ISMA erat hubungan dengan Consulate General of Malaysia di India

Delegasi ISMA bersama pihak Consulate General of Malaysia di Chennai.

CHENNAI, 10 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Consulate General of Malaysia di Chennai, India. Kunjungan ini merupakan yang kedua selepas kunjungan pertama pada April lepas.

Delegasi ISMA kali ini diketuai oleh Timbalan Presiden, Tn. Hj. Aminuddin Yahaya dan disertai tiga orang wakil daripada ISMA India. Manakala pihak Consulate pula diwakili oleh Konsul General, En. Anuar Kasman dan Konsul Pendidikan, En. Khairuddin Hj Abdullah.

Dalam pertemuan selama hampir satu jam itu, Tn. Hj. Aminuddin telah berkongsi matlamat yang ingin dicapai oleh ISMA terutamanya berkaitan dengan isu kesatuan dan survivability orang Melayu Islam. Penerangan tentang fokus-fokus ISMA yang lain turut dikongsi seperti pendidikan keluarga, belia dan remaja. Selain itu isu usaha ISMA untuk membina jati diri pelajar di India turut disentuh.

En. Anuar memberikan maklum balas yang positif dan menekankan isu survivability orang Melayu di dalam bidang ekonomi. Beliau telah menekankan akan peri pentingnya generasi muda mula memikirkan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini akan mengelakkan mereka dari terus bergantung kepada peluang pekerjaan dengan pihak kerajaan.

Pihak Consulate General juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dalam program-program yang akan dijalankan ISMA di masa-masa akan datang.

Pertemuan berakhir dengan pemberian cenderahati kepada En. Anuar dan disusuli dengan jamuan tengahari bersama staf-staf Konsulat yang lain.

Pertemuan ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara ISMA dengan Consulate General of Malaysia di Chennai dan seterusnya membuahkan pelbagai bentuk kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>