Marahkan nyamuk kelambu dibakar

Dalam meniti kehidupan ini kita semua tidak boleh lari dari membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak. Itu adalah hikmah yang hanya Allah mengetahui kebaikannya. Sebab itu diadakan saranan untuk sentiasa beristighfar moga dengan itu dosa-dosa yang kita lakukan dapat diampunkan oleh Allah swt.

Apabila bercakap pasal kesilapan ini, ada kesilapan yang besar dan ada kesilapan yang kecil. Selagi kesilapan itu tidak menjejaskan aqidah maka sebagai mukmin kita harus berlapang dada dan berusaha untuk membaiki dengan segala kemampuan yang ada. Punca kesilapan ini juga pelbagai, ada kerana desakan ekonomi rumahtangga, ada disebabkan dorongan merebut kekuasaan, ada disebabkan desakan kawan-kawan sekelililng, ada disebabkan dorongan nafsu serakah, ada juga disebabkan faktor suasana sekeliling.

Tidak ada seorang pun boleh mendabik dada mengatakan bahawa beliau tidak pernah membuat dosa. Kita bukan malaikat.  Cuma dalam banyak keadaa kita melihat dosa itu hanya pada apa yang kita lihat dengan mata kasar saja seperti rasuah, menipu, mencuri, membunuh, berzina dan yang seumpamanya. Namun sedikit dari kita yang mengetahui bahawa dosa-dosa “tersembunyi” yang ada dalam diri kita itu tidak kurang bahayanya seperti takabbur, riak, ujub, bakhil dan seumpamanya. Boleh saja amalan kita terhapus dengan dosa-dosa ini dan di campakkan ke dalam neraka, nauzubillah. Selagi dosa itu tidak membawa kepada terkeluar dari islam maka sikap kita ialah cuba untuk membaikinya sedaya yang mampu.

Di Malaysia, secara umumnya umat Islam, tidak kira golongan mana atau parti mana, walau sebanyak mana pun dosa yang mereka lakukan namun mereka masih bangga dengan agama Islam. Malah mereka akan sama-sama bersatu tanpa mengira dari parti atau kumpulan mana menentang kepada mana-mana pihak yang menghina Islam. Inilah prinsip yang mesti dipegang dan dijaga oleh semua umat Islam.

Rasulullah saw pernah menegur Khalid Al Walid kerana membunuh tentera musuh yang mengucap 2 kalimah syahadah dalam satu peperangan walaupun Khalid berhujah bahawa tentera itu hanya berhelah.

Berbaik dengan pelaku dosa bukan bermakna kita redha dengan perbuatan mereka ataupun mahu bersekongkol dengan dosa yang mereka lakukan. Tetapi ke arah mengislah mereka. Ini kadangkala sukar untuk difahami oleh masyarakat.

Suasana politik

Sudah menjadi lumrah politik di negara ini segala kelemahan musuh akan digali dari buaian hingga liang lahad. Kebencian kepada musuh politik meluap-luap sehingga segala kebaikan yang ada akan diketepikan. Apa saja yang musuh lakukan semua akan ditolak dan dianggap helah politik. UMNO akan menghina janggut dan serban PAS, PAS pula akan menolak semua usaha baik UMNO. Pendek kata seolah-olah tidak ada lagi jalan pertemuan. Mereka tidak sedar sikap ini telah merugikan Islam dan Melayu. Apabila mereka dinasihati untuk bersatu maka akan keluarlah berjela-jela alasannya.

Siapa yang salah?

Bagi saya ia terletak pada UMNO.

Bagi saya kesalahan UMNO yang paling besar ialah kejayaannya menimbulkan kebencian dan kekeliruan di kalangan masyarakat Melayu Islam terhadap bangsa mereka sendiri. Rasuah, kronism, penipuan dan segala salah laku telah sebati dalam UMNO sehingga orang Melayu tidak lagi dapat menilai secara rasional hakikat perjuangan melainkan hanya sekadar ingin melihat UMNO tersungkur. Mereka tidak pernah fikir dan tak mahu fikir apa akan jadi kepada Islam dan bangsa Melayu selepasa UMNO ditumbangkan asalkan UMNO dikuburkan. Begitulah meluapnya kemarahan orang Melayu kepada UMNO. Datangkanlah apa saja kebaikan yang UMNO buat, ia tetap akan dilabelkan sebagai helah. UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri.

Namun dalam realiti politik hari ini, saya ingin mengajak orang Melayu Islam untuk berfikir sejenak dan melihat maslahat bangsa dan agama lebih dari sekadar menjatuhkan pemerintah.

Benar, tidak ada sesiapa yang setuju dengan kemungkaran yang dilakukan tetapi janganlah kita jadi seperti  kata pepatah Melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar”. Tidak adakah jalan penyelesaian lain?

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

10 thoughts on “Marahkan nyamuk kelambu dibakar

  1. salam, saya syorkan Umno kena tukar namanya dulu… pakai nama melayu dengan huruf jawi ker.. atau apa yg patut.., lepas tu orang Umno yg bangsawan ni kena bertaubat nasuha sebelum nyawa mereka dicabut.

  2. Ya.. sudah terlalu banyak bukti kejijikan dan ‘kejahatan’ yg dilakukan oleh UMNO.. sehingga keluar buku SHIT yg ditulis oleh Sasterawan Negara dulu… Memang kita sbanrnya menyokong segala kebaikan yg dibuat.. tapi untuk mengekalkannya ditampuk kuasa sbgaimana sekarang, serasa sudah TIDAK lagi boleh diterima…!!

    KawaN juga tidaklah mempunyai jaminan penyelesaian yg betul2 konkrit.. cuma apa yg diyakini, mengekalkan UMNO hanya akan meneruskan kebobrokan ummat yg ada.. Jadi memang tetap perlu dijatuhkan – sbg pengajaran perit buat mereka, belajarlah utk berubah !!

    KawaN sbnarnya masih optimis dgn kerjasama UMNO & PAS… cuma ia memang kelihatan agak mustahil berlaku sekarang… UMNO sbnarnya bukanlah ikhlas sangat utk kerjasama, kalaupun ada seruan kerjasama, ianya tidaklah lebih daripada helah utk survival politik… PAS pula memang menolak kerjasama.. kenapa? Krn kerjasama semasa kuasa masih ditangan UMNO – hanyalah menjadikan mereka disengat pada lubang yg sama…

    Kesimpulan – Jatuhkan UMNO dahulu.. ajar mereka supaya lebih berusaha utk berubah (meskipun ramai juga beranggapan kejijikan UMNO sudah tidak boleh dibersihkan lagi – termasuk ahli mereka sndiri).. KawaN optimis bahawa jika ada seruan kerjasama selepas itu… maka nada PAS akan berbeza…

    Maaf.. KawaN lebih percayakan PAS berbanding UMNO… :)

  3. Menganggap UMNO sahaja yang mampu mempertahankan Melayu Islam adalah satu khurafat yang nyata.

    Menukar kepimpinan drpd UMNO lebih utama dan tinggi prioriti daripada mempertahankan UMNO kerana nama mereka Melayu agama mereka Islam sebab kita ada alternatif. PAS ganti UMNO

    Undilah PAS, bersatulah Melayu di bawah Kepimpinan Ulama dalam pilihanraya akan datang. Jangan ragu2, kita bakar kelambu UMNO dan pakai kertas meruap penghalau nyamuk teknologi baru segar, kelambu dah outdated.

  4. mengangap sesuatu perkara khurafat perlu datangkan dalil qur’an dan sunnah, berpandukan rujukan ulama’ muktabar. sekali lg anda keluar drpd topik perbincangan!

    ini bukan soal undi umno @ pas, ini soal memelihara persepakatan antara org yg mengucap kalimah syahadah.

    dlm matan arbain ada hadith menyebut :
    “dosa itu adalah apa yg membuatkan jiwa kamu tidak selesa ( melakukannya) .”

    membaca tulisan blog enta, jika enta rasa selesa menulisnya tidak semestinya itu bukan dosa apatah lg mendapat pahala (hasil penulisan yg penuh bias). bahkan jika org lain berasa tidak selesa dgn tulisan enta. itu juga boleh dikira sbg dosa.

    ‘org mukmin itu cermin kepada saudaranya”

    takziah buat PemudaBerani

  5. Agak2 salah ke AKP jatuhkan pemerintahan parti sekular yg diasaskan oleh Kamal Atartuk sprt CHP?

    Jika AKP boleh jatukan CHP/MHP dan menjadi pemerintahan yang cemerlang..

    tak salah pun PAS jatuhkan UMNO dan jadi pemerintah yang cemerlang..

    Jatuhkan UMNO dan BN menjadi keutamaan sekarang ini..

  6. to zamzam;
    suasana politik Turki berbeza dgn Malaysia. saya rasa isu yg mungkin kita kena lihat ialah PAS cuba ganti UMNO dengan guna strategi buat persepakatan dengan DAP yang memang terang-terang menolak Islam.

    nak hapuskan sekularisme & budaya korupsi tu takpe tp bersepakat dgn non-Muslim tu yg dipertikaikan.

  7. salam.,dh lama ulama tegur umno suh wt bgus2.,btol2.,tp xkn dh 50 thun lbh kne tegur ag.,xlogik la.,lau lam solat pun 3 x je tgur.,lau xdgr.,kuar imam la.,ni dh 12 x tegur.,dk men tang tu jgk.,tukar je lah.,kuala dr kepompong melayu.,umno jgk y msukn cina n india.,ble pas krjsma ngn diorg.,ckp pas nk jatuhkn mlayu.,lau kjsame ngn non bumi jtuhkn mlayu.,org y msukn non bumi agla.,skg kte msyarakat mjmuk.,xde kite.,xde diorg dh.,skg.,kite sume.,bwak non muslim kpd islam.,jgn jauhkn.,nk suh rkyat tolak pas.,ckp islam tu ptong tgn jer.,ape nie.,come on brader.,islam tuk sume.,bkn tuk mlyu jer.,wasalam

  8. sebenarnya orang umno tidak mahu belajar dari tuntutan yang timbul dari sudut ilmu dan kehendak rakyat. Mereka faham politik ni semata-mata peluang untuk jadi bangsawan. setakat ni itulah silibus dalam politik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>