, memihak pada UMNO-Barisan Nasional dsb. Tapi tidaklah begitu, saya rasa ramai salah faham. ISMA pun for all juga. Pesan saya, jangan ada rasa syak wasangka pada sesama Islam, sebahagian syak itu dosa (al-hujarat) . Pakcik datang berkomentar ni, adalah satu tindakan terpuji.

    7. Berkaitan dengan kawan cina pakcik Islam for All dalam IKIM tu, kenapakah dia dapat Islam di Amerika? Sebab Orang Melayu tak cerita Islam pada dia. Sebab apa orang melayu tak cerita hal Islam? Sebab orang Melayu pun tak faham Islam. Nampaknya pakcik yang tua nie dah mula faham dah agenda ISMA nie, syabas. Inilah tugas DAIE macam kita nie pakcik, fahamkan balik semua orang terutama Melayu pada Islam, dan kemudian nanti ramailah yang bercerita pada orang cina pasal Islam. tak payahlah depa pi AMERIKA dah. dok gitu pakcik?

    8. Memang saya muda pakcik. Dakwah ini dah masuk fasa baru, bukan lagi fasa Abu Bakar , Umar , Usman dan Ali sahaja, tetapi ditambah fasa Usamah Bin Zaid. Faham ke? Faham lah tu, pakcik lebih banyak makan garam.

    9. kalau ke kuala pilah, singgah lah di kedai saya. tak pun tanya sahaja pada Imam Masjid Jamek Yamtuan Raden Kuala Pilah atau pekerja am disitu di mana saya (Depa pun org ISMA), boleh kita makan cendol (disini terkenal cendol)

    10. Salam

    P/S- saya tak kata salah pakcik nak jatuhkan UMNO. Silakan.Cuma bukan cara saya

  24. dalam mengundi, pendekatan saya mudah. kalau ada antara dua calon, kita pilih yg beragama islam. tak kira sama ada UMNO vs DAP atau MIC vs PAS. sy akan ambil yg seagama dgn saya. tapi kalau ada pilihan kedua2nya beragama islam, sy akan pilih calon mana yg lebih kuat pegangan agamanya. kalau kedua2nya calon bukan islam, sy akan pilih calon yg mana lebih sedikit penentangannya terhadap islam. objektifnya mudah iaitu pasti di parlimen, majoriti adalah yg beragama islam tak kira dari parti mana.

    yg saya sedihkan ialah kita orang islam ni majoriti kat malaysia, kenapalah beriya2 mempertahankan orang bukan islam sampai kadang2 terlebih2 dari mempertahankan manusia yg seagama dgn kita..kalau muallaf tu lain ceritalah. of course kita akan pertahankan juga sebab mereka dah jadi seagama dgn kita..

  25. Alhamdulillah semangat betul Afizhi tak pa orang muda,

    1. Terima kasih kerana bagi tahu Pak Cik mengajar sejarah , sekali lagi Pak Cik nak tanya mengapa Hizbul Muslimin diharamkan oleh British , Pak Cik harap jangan baca Sejarah yang dalam buku sejarah Malaysia saja , kalau boleh buat penyelidikkan sedikit

    2.Sekali lagi Pak Cik nak tanya adakah dikalangan NGO yang lain yang kebanyalkkannya NGO Islam dah lupa nak dakwah kepada orang Melayu? tolong jangan menyempitkan konsep Melayu Sepakat Islam Berdaulat tak pernah Ar Rasul buat perkara itu kalau nak cantik Umah Sepakat Islam Berdaulat kan lebih harmoni lagi

    3. Ini sejarah Dakwah di Malaysia tak pernah pun Dakwah sebelum ini menggunakan pendekatan Melayu InsyAllah pendekatan yang digunakan adalh Ummah Islam

    4. Ini kata-kata Afizhi Pesan saya, jangan ada rasa syak wasangka pada sesama Islam TAPI PAK CIK NAK TANYA PRENGAN DI BAWAH ,
    Tapi kita kene faham, sekadar menjatuhkan UMNO tak akan membawa kita ke mana. Apa agenda selepas UMNO jatuh? Diganti dgn PR yang Islamik? Mungkin betul dan nampak macam tidak.
    TIDAKKAH AFIZHI SYAK WASANGKA SESAMA ISLAM, INGAT DISEBALIK KEJATUHAN UMNO ADA PAS INSYALLAH AKAN CUBA MEMARTABATKAN ISLAM

    5. Akhir sekali ini pesan Pak Cik kepada orang muda yang semangat ini, dalam kita buat kerja Dakwah ini jangan lupa disitu juga ada golongan yang juga membuat kerja Dakwah dan Pak Cik pesan jangan rasa Dakwah golongan kita hebat , dan bagi Pak Cik yang lemah ini banyak lagi kerja Dakwah perlu kita buat terutama mengIslamkan saudara kita dari keturunan Cina dan India

    6. Cuba ambil pengalaman di Medan seperti Parti Keadilan Sejahtera Indonesia banyak pengalaman mereka yang boleh dicedok

    Kalu

  26. Salam. kepada Pak Andak dan lain-lain,

    1. Memang betul orang lama banyak hikmahnya. Seperti slogan : Semangat pemuda, digabung dengan Hikmah orang lama. Juga diakui lebih berpengalaman dan banyak makan garam.

    2. Namun kita juga mesti lihat, di sana ada banyak juga contoh orang tua yang tersilap, kerena mereka juga manusia. Banyak contoh dapat dipetik dari sejarah:

    a. Umar Abdul Aziz ditegur oleh budak kecil kerana tidak mempercayai kepimpinannya.

    b. Al-Banna yang menubuhkan Ikhwan pada usia 20-an, sedangkan ketika itu ramai syeikh yang lanjut usianya. Kalau usia yang menjadi ukuran, ISMA hanya dipimpin orang berumur 40-an, maka Ikhwan lebih tidak patut diikuti. Namun fakta menunjukkan sebaliknya. Bukankah dakwah IM telah berkembang lebih 80 buah negara, dan di geruni Israel dan sekutunya? Bermula dari tangan pemuda berumur 21 tahun!

    c. Pergeseran kaum Muda – Kaum Tua di Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

    d. Pepatah arab ada menyebut: kebijakansanaan itu bukan diukur pada umur seseorang, tapi diukur pada kebenaran yg di bawa: bermakna kalau sesorang itu menyeru kepada kebatilan namun usianya telah tua, kita tetap menolaknya.

    e. Rakyat Amerika ( democratic state ) pada tahun 2004 telah memilih Bacack Obama pada ketika itu berumur 45 tahun mengalahkan John McCain yang ketika itu berumur 70 tahun.

    d. David Cameroon, Perdana Menteri Britain hanya berumur 40 tahun ketika dipilih untuk memimpin UK.

    3. Namun begitu, saya tidak berkata orang lama harus dipinggirkan dan tidak perlu dijaga adabnya. Mereka ada hak yang patut diberi. Saya juga tak cakap orang Muda sentiasa betul. Kadang-kadang mereka juga silap kerana mereka juga adalah manusia.

    POINT SAYA DISINI : Orang lama tidak boleh ‘claim’ mereka sentiasa benar dan mengperhingus mereka yang lebih muda. Boleh jadi orang lebih muda itu betul kerana faktor ilmu, pengalaman, kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan Hadith, dan lain-lain.

    Untuk berhujjah dengan ilmiah, faktor umur tidak perlu dijadikan penyokong supaya orang lain menerima hujjahnya. Pembaca juga harus matang dengan menjadikan kayu ukur kebenaran sesuatu hujjah adalah ketepatan ilmiah yang ada padanya, bukan umur orang yang mengutarakannya.

    Kearah Masyarakat Madani yang matang membuat keputusan.
    Wallahualam.

  27. yg tua dihormati, yg muda dinasihati….

    yg muda yakin dgn ilmu dan relevan dgn masanya, yg tua pula tua dgn pengalamannya, tapi yg hebat ialah si tua yg relevan dgn ilmu dn pengalamannya.

    yg muda sangsi dgn nasihat org tua, kerana faktor tidak relevan dgn masanya. ingatlah bahawa, si tua pada masa muda juga sangsi dgn org tua pd zamannya.

    ..tapi bila dia semakin berumur, baharu sedar bahawa pengalaman itu tiada nilainya.

    jgn jadi seperti kebaykkan veteran UMNO yg merajuk bila org muda dlm UMNO bkn shj tak minta nasihat, mereka dgr pun tak nak….mengapa?…mereka adalah pemuda yg sombong dgn ilmu di dada…. ( pergilah tnya pd veteran UMNO-ahli @ pemimpin)

  28. I can feel it. Dari komentar2, kita semakin cenderung untuk memahami satu sama lain.

    Saling mengukuh, itulah sifat orang Mukmin!

  29. Assalamualaikum.

    saya anak muda dengan rendah diri ingin mencelah.(jika salah tolong betulkan)

    1-kelihatan ‘semacam’ ada pertembungan antara setiap jemaah Islam.Diharapkan ia hanya sekadar perbezaan pandangan tapi tidak sehingga berusaha menjatuhkan atau menghalang usaha dakwah kumpulan jemaah Islam yg lain. Kita bersatu dalam dakwah tapi masing-masing dalam merancang strategi usaha memperkasakan jemaah masing-masing. Kita bersatu dalam perkara kita sepakati dan berlapang dada dalam perkara yg menjadi perselisihan.

    2-Pada pandangan saya Isma menggunakan pendekatan non-partisan seperti ABIM. supaya mereka dapat mendekati golongan umat Islam yang menolak Islam.Lebih jelas lagi apabila mereka highlightkan ‘melayu’ dalam strategi perjuangan mereka. Ia mungkin satu strategi dakwah untuk menarik golongan melayu yang tidak bersetuju dengan Pas. Walaubagaimanapun, saya percaya Isma tetap menjadikan Islam sebagai aqidah perjuangan mereka. Adapun slogan melayu itu hanyalah strategi dakwah kepada orang Melayu(terutama yg berada dalam UMNO).

    3-Saya juga percaya, ahli Isma akan tetap mengundi calon Pas pada kawasan yg ada calon umno dan pas bertanding. Ini apa yang seorang kenalan Isma saya sebut.Ini kerana orang Isma tahu yg parti politik mana yg menjadikan dasar perjuangan adalah Islam dan parti politik mana yg menjadikan dasar perjuangan mereka sebagai nasionalis. Cumanya, dalam press conference dan web-web Isma,
    mereka tidak highlight kan perkara ini. Mereka cuba dilihat benar-benar non-partisan dan tidak bias kepada mana2 parti. Cuma kita tunggu dan lihat, sampai bila Isma mampu bertahan dengan strtegi ini. Sebagai contoh, ABIM yg mengaku non-partisan, kini sangat kuat menyokong PR. Ayah saya sendiri adalah YDP ABIM kawasan, dia tetap membantu gerak kerja PAS dan hadiri kuliah2 serta ceramah2 anjuran PAS. Dalam masa yang sama dia tidak menonjolkan imej menyokong PAS secara terang2an. Tambahan pula dia adalah guru.Non-partisan adalah hanya di atas kertas tapi hati tetap menyokong golongan yang memperjuangan Islam.

    Cumanya saya tidak pasti calon manakah ahli Isma akan undi sekiranya calon yg bertanding adalah kaum cina dari DAP dan MCA.

    4-Berkaitan isu PR, saya lihat kebanyakkan ahli Isma kurang setuju dengan pendekatan PAS (seperti yg kita blh baca dlm komen di atas).Termasuklah seorang pensyarah Isma saya.Di dalam kelas, dia sering mencanang tentang masa depan PAS yg ingin memperjuangankan Islam dalam negara dibawah PR satu masa nanti.Semacam nasib Islam yg diperjuangankan PAS tidak ke mana pada masa itu.Kepada ahli2 Isma yang berpandangan seperti ini, ingin dijelaskan bahawa PR adalah satu strategi PAS sahaja dalam rangka mewujudkan negara Islam.Dasar perjuangan PAS di dalam pelembagaan tetap tidak berubah untuk mewujudkan sebuah negara Islam.Bersama dalam PR adalah salah satu ijtihad PAS ‘buat masa ini’ dalam kerangka tahaluf siasi yang diputuskan oleh Syura Ulama PAS pusat.

    Jika anda ada membaca kertas kerja/ pdf yang syura ulama PAS pusat tulis berkaitan tahaluf siasi, ada disebut bila kita boleh bertahaluf dan bila kita haram bertahaluf. Ia berubah mengikut keadaan. Maka saya percaya pimpinan PAS akur dan faham perkara ini. Mesej yang saya nak sampaikan adalah, strategi PAS bersama dalam PR bukanlah sesuatu yang muktamat. Mungkin ia akan berubah apabila PR berjaya menggantikan BN satu masa nanti. Allah sahaja yang tahu. Pada pandangan saya,’antara’ strategi PAS untuk membentuk negara Islam adalah dengan menjatuhkan BN terlebih dahulu. PAS bukan sekadar nak menjatuhkan UMNO tapi juga semua parti komponen yang bersekongkol dengan UMNO dibawah payung BN.BN adalah antara penghalang besar kepada perjuangan PAS buat sekian lama. Maka, mustahil sekiranya PAS nak melawan BN dalam keadaan DAP juga menghentam kuat PAS. Justeru, pimpinan PAS merancang strategi tahaluf dengan DAP untuk mengikat mereka. Alhamdulillah, sekarang Karpal Sigh pun sudah kata boleh bincang berkaitan perlaksanaan hukum Islam. Ini semua seni dalam siasah Islam.

    5-Saya percaya, Isma ada pandangan mereka sendiri bagaimana versi negara Islam yang mereka kehendaki. Cuma nasihat saya kepada ahli Isma, jangan suka mengkritik usaha kelompok lain yang juga ingin memperjuangan negara Islam.Ia kadang-kadang merugikan umat. Matlamat kita sama. Mungkin strategi kita berbeza.Maka perlu kita berlapang dada dalam perkara ini.

    Saya nyatakan perkara ini berdasarkan pengalaman saya bersama Isma. Berusrah, berehlah, berqiammulai bersama ahli Isma serta ‘menahan telinga’ mendengar kritikan dari pensyarah Isma saya. Buanglah segala pesimis yang bersarang.

    6-sekian dari saya. mohon maaf atas kesilapan. mohon dibetulkan salah silap.

  30. انور صالح

    kata subki latip.. pimai pimai tang tu…

    kerja dakwah sekarang inipun dah tak cukup masa, tak cukup tenaga…. itupun PR tak menang.. lepas PR menang NGO2 jugak yang kena buat kerja itu dan ini… Orang2 politik dan kroni2 yang berjuang kerana dunia sibuk membahagikan ghanimah…

    setiap kali pilihanraya berjuta2 ringgit duit habis… alangkah baiknya jika duit2 itu dibahagi2kan kepada gerakan dakwah..

    manhaj barat ini betul2 mengkayakan orang-orang yang pandai main politik terutamanya toke2 printing.. tak kisahlah duit yang dibelanjakan oleh BN ke PR ke yang penting semua duit itu keluar dari poket rakyat…

    faedah yang akan di dapat oleh rakyat masih ibarat orang dahaga mengejar fatamorgana…
    Kalaulah PR menang bermakna gerakan Islam boleh berhenti berdakwah, tarbiah ok jugak..

    Tapi.. pimai.. pimai tang tu jugak…

    Lebih baiklah gerakan Islam fokus pada plan kerja yang telah diagendakan untuk dilakukan oleh rijal-rijal yang dipercayai.

    Adapun menyerahkan nasib ummah ini kepada orang lain yang kita tidak tahu apakah agenda pembangunan jatidiri ummah yang ingin dilakukan, siapakah jentera murabbi yang ingin digerakkan oleh mereka… adalah bagai satu perjudian..

    Kita bukan akan ditanya Allah sudahkah kamu lakukan sesuatu sahaja tetapi kita juga akan ditanya Allah adakah kita melakukan sesuatu dengan betul..?

  31. tertarik dgn tulisan Islam For All yg dpt mengesan tulisan anak muda, dan bila dibalas begini:-
    “….Wahai Pakcik Islam For All (tetap pelik nama nie), ( bg nama betul, ni nama omputih)….” bg saya gambaran seorg yg ‘sakit hati’ dan kurang adap anak muda mbalas tulisan seorg yg mgelar dirinya pak cik…fokus pd isi tulisan dan bkn pd emosi.

    inilah bezanya si tua dgn si muda, tetapi si muda yg dlm pentabiyahan tentu bbeza dgn anak muda diluar sana.

    sdr Siddiq:- bukannya ‘bisa’ sgt terguran si tua ini dlm tulisan mereka, lbh2 lg tulisan matang pak andak dan tak jelas pula ego si tua yg mahu menyatakan yg mrka shj sentiasa betul atau ‘claim’ mrka sentiasa betul…..

    umur 40an adalah usia pemimpin mula mematangkan diri, namun mksud tulisan si tua tadi ialah USIA ISMA yg msh MUDA sebagai sebuah organisasi…..mengapa Isma tetap mahu kegadapan tanpa perlu bergabung, antara jawapanya ialah pinpinannya sudah memcecah usia 40an dan merasakan layak utk memimpin sndri dan hujah2 yg lain.

    pd yg blm memcapai usia 40, akn rasakan perubahan diri apabila mencecah usia 40an nanti…dan apabila mcapai usia 50an, berlainan pula cita rasa dan cara fikirnya dan usia seterusnya.

    ( sebagai nota tambahan:- pd thn 2020 nti ( LAGI 9 THN), ketika itu org Melayu yg berusia 60 tahun keatas dikatakan 70% celik IT dan 10% adalah terpelajar, dan yg berusia 40 thn pula adalah anda yang berusia 30 thn pd masa sekarang….secara fizikal-Melayu nmpak hebat ketika itu TETAPI DAKWAH TIDAK JAUH BEZA DARIPADA SEKARANG)

  32. Salam ramadhan,

    1.Pakcik Islam For All bagi alamat emel, akan saya huraikan kenapa Hizbul Muslimin diharamkan di Tanah Melayu, panjang. tidak molek disini, dah bulan puasa.

    2. saya berikan sekali dengan rujukan yang ada pada saya.Harap pakcik dapat membuat rujukan bersama.

    Ramadhan Kareem,

  33. al banna adalah pejuang bangsa Arab Mesir. Beliau juga mengajak bangsa Arab lain utk bersepakat, esp ketika menentang Israel. Negara spt Mesir, Jordan, Syaria, Saudi, UAE adalah komuniti orang Arab ( melebihi 80%), namun sedikit bilangan bangsa Arab ini beragama Kristian. Dan spt banngsa Melayu yg dikenali sebagai ‘bangsa Islam’, dan sejak dulu sudah dikenali bahawa Arab itu Islam, Bersepakatan sesama Arab dan pengarapan AlBanna terhadap bangsa Arab TIDAK sama dengan bersepakatan dan pengarapan di Malaysia ( yang satu2nya negara yang etnik penduduknya hampir sama banyak ie Melayu-Cina_india, cuma bangsa Melayu majoritinya kurang dari 20% dari dua bangsa ini).

    Etnik di Malaysia adalah sgt unik malah, sebilangan penduduk India dan lebih kecil bilangan org Cina menganut agama Islam. Keunikan ini membawa pelbagai variasi budaya hidup.

    Sudah lama org Melayu memperjuangkan nasib org Melayu yg lain, dan tidak dinafikan UMNO juga ada sedikit sebnyak menyelitkan perjuangan Islam ( mengikut fahaman mereka). PAS yg pernah memperjuangkan nasi0nalis Melayu dan sejak 30 tahun yg lalu memberi fokus kepada agenda Islam serta tidak dinafikan masih mperjuangkan agenda Melayu.

    Isma juga sama spt NGO Melayu Islam yg lain. Sekiranya Isma tidak memfokuskan kepada Melayu Islam, maka perjuangan mereka hampir sama shj dgn NGO yg lain. Ini produk Isma, ianya produk lama yang diubah suai mengikut kefahaman Isma.

    Ada yg nampak Isma spt melawan arus bilamana NGO lain dan parti PAS dn PKR menumpukan kepada bangsa Malaysia dan tidak menyebut secara jelas Melayu Islam.

    Berilah peluang kepada Isma dgn kelainan ini dlm mereka bertatih dlm dakwah. Sebahagian besar ahli Isma adalah orang muda, bersemangat dan semoga mereka ada AGENDA YANG JELAS DAN TERPERINCHI memperjuangkan Melayu Islam. Jika mereka sekadar INDAH ATAS LISAN, maka kita berikan cadangan dan nasihat. Isma baharu sahaja keluar ketengah masyarakat sejak 3-4 tahun yang lepas, dan memilih kelompok Melayu Islam adalah bersesuaian dgn kemampuan mereka. Jika terlalu besar skop target dakwah, takut nti, berlakulah seperti dakwah org Melayu sejak 30 tahun yg lalu yg berharaki TETAPI SEPI.

    Mungkin selps Isma byk pengalaman berdakwah pd org Melayu, mereka akn menumpukan pula pd bangsa Malaysia yg lain. —-wallahu’aklam

    bkn ahli tetapi ‘pendamping’ Isma

  34. @al khoir

    Acapkali dibawakan contoh konon MSIB ini meniru seruan Hasan al Banna

    Hopefully seruan isma tu bukan utk melayu malaysia jer la…sampaikan ke semua masyarakat melayu di nusantara sana ya!

    Tp bg saya seruan al banna tu jelas…ia sama sekali tidak sy samakan dengan perjuangan MSIB

    Betul juga kata (pak andak rasanya) adakah dlm isma sudah expert hal melayu ini dan ahlinya faham…mcm2 andaian dah keluar ttg arah MSIB ni..antaranya dr alKhoir sendiri “Mungkin selps Isma byk pengalaman berdakwah pd org Melayu, mereka akn menumpukan pula pd bangsa Malaysia yg lain. —-wallahu’aklam”

    @Ust Anuar

    Walapun anda berkata work with the end in mind…ttp contoh yg diberikan tentang ar rasul dan ummah islam adalah sama sekali satu end yang besar yang tidak dibatasi dgn kerangka2 sempit…bgmn nak disamakan MSIB…bagi saya MSIB kalau nak dikatakan sbg satu end…ia cumalah antara misi dalam visi (end) yang sebenarnya….Sebab tu sungguh cantik dikatakan oleh Pak Andak: “bila NGO lain tak laungkan melayu…melayu…adakah mrk tidak berjuang mendakwahkan melayu?”…DIburukkan lagi bila ia adalah kerangka yang sempit ttp cuba dikaitkan secara selari dgn perjuangan albanna apalagi ar rasul

    @anak2 muda isma

    Berakhlak baiklah diri anda daripada mencemuh orang tua sebagaimana lantangnya anda menempelak orang2 lain yang ber-pessimistic pd presiden atau orang2 tua anda…denganlah nasihat pak utih utk tidak ego dgn ilmu realitivity yg kamu ada

    @afizhi…

    Lebih baik anda beri emel anda daripada suruh orang bagi emel mrk ke umum….tak pun bagi akaun yang orang yg dimaksudkan tu dapat berinteraksi tp ttp dpt jaga privasinya
    Hisbul Muslimin ada cerita buruk pasal mrk ka?? smp ramadan menjadinya sgt sensitif…harapnya bukan satu yang menjatuhkan mrk2 yg bg sy ikhlas dlm perjuangan…unless british mmg ada jiwa yg besar terhadap tanah melayu ini

  35. Bila baca2 balik tulisan al Khoir ni ada semacam kelancangan betul dlm sikapnya “Jika terlalu besar skop target dakwah, takut nti, berlakulah seperti dakwah org Melayu sejak 30 tahun yg lalu yg berharaki TETAPI SEPI.”

    Siapa yg anda maksudkan yer? Kalau admin jujur dia membenarkan interaksi ini berjalan…tidak spt media luar…balik batu sembunyi tangan….mcm tajuk utusan psl kristian agama persekutuan…alasan tak boleh saman cumalah tanda “?” di belakangnya…sungguh keji pemain media luar sana..

    So AlKhoir…boleh anda sediakan fakta kumpulan haraki mana yang sepi tu….nak juga tau pandangan hebat orang muda “pedamping” isma ini….

  36. celik sejarah : dalam ISMA MSIB bukanlah satu ”end”….
    ISMA menfokuskan pada manhaj tarbawi dimana tarbiyah adalah no 1..
    MSIB adalah sbahagian drpd manhaj siyasi ISMA yg mana mnunjukkn ISMA tidak menolak politik dlm perjuangan mmprtahankn Islam..

    MSIB hanyalah sbg alat atau strategi… strategi boleh bertukar2 mgikut keadaan…
    Misi utama ISMA ialah MEMBINA GENERASI HARAPAN…

    setuju dgn kata2 alKhoir

  37. Salam..

    Para ulama sepakat ” seseorang itu tidak boleh dijatuhkan murtad disebabkan terlepas cakap semasa berdebat”..

    Maka sama saja jika terlepas cakap atau tulis yang boleh mengguriskan hati sesiapa.. Ia adalah dimaafkan oleh syarak dan tidak dianggap berdosa demi memelihara hak memberi pendapat.

    Sebab itu syarak memuji orang yang memberi kemaafan, menahan marah dan tidak berhasad dengki.

    Kerana sebagai manusia mereka tidak terlepas daripada terkesan dengan emosi ketika bercakap atau menulis.. Begitu juga ketika dalam majlis syura atau bermesyuarat yang menggabungkan orang muda dan orang lebih tua..kita tidak boleh menuduh simuda tidak menghormati situa terutamanya ketika mereka berbalas hujjah, tidak beradab dan sebagainya sebab majlis itu bertujuan untuk mendengar pandangan..

    Mereka yang tidak faham adab-adab dalam syura atau mesyuarat akan membawa keluar cerita-cerita orang muda tidak beradab, bercakap kasar dengan orang tua keluar daripada majlis sedangkan itulah amalan paling tidak beradab kerana setiap majlis adalah amanah.

    Perdebatan di alam cyber ini juga terlalu sukar untuk mengelak daripada emosi dan salah tanggap disebabkan kita tidak berterusterang siapa diri kita menyebabkan orang kurang menghormati kita.

    Alangkah eloknya setiap pengomen memperkenalkan identitinya, sekurang-kurang namanya yang sebenar dan berbincang dengan dada terbuka.

    Dalam bab fikrah dan perjuangan, saya berpegang dengan pandangan al-Banna : ” Sesuatu fikrah itu hanya akan berjaya sekiranya kita benar-benar yakin dengan fikrah tersebut…”

    Keyakinan dengan fikrah, keyakinan dengan manhaj amal bagi mencapai matlamat, keyakinan terhadap tertib-tertib amal yang perlu di dahulukan adalah asas kejayaan fikrah.

    Apapun manhaj ISMA, slogan dan strategi lahir daripada Syura ISMA. Kewujudan ISMA hari ini kerana ISMA berbeza dengan badan-badan dakwah yang lain, namun ISMA tetap mengiktiraf kebaikan semua orang yang melakukan kebaikan.

    Maka apabila saya dan ahli-ahli ISMA mempertegaskan keyakinan mereka tidak sayugia kita menuduh mereka menyalahkan orang lain. Kita patut terima apabila wujud berbagai organisasi sudah tentu ada perbezaan dan masing-masing meyakini mereka fikrah mereka paling tepat.

    Imam al-Syafie juga berhujjah dengan pandangan yang menyalahi kedua-dua gurunya Imam Malik dan al_Hasan daripada mazhab Hanafi..

    Sebenarnya kita mengabdikan diri kepada Allah berdasarkan apa yang kita faham daripada nas-nas syarak bukan berdasarkan apa orang kata walaupun mereka adalah golongan tua atau majoriti.

    Kejelasan terhadap manhaj perjuangan, keyakinan, semangat berkobar-kobar untuk menjayakannya dan mengorbankan segala-gala untuk fikrahnya adalah rukun kejayaan sesebuah perjuangan.

    Tahniah Afizhi.. semoga dakwah anta kat Kuala Pilah berjaya..
    Ana dengar khabar dari sahabat Haluan.. DO Kuala Pilah adalah anaknya.. pandai-pandailah buat jaringan.

    Isu tahaluf siasi bukan isu baru..Ulama telah berbincang lama.. Ia adalah hukum berkaitan siasah luaran negara Islam atau organisasi Islam dengan negara bukan Islam atau organisasi bukan Islam.

    Hukumnya Haram dengan nas al-Quran yang mengharamkan wala’, beri kasih sayang dan pertolongan kepada organisasi bukan Islam dan dengan hadis sahih riwayat al-Bukhari.

    Hukum asal haram, menolong orang-orang kafir menjayakan agendanya walaupun sedikit.
    Dalil yang kuat juga mengharamkan meminta tolong organisasi kafir walaupun untuk tujuan mengalahkan orang kafir yang lain..

    Hudnah, Tahaluf dan Musyarakah adalah pengecualian daripada hukum asal dan terikat dengan syarat-syarat tertentu.

    Gerakan Islam, pimpinan gerakan Islam yang menjadi Qudwah wajib beramal dengan azimah ( hukum asal ) haram beramal dengan rukhsah atau pengecualian.

    Pengecualian ini beasaskan kaedah ” dharurat mengharuskan yang haram”

    Ulama juga meletakkan syarat-syarat ketat untuk berhujjah dengan dalil darurat ini..

    Jadi.. isu tahaluf tidak boleh menggunakan dalil secara Qiyas.. sebab syarat qiyas bahawa hukum baru belum ada nas.. sedangkan isu menolong orang kafir atau minta tolong orang kafir adalah isu yang adan nas yang mengharamkannya.

    Maka tahaluf siasi PAS adalah tahaluf yang menggunakan dalil “darurat”.

    Imam al-Ghazali meletakkan 3 syarat untuk berhujjah dengan darurat bagi menghalalkan perkara haram:

    1. Perkara itu diyakini sesuatu dharurat yang sebenar ( jika tak makan bangkai akan membawa maut) atu jika tidak bertahaluf dengan bukan Islam.. agama umat Islam dalam bahaya, nyawa umat manusia terancam, harta umat Islam akan hilang …
    2. Penyelesaian tahalauf itu benar-benar merupakan satu penyelesaian yang yakin
    3. Maslahat itu adalah bersifat menyeluruh.

    Selain itu ulama yang mengharuskan bertahaluf dengan bukan Islam berdasarkan dalil-dalil nabi minta tolong sekumpulan Yahudi, Hilf Fudhul, Tahaluf nabi dengan bani Qazaah tidak mengharuskan tahaluf begitu sahaja tetapi dengan bersyarat antaranya:

    1. Kerajaan Islam dalam keadaan kuat dan dominan.
    2. Orang Kafir itu diyakini amanah dan tidak mengambil kesempatan untuk memerangi Islam selepas itu
    3. Orang bukan Islam itu berada dibawah kuasa tadbir Islam.

    Kerana dalil nabi minta tolong golongan Yahudi adalah hadis dhoif tidak setanding hadis soheh yang melarang minta tolong orang muyrik. Kalaupun boleh berhujah tetapi situasi Yahudi itu lemah dan dibawah kuasa tadbir kerajaan nabi.

    Isu hlif fudhul adalah kerjasama untuk sama-sama berbuat baik bukan sama-sama berperang atau mengalahkan satu-satu pihak. Oleh kerana hadis ini bertembung dengan hadis sahih yang melarang maka dalil ini dijuzukkan pengamalannya untuk sama-sama tolong menolong dalam isu-isu sosial bukan politik.

    Hadis nabi bertahaluf dengan Bani Khazaah semsa Sulh Hudaibiyyah tidak boleh diqiyaskan dengan isu tahaluf siasi sekarang kerana:
    1. Bani Khazaah bukan organisasi politik yang beragenda seperti parti-parti politik libral hari ini.
    2. Dalam bani Qazaah ada umat Islam.
    3. Bani Qazaah adalah qabilah yang amat rapat dengan nabi s.a.w. sejak sekian lama dan bermusuh dengan golongan musyrik Mekah yang lain.

    Isu nabi meminjam baju besi orang bukan Islam tidak menjadi dalil yang kuat mengharuskan tahaluf siasi.

    Sayugia difahami satu asas iaitu ” asal dalam perkara ibadah adalah untuk bertaabbud dan asal dalam muamalat termasuk politik adalah melihat kepada hikmah dan sebab”.

    Maka untuk berhujjah dengan hadis-hadis nabi s.a.w. dalam isu muamalat dan politik para mujtahid perlu terlebih dahulu memahami sebab, hikmah, situasi dan sebagainya yang melingkungi sesuatu hadis barulah diqiaskan secara menyeluruh.

    Kesimpulannya: Situasi tahaluf nabi s.a.w. dengan golongan musyrikin ketika ia berlaku tidak sama dengan situasi kekuatan Islam, gerakan Islam, realiti musuh Islam yang beragenda pada hari ini.

    Maka organisasi Islam hari ini lebih sama dengan jamaah nabi semasa di Mekah.. maka manhaj yang betul adalah tidak terlibat aktif menghidupkan manhaj-manhaj jahiliyyah termasuk demokrasi, tetapi menggunakannya dengan kadar tidak boleh membawa mudarat lebih besar kepada agenda Islam.

    Nabi di Mekah dilarang oleh Allah menerima tawaran kuasa Raja.. Dan peperangan ketika itu adalah peperangan menzahirkan identiti dan manhaj Islam yang bertmayyuz dengan mufasolah jahiliyyah secara total.

    Gerakan libralisma, human right, pluralisma adalah gerakan berstrategi yang dipandu oleh perjuangan globalisasi musuh Islam.. mereka mempunyai agenda dan manhaj tersendiri termasuk demokrasi..

    Sedangkan Ummah Islam hari ini semuanya ibarat buih2, berpecah hati dan puncanya adalah sistem barat yang ditinggalkan dan BN adalah penggerak agendanya.

    Namun manhaj yang berjaya mengubah jahiliyyah adalah manhaj yang lahidr daripada sunnatullah dan sunnaturrasul itu sendiri.

    Islam tidak akan menang selagimana pejuang-pejuangnya tidak kembali kepada Alquran dan al-Sunnah dalam menekuni manhaj perjuangan mereka.

    Inilah fikrah Ikhwan yang sebenar..

    Adapun menjadikan pilihanraya untuk merebut kuasa pada pandangan Ikhwan adalah tindakan terburu-buru kerana tidak mengikut tertib sunnatullah dalam proses mengubah tamaddun manusia.
    Apabila saya baca PDF tersebut ternyata ia adalah hujjah-hujjah untuk menyokong keputusan yang telah dibuat. Bukan mencari dalil kepada sesuatu isu baru dan berijtihad mengenai hukum tersebut.

    Bagi saya memetik dalil-dalil mengharuskan tanpa memasukkan dalil-dalil yang melarang adalah satu penipuan terhadap agama Allah..

    Hujjah saya ini berdsarkan apa yang saya petik daripada tulisan Abu Ammar dalam buku : Asas-Asas Berfatwa dan Berijtihad dalam Isu Praktikal, jilid 4. Bab Tahaluf .

    Wallahu a’lam.

  38. ikan dah masuk pukat, pelanduk dh masuk perangkap. Semoga ramadhan menambah kelapangan dada dan mengurangkan ‘treshold’ amarah.

    umat ini, khasnya Melayu bernafas dalam lumpur dlm amalan agama sejak sbelum merdeka sehinggalah sekarang. Melayu yang jauh dari agama terlalu ramai, yang rosak akhlak semakin menjadi2, dan yang beramal dgn Islam pula byk yg ‘celaru’ amalannya. MASA RAMADHAN INI JELAS KEKELIRUAN MEREKA.

    Inilah bukti dakwah itu sepi dan lesu. Dulu pada awal 70an sehingga 80an, nama AlArqam dan Abim serta individu2 ( ustaz/zah) agak terkenal. Mereka agak kehadapan dlm dakwah. KINI GENERASI BARU HAMPIR TAK KENAL SIAPA ABIM, SIAPA JIM, SIAPA HALUAN, SIAPA ISMA dll? ( jemaah haraki) * di akui nama PAS makin terserlah dan diterima, namun politik mengekangkan aktiviti dakwah pd semua peringkat msykt….

  39. Sdr ku Afizhi, Mari lebih bersantun terutama dengan yg lebih tua. Mari berkongsi dan bertukar2 pandangan dari bersaing siapa lebih betul… InsyAllah pasti bermunafaat dan mematang lagi menajamkan fikiran.. Terima kasih banyak kepada yg memberi maklum balas dan apa jua komen2 kepada penulisan yg dikemukakan. Sekira ada ketelanjuran, maaf dipohon.
    Syabas atas keperhatian mengenai ‘survival umat’..
    ISMA

  40. Ya Allah… Egoisnya orang2 ISMA. Rasa diri maksum. kaedah dia sahaja yang betul. Baru hidup beberapa tahun dah rasa bagus sangat. Ketara sikap angkuh & tidak boleh berlapang dada. Patutlah Berpecah dengan JIM. nasihat yang baik semua ditolak ke tepi mentah2. Syak wasangka terpancar jelas dari komen2 tuan2. Hilang respek pada ISMA (Pakcik tu boleh la lemah lembut nasihat, ini orang muda terus meluat tengok sikap biadap tuan2).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>